An image for a post about harga bitcoin naik

Baru-baru ini komuniti bitcoin digegarkan dengan berita harga bitcoin naik sehingga USD$2791.69, bersamaan RM17,955 pada 24 Mei. Lebih memeranjatkan lagi, di Asia termasuklah Malaysia, harga bitcoin naik secara mendadak hingga melebihi RM12,000.

Spekulasi mengatakan bahawa harga bitcoin melonjak di Asia kerana semakin ramai orang di negara-negara Asia terutama Korea dan Jepun yang menyertai platform jual beli bitcoin. Namun tanpa disangka, harga bitcoin tiba-tiba menjunam jatuh 4 hari kemudian sehingga hampir mencecah USD$1900, sebelum ia naik semula.

Nicola Duke, seorang penganalisa teknikal di Forex Analytic, telah membuat analisa tentang trend harga bitcoin menggunakan kaedah Fibonacci. Kaedah ini melihat kepada trend bitcoin sejak 2013 untuk membuat ramalan tentang harga bitcoin di masa akan datang. Beliau meramalkan bahawa USD$2,800 adalah harga tertinggi yang boleh dicapai sebelum harga bitcoin jatuh. Menurut beliau lagi, pembetulan ini mungkin akan berterusan sehingga harga berterusan sehingga USD$1780, atau lebih teruk lagi sebelum ia stabil.

Walaupun ramalan Nicola Duke berkenaan harga bitcoin yang jatuh itu betul, ramai yang menganggap pembetulan harga ini adalah untuk sementara waktu sahaja. Pada masa penulisan, harga bitcoin kelihatan stabil antara USD$2100-USD$2200, walaupun ia nyata lebih rendah dari sebelumnya.

Terdapat beberapa faktor-faktor utama yang telah memberi impak kepada kenaikkan harga bitcoin. Seperti yang penulis katakan di atas, harga bitcoin di plaform pertukaran di Asia lebih tinggi berbanding harga di negara-negara Barat. Menurut statistik daripada Hayter dan Crypto Compare, harga bitcoin di pasaran Korea telah mencecah sehingga USD$4,000 – penambahan lebih kurang USD$1,400 ke atas harga bitcoin dalam USD. Jumlah bitcoin yang di jual beli di pasaran Korea adalah 11% daripada keseluruhan urus niaga bitcoin.

Tambahan pula, keputusan kerajaan Jepun untuk mengiktiraf bitcoin sebagai kaedah pembayaran yang sah telah memberi impak yang positif ke atas pelaburan bitcoin. Kini, dengan adanya ICO atau Initial Coin Offering, yang memberi peluang organisasi mengumpul dana dalam mata wang krypto, kita dapat lihat penggunaan bitcoin semakin meluas dan harga bitcoin semakin naik.

Dalam komuniti bitcoin sendiri, masalah transaksi yang perlahan dan pengesahan yang lambat kerana jumlah yang banyak juga telah diselesaikan. 56 syarikat dari seluruh dunia dan hampir 83 peratus daripada miners bitcoin telah menandatangani “Bitcoin Scaling Agreement,” sebuah perjanjian berkenaan menaik taraf sistem bitcoin untuk menambah kapasiti transaksi bitcoin.

Penganalisa-penganalisa bitcoin yang lain telah menjangkakan suatu hari nanti bitcoin akan menggantikan mata wang tradisional dalam urus niaga dan juga pelaburan tradisional yang lain seperti emas. Harga bitcoin juga diramalkan akan naik sehingga USD$6,000 pada tahun ini.

Notakaki: Jika anda baru sahaja membuat keputusan untuk membeli bitcoin, ini adalah masa yang terbaik untuk membelinya. Cepat, sebelum harga bitcoin naik kembali.

 

 

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here