Default – Above Header Ads

Penggunaan Teknologi Blockchain semakin Meluas

Sejak kebelakangan ini, semakin banyak syarikat yang mula membuat penyelidikan mendalam tentang teknologi blockchain ini, dan penggunaannya semakin meluas dalam pelbagai bidang. Jika anda berminat untuk tahu lebih lanjut tentang kegunaan blockchain ini, anda boleh baca siri kegunaan blockchain oleh Remei.

Perkembangan terbaru teknologi Blockchain

Bidang perubatan

Negeri Illinois di Amerika Syarikat telah membuat perancangan untuk menggunakan teknologi blockchain dalam proses perlesenan bidang perubatan negeri itu. Illinois telah mengumumkan inisiatif mereka (Illinois Blockchain Initiative) dalam menetapkan polisi berkenaan teknologi blockchain untuk menarik pelabur luar. Sebanyak 5 agensi kerajaan bersama-sama beberapa syarikat terpilih telah terlibat dalam inisiatif ini.

Pada Jun yang lalu, kerajaan negeri itu telah mengemaskini peraturan berkenaan syarikat matawang krypto yang beroperasi di Illinois dan juga telah mengeluarkan panduan untuk syarikat-syarikat lain. Dalam polisi itu, syarikat-syarikat baru dibenarkan menggunakan matawang krypto untuk pelaburan mereka bagi memudahkan mereka menepati keperluan modal syarikat.

Baru-baru ini pula Illinois Blockchain Initiative telah bekerjasama dengan Hashed Health, sebuah syarikat blockchain yang tertumpu kepada aplikasi perubatan, untuk menyelaraskan rekod pemberian dan pencarian lesen perubatan. Teknologi blockchain akan digunakan untuk mencipta lejar pendaftaran dan sebuah sistem perkongsian lesen antara institusi perubatan, dan dikuatkuasakan melalui smart contracts. 

Bidang pendidikan

Syarikat besar Jepun, Sony, telah bekerjasama syarikat IBM untuk mencipta sebuah platform pendidikan yang menggunakan teknologi blockchain untuk menyimpan dan berkongsi rekod pelajar. Platform itu akan membolehkan pengajar bertukar-tukar maklumat berkenaan pencapaian pelajar dengan pengajar lain.

Menurut Sony, syarikat dibawah naungannya iaitu Sony Global Education, akan melancarkan servis itu secara rasmi bermula pada tahun hadapan. Servis itu berdasarkan blockchain IBM yang telah dilancarkan bulan March yang lalu. Syarikat IBM telah menggunakan kod terbuka Hyperledger Fabric untuk menambah ciri-ciri (features) IBM Blockchain ini.

IBM Blockchain boleh didapati di cloud computing store IBM, BlueMix. IBM Blockchain memberi kelebihan kepada pengguna untuk mengubahsuai rangkaian blockchain mengikuti model pengurusan yang telah diselaraskan untuk pelanggan baru, dan mampu memproses sehingga 1,000 transaksi setiap saat, menurut syarikat IBM. Antara klien IBM Blockchain termasuk Bank of Tokyo-Mitsubishi UFJ, Everledger, MaerskNorthern Trust dan Walmart.

Bidang teknologi

Satu lagi syarikat yang ingin mengambil peluang dengan teknologi blockchain adalah Fujitsu, antara syarikat yang membantu membina teras Hyperledger Fabric. Hyperledger Fabric ini adalah platform blockchain yang tertumpu kepada perusahaan.

Fujitsu akan mula menawarkan versi Hyperledger Fabric yang telah diubah suai mengikut penetapan pelanggan mereka. Menurut Fujitsu, platform ini akan meningkatkan kadar produktiviti dan efficiency dalam sistem operasi dalaman dan juga operasi berkaitan penarikan pelanggan baru.

Bulan lepas CoinDesk telah melaporkan tentang pencapaian bahagian penyelidikan syarikat itu dalam mengemaskini software Hyperledger Fabric untuk memproses lebih 1,350 transaksi setiap saat, satu jumlah yang dianggap tinggi bagi pelanggan mereka.

Nantikan perkembangan berita tentang teknologi blockchain yang seterusnya!

 

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads