Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Projek IOTA: Inovasi teknologi Tangle (Blockchainless)

Ingat tak matawang krypto, IOTA telah berjaya mengatasi Litecoin, XEM dan NEO beberapa bulan yang lalu? Harganya juga pernah naik mendadak pada bulan Disember. IOTA kini adalah matawang krypto ke-9 terbesar di pasaran. Menurut coinmarketcap.com, harga IOTA pada waktu penulisan adalah USD$3.68 dan jumlah modal pasaran adalah USD$10.23 bilion.

Bayangkan, pada bulan 8 2017 harga IOTA hanya lebih kurang USD$1.08 sahaja, kini ia sudah naik lebih dua kali ganda. Jadi apa yang kita perlu tahu tentang IOTA ini?

IOTA – tulang belakang Internet-of-Things

Menurut laman utama mereka, IOTA membolehkan perniagaan berhubung sesama mereka dan menjalankan transaksi tanpa caj. IOTA menggunakan teknologi mereka sendiri, dinamakan “the Tangle” yang berbeza dengan teknologi blockchain.

Seperti blockchainTangle juga adalah lejar yang dikongsi dalam rangkaian IOTA. Bezanya lejar Tangle tidak mempunyai blok (blockless) transaksi yang merupakan ciri utama blockchainJadi, bagaimana transaksi dalam rangkaian IOTA diproses?

Sumber: https://bitcoin.org/bitcoin.pdf

Mari kita ulang kaji transaksi menggunakan blockchain, mengambil Bitcoin sebagai contoh paling mudah. Cara transaksi Bitcoin diproses:

Default – Inside Post Ads
  1. Apabila transaksi baru berlaku, ia akan disiarkan kepada semua node dalam rangkaian Bitcoin.
  2. Setiap node mengumpul beberapa transaksi ke dalam satu blok
  3. Setiap node akan menjalankan protokol proof-of-work untuk blok masing-masing
  4. Apabila proof-of-work sudah ditemui, blok itu akan disiarkan kepada nodes yang lain
  5. Konsensus daripada nodes lain untuk mengesahkan blok dan transaksi-transaksi dalam blok itu
  6. Blok itu diterima apabila semua node memulakan semula proses membuat blok seterusnya menggunakan hash daripada blok yang sudah disahkan tadi

Sekarang mari kita lihat bagaimana transaksi di proses menggunakan teknologi Tangle. Transaksi-transaksi dalam rangkaian IOTA ini akan berhubung sesama sendiri menjadi satu acyclic graph menyerupai sarang labah-labah.

Sumber: https://iota.org/IOTA_Whitepaper.pdf

Penjelasan tentang proses transaksi dalam whitepaper IOTA agak teknikal dan bahasa yang digunakan mungkin sukar untuk di hadam (penulis juga terpaksa membaca dua tiga kali untuk memahami), tapi demi pembaca, penulis cuba membuat penjelasan mudah. Pertama sekali, node dalam rangkaian IOTA bukan hanya miners tetapi termasuk pembuat transaksi.

Proses IOTA adalah seperti berikut:

  1. Satu node membuat transaksi dan memasukkan input (private key)
  2. Algoritma Markov Chain Monte Carlo (MCMC) digunakan untuk memilih dua transaksi yang belum disahkan yang akan dirujuk kembali kepada transaksi yang baru dibuat tadi (dipanggil branchTransaction dan trunkTransaction)
  3. Node tadi akan menjalankan proses proof-of-work untuk mengesahkan transaksi
  4. Transaksi itu akan disiarkan ke nodes lain dan transaksi itu pula akan dipilih seperti dalam (2) oleh node lain.

Untuk membaca tentang proses ini lebih lanjut, anda boleh baca di sini. Teknologi Tangle ini mempunyai banyak kelebihan menurut IOTA.

  • Transaksi mikro dan nano boleh dibuat: Transaksi mikro biasa digunakan dalam online games untuk membeli barangan virtual. Contoh lain adalah seperti aplikasi percuma dalam Apple store yang mempunyai pilihan in-app purchases
  • Transaksi tanpa caj: Transaksi IOTA disahkan tanpa penglibatan miners (IOTA juga tidak boleh di mine kesan dari ini), jadi caj transaksi tidak relevan
  • Tiada isu scalability: Transaksi IOTA tidak berlaku dalam turutan blok seperti dalam blockchain. Sejumlah besar transaksi IOTA boleh diproses pada masa yang sama.
  • Transaksi offline: Sarang (tangle) transaksi IOTA boleh diputuskan dan disambungkan semula bila-bila masa, membolehkan transaksi offline (menggunakan Bluetooth LE, Zigbee, dan sebagainya) berlaku

Matlamat utama IOTA adalah melahirkan ekonomi untuk jentera (Machine Economy). Satu ekosistem di mana jentera boleh membuat pertukaran sumber (elektrik, simpanan data, computational power, dan lain-lain).

Unit

Apa yang penulis rasa sangat menarik (dan agak mengelirukan) adalah unit yang digunakan IOTA. Unit terkecil dalam IOTA adalah Iota, yang dinamakan selepas huruf terkecil dalam abjad Greek. Unit yang lebih besar dicipta menggunakan sistem metriks yang berdasarkan pre-fix Iota. Jadi, satu juta Iota dipanggil MegaIota atau Miota (Mi), yang digunakan banyak platform pertukaran dalam jual beli IOTA.

Unit-unit IOTA mengikut turutan adalah seperti berikut:

Iota = 1 Iota = 1i = 1i
KiloIota = 1 Kiota = 1Ki = 1,000i
MegaIota = 1 Miota = 1Mi = 1,000,000i
GigaIota = 1 Giota = 1Gi = 1,000,000,000i
TeraIota = 1 Tiota = 1Ti = 1,000,000,000,000i
PetaIota = 1 Piota = 1Pi = 1,000,000,000,000,000i

 

IOTA baru-baru ini mengumumkan partnership dengan beberapa syarikat seperti RefuniteImperial College London & F6SUCL & UC Berkeley dan organisasi kesihatan di Norway. Ini adalah bukti potensi IOTA sebagai matawang krypto yang bersandarkan projek jangka masa panjang seperti Ethereum.

Berita terkini IOTA Januari 2018:

Dan yang terkini harga IOTA yang meletup disebabkan oleh pengumuman perkongsian IOTA dengan syarikat besar Microsoft akhir tahun lepas. IOTA juga baru sahaja melancarkan data marketplace, suatu pasaran data di mana syarikat yang menyertainya terdiri daripada Samsung ARTIK, Bosch, Fujitsu, Orange, Engie, DNV GL, Schneider Electric, EY, Accenture dan banyak lagi. Ia adalah produk terbaru IOTA yang menandakan perkembangan dalam roadmap projek IOTA.


 

Maklumat tentang IOTA

Nama coin : IOTA
Penanda coin : IOTA, MIOTA
Konsep : Tangle, generasi ke-3 teknologi Blockchain berdasarkan directed acrylic graph (DAG)
Jumlah bekalan : 2,779,530,283,277,761 IOTA / 2,779,530,283 MIOTA
Peruntukan kepada pencipta : Tiada
Untuk diedar : 2,779,530,283 MIOTA
Pencipta : David Sønstebø, Sergey Ivancheglo, Dominik Schiener, and Dr. Serguei Popov
Kelajuan transaksi : 500-800 transaksi sesaat
Yuran transaksi : Tiada
Protokol konsensus : N/A
Mining : N/A

Nilai pada 15 Januari 2018
Modal pasaran (USD) : $10,213,106,072
Harga (USD) : $3.67
Nilai (BTC) : 0.00026397
Rank (coinmarketcap) : 9

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads