an image on a post about baki bitcoin cash

Dalam post yang lalu, penulis sudah menceritakan dua cara mendapatkan baki Bitcoin Cash. Pertama adalah dengan menggunakan BTC.com dan kedua bagi mereka yang sudah menggunakan Ledger Nano S. Anda boleh baca di sini jika anda ingin menggunakan antara dua cara-cara tersebut.

Hari ini penulis ingin menyambung dengan cara-cara lain pula. Sebelum itu, ada yang bertanya penulis, Bitcoin Cash ada potensi ke? Penulis sudah cuba menjawab persoalan ini dalam posts yang lalu. Tetapi berita terbaru tentang pelancaran protokol SegWit dalam blockchain Bitcoin mungkin menjadi game changer dalam persaingan dua matawang krypto ini. Sambil kita menunggu berita terbaru tentang Bitcoin dan Bitcoin Cash, apa kata kita dapatkan dulu baki Bitcoin Cash kita?

Mendapatkan Bitcoin Cash di wallet Trezor

Maklumat dari: https://blog.trezor.io/claim-bcash-bitcoin-cash-bch-bcc-trezor-wallet-f0a810d5864a

Nota penting: Bitcoin Cash hanya boleh didapati di beta wallet Trezor. Dan tidak seperti Ledger, kedua-duanya akan berada di blockchain yang sama, jadi sila pastikan anda menggunakan alamat yang betul apabila membuat transaksi.

  1. Pergi ke https://beta-wallet.trezor.io/#/ dan install aplikasi beta wallet Trezor. Pergi ke Trezor anda dan update Trezor anda. Pastikan anda mempunya recovery seed bersama-sama anda.                                                                                                                
  2. Pilih BCH dalam aplikasi beta wallet Trezor dan pergi ke tab ReceiveCopy alamat yang terpapar dan di Trezor anda, klik pada simbol mata dan sahkan alamat yang telah anda copy di Trezor anda.
  3. Pergi ke https://trezor.io/claim-bch/ untuk mendapatkan Bitcoin Cash anda. Klik butang Connect with Trezor.                                                                                            
  4. Pilih akaun yang mempunyai Bitcoin anda. Isi alamat yang anda copy tadi ke ruang Destination address. Isi jumlah yang anda inginkan dan klik butang Claim XXX BCH. Anda hanya boleh dapatkan BCH daripada baki Bitcoin yang anda ada sebelum 1 Ogos.                                                                                                                        

Split Bitcoin Cash anda di Electrum

Maklumat dari: https://electrum.org/bcc2.txt

Proses ini agak rumit dan memerlukan anda install Electron Cash wallet di komputer berlainan dari komputer yang sudah mempunyai wallet Electrum anda. Ini adalah kerana risiko menurut Electrum seperti dibawah:

“Orang yang mengagihkan binari Electron Cash telah memilih untuk kekal ‘anonymous’, dan menggunakan nama palsu “Jonald Fyookball” untuk mengeluarkan binari tersebut. Jika binari ini mengandungi kod yang dicipta untuk mencuri Bitcoin anda, memandangkan pencipta adalah ‘anonymous’, anda tidak akan dapat mencari Bitcoin anda semula.”

  1. Tulis semua alamat Bitcoin yang mengandungi baki Bitcoin sebelum hard fork.
  2. Pergi ke Wallet – Private Keys – Export dan tulis private keys yang berkaitan dengan alamat dari langkah 1.
  3. Pergi ke File dan klik New/restore untuk dapatkan Wallet baru. Pindahkan semua baki Bitcoin anda ke wallet baru ini. (Ini adalah langkah keselamatan untuk memastikan jika private keys yang anda export tadi dicuri, baki Bitcoin anda berada di alamat baru dengan private key baru.)
  4. Install Electron Cash wallet dan import private keys ke Electon Cash. Anda sudah boleh menggunakan baki Bitcoin Cash anda melalui wallet itu.

Mendapatkan Bitcoin Cash anda dari Exodus

Maklumat dari: http://support.exodus.io/article/64-how-do-i-claim-bitcoin-cash

Wallet Exodus tidak menyokong Bitcoin Cash, jadi anda perlu install mana-mana wallet yang boleh menyimpan Bitcoin Cash.

  1. Pastikan ada mempunyai versi terbaru Exodus (version 1.31.0)
  2. Buka aplikasi Exodus dan klik butang Help. 
  3. Cari artikel yang bertajuk, “How do I claim my Bitcoin Cash (BCH)?” dan klik artikel tersebut. 
  4. Klik butang Claim My Bitcoin Cash Now dan tunggu paparan Claim Bitcoin Cash muncul. Klik butang Continue. 
  5. Dapatkan alamat menerima BCH daripada wallet lain dan isi alamat tersebut di ruang yang disediakan. Klik butang Continue. 
  6. Klik butang Check My Wallet Now untuk memulakan proses. Exodus akan memeriksa wallet Exodus anda dan mengira baki Bitcoin yang anda ada. BCH akan dihantar ke alamat yang telah diberikan dalam masa 10 minit. 
  7. Tunggu paparan Send Bitcoin Cash muncul. Anda akan dapat melihat jumlah BCH yang anda boleh dapatkan dari baki Bitcoin anda di wallet Exodus. Klik butang Send
  8. Bitcoin Cash anda dalam proses penghantaran dan anda boleh memeriksa transaksi anda dengan klik butang View TX

Adakah anda menggunakan ketiga-tiga cara ini? Ada cara lain anda guna yang penulis tidak ceritakan? Kalau ada, sila tujukan kepada penulis supaya penulis boleh berkongsi dalam post lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here