an image on a post about pitiscoin

Dah lama penulis tidak menulis tentang ICO (Initial Coin Offering), bukan? Setiap hari pasti akan ada projek ICO yang dilancarkan, kadang-kadang lebih daripada 10 projek. Penulis telah menulis beberapa artikel tentang ICO ini, dan bagi mereka yang tidak fasih lagi boleh membaca artikel-artikel tersebut di coin.my di bawah tag ICO.

Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-60, penulis ingin memperkenalkan sesuatu yang istimewa buat pembaca. Ramai yang pernah bertanya sama ada projek ICO Malaysia ada di lancarkan. Jadi, dalam post ini, penulis ingin memperkenalkan satu projek ICO Malaysia, iaitu PitisCoin, yang baru sahaja berlangsung.

Pitis matawang pilihan di laluan perdagangan Selat Melaka

Sebelum penulis bercerita lebih lanjut tentang ICO ini, mari kita pelajari sejarah tentang pitis dahulu. Penulis pasti rata-rata pembaca pernah mendengar istilah pitis ini dan tahu ianya adalah sejenis matawang yang digunakan pada zaman Kesultanan Melayu dahulu. Penulis pernah menceritakan tentang permulaan penggunaan wang syiling dalam siri asal-usul bank dahulu, yang bermula di negara China. Buat pengetahuan semua, dalam sejarah kita, negeri Melaka di bawah naungan Sultan Muzaffar Shah yang kelima dicatatkan sebagai negeri pertama yang menggunakan sistem wang syiling.

Sebelum itu, kebanyakan saudagar yang berdagang di tanah Melayu menggunakan emas urai, perak dan timah jongkong sebagai duit. Manakala di pasar, rakyat jelata masih lagi menggunakan siput gerus, beras dan biji saga sebagai alat untuk sistem barter. Pada tahun 1445, duit syiling pertama telah dibentuk menggunakan kepingan timah yang dikenali sebagai pitis atau caxas atau cashas. 

Matawang yang dicipta ini mula digunakan seiring dengan emas dan perak dan dari Kesultanan Melaka, ianya berkembang sehingga ke Kesultanan Terengganu, Kelantan dan Perlis. Pitis di negeri-negeri tersebut lebih kepada matawang berunsur tumbuhan dan dapat dilihat dalam bentuk pokok pitis.

Acuan logam dan pohonpitis Kelantan

Lama-kelamaan matawang pitis dijadikan pilihan dalam perdagangan di sepanjang Selat Melaka sehinggakan penggunaan pitis tersebar ke wilayah Palembang. Pitis muncul di Palembang semasa awal pemerintahan Sultan Ratu Abdulrrahman Khaifatul Mukminin Sayidul Imam pada tahun 1659. Matawang pitis banyak digunakan dalam sistem perdagangan, percukaian dan ekonomi di tanah Melayu dan menjadi matawang utama ketika zaman itu.

Pitis Palembang

PitisCoin ingin menyambung Legasi Matawang Nusantara

Mesti pembaca tertanya-tanya apakah kaitan sejarah matawang pitis dengan projek ICO PitisCoin ini, betul tak? Sebelum itu, sedikit latar belakang tentang PitisCoin ini. PitisCoin adalah nama bagi matawang krypto yang dikeluarkan oleh sebuah koperasi di Malaysia, Kodinar Berhad. Matlamat utama Kodinar adalah untuk menggunakan teknologi blockchain untuk mencipta aplikasi dan produk yang berinovasi untuk komuniti mereka dan juga pengguna yang lain. Pada masa yang sama, Kodinar juga ingin berdiri sebagai peneraju utama teknologi blockchain dalam bidang teknologi kewangan (fintech) di Malaysia.

PitisCoin adalah produk berupa matawang krypto pertama Kodinar, yang mempunyai matlamat yang serupa dengan Bitcoin. Melalui penggunaan Pitis dalam apa jua transaksi, pengguna tidak perlu melalui pihak ketiga untuk menguruskan transaksi mereka. Kodinar ingin menjadikan PitisCoin sebagai matawang krypto pilihan di Malaysia dan juga negara-negara nusantara, meneruskan legasi pitis dalam sejarah kita.

Nilai PitisCoin bersandarkan Projek yang menguntungkan

Menurut whitepaper PitisCoin, objektif utama Kodinar adalah untuk mencipta satu matawang yang bukan sahaja mempunyai fungsi tertentu, tetapi juga mempunyai nilai kepada pengguna. Kebanyakan projek ICO mencipta matawang krypto mereka untuk mempunyai fungsi tertentu, seperti Ether yang digunakan sebagai ‘minyak’ di Ethereum atau Ripple yang digunakan untuk transaksi antara bank dengan pantas.

Bagi PitisCoin pula, fungsinya adalah sebagai kaedah bayaran yang sama seperti Bitcoin. Apa yang membuatkan ia berbeza dengan matawang krypto lain adalah pemegang PitisCoin bukan hanya boleh membelanjakan PitisCoin tetapi mereka juga boleh memperoleh keuntungan daripada PitisCoin yang disimpan.

Ini adalah kerana PitisCoin dicipta bersandarkan projek mining yang akan dijalankan oleh Kodinar Berhad. Sepertimana yang kita tahu, aktiviti mining adalah salah satu cara untuk memperoleh pendapatan dalam bentuk matawang krypto dan ini adalah antara perancangan Kodinar Berhad untuk meningkatkan nilai matawang Pitis. Misi mereka adalah untuk menjadi ladang mining matawang krypto terbesar di Malaysia, dan antara matawang krypto yang akan dilombong termasuk Ether, Zcash, Monero, LBRY dan banyak lagi.

ICO PitisCoin melancarkan 1 Bilion Pitis

ICO PitisCoin (PTS) yang baru sahaja berlancar pada hari ini (1 September) akan dijalankan dalam 2 fasa. Fasa pertama akan berakhir pada 15 September, di mana nilai 1PTS bersamaan USD 0.07 dan dalam fasa kedua yang akan bermula pada 16 September, baki PitisCoin akan dijual pada harga bersamaan USD 0.09 setiap 1PTS.

Menurut whitepaper mereka, setiap pemegang PTS boleh menerima hibah sehingga 20% daripada keuntungan yang diperoleh melalui aktiviti mining yang dijalankan. Dan hibah ini akan diberikan selama 5 tahun, sehingga tahun 2022, berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Kodinar Berhad.

Sesiapa yang pernah terlibat dalam aktiviti mining pasti boleh menganggarkan keuntungan yang mereka boleh perolehi hanya dengan memegang PTS yang bernilai tidak sampai RM1. Tidak perlu membuat pelaburan sehingga berpuluh-puluh ribu, anda hanya perlu membeli jumlah PTS yang anda mampu dan anda akan menerima pulangan. Bukan itu sahaja, Kodinar Berhad juga mempunyai perkongsian (partnership) dengan banyak peniaga online yang bakal menerima PTS sebagai kaedah pembayaran.

Jadi, tunggu apa lagi, lawat https://pitiscoin.com/ dan dapatkan Pitis anda sekarang!

 

3 COMMENTS

  1. Berbanding dengan Singapura dan juga Thailand, tidak banyak dengar cerita tentang blockchain dan crypto di Malaysia. Diharapkan projek ini akan jadi permulaan. Konsepnya agak menarik – crypto yang akan berkongsi 20% keuntungan melalui mining.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here