an image on a post about pasaran matawang krypto

Jika kita lihat carta di coinmarketcap.com pada hari ini, hampir kesemua matawang krypto di pasaran matawang krypto menghadapi penurunan harga sejak 2 September yang lalu.

Nilai 10 matawang krypto teratas masih lagi jatuh

Apakah yang berlaku? Ramai yang tertanya-tanya adakah ini bermakna cryptocurrency bubble sudah meletup. Jawapannya tidak.

Ini adalah proses pembetulan pasaran (market correction) yang berlaku mengikut kitaran tertentu. Pada hari minggu yang lalu, keseluruhan pasaran matawang krypto melalui proses pembetulan sebanyak 11%, menyebabkan lebih jumlah modal pasaran matawang krypto jatuh sebanyak USD20 bilion dari USD180 bilion ke USD160 bilion. Jumlah ini naik kembali ke USD170 bilion sebelum jatuh semula dan pada waktu penulisan, jumlah modal pasaran adalah lebih kurang USD150 bilion.

Jadi, apakah itu pembetulan pasaran dan apa impaknya kepada matawang krypto? Ini adalah persoalan yang penulis akan cuba rungkaikan pada hari ini.

Market correction adalah sesuatu yang pasti berlaku

Istilah market correction atau pembetulan pasaran ini berasal dari pasaran saham, di mana pasaran saham akan jatuh sebanyak 10 peratus selepas kenaikan selama 52 minggu. Pergerakan ini penting kerana ia membolehkan saham yang tidak memberi impak kepada perubahan saham-saham lain untuk disatukan, sebelum pasaran saham kembali naik. Proses penyatuan saham ini dipanggil market consolidation.

Apa sebab utama berlakunya pembetulan pasaran? Kebiasaannya ia adalah sesuatu peristiwa yang menyebabkan pelabur mula menjual saham mereka dalam keadaan panik. Apabila jumlah pelabur yang menjual saham meningkat dengan mendadak, ia menyebabkan berlakunya ripple effect dan akhirnya pasaran saham akan jatuh.

Dalam situasi ini, kebanyakan pelabur yang berpengelaman sudah bersedia untuk menghadapi keadaan huru-hara ini. Ini adalah kerana proses pembetulan pasaran ini tidak boleh dielakkan. Apabila pasaran saham meningkat, ramai pelabur yang melihat potensi keuntungan ini dan mula menyertai pasaran saham. Harga saham meningkat melebihi nilai asas saham tersebut dan pembetulan berlaku untuk mengembalikan harga saham kepada harga yang lebih masuk akal.

Impak market correction dalam pasaran matawang krypto

Sama sahaja dengan pasaran matawang krypto, proses pembetulan pasaran sudah berlaku beberapa kali. Bezanya proses ini berlaku dengan lebih kerap kerana perubahan harga matawang krypto yang tidak konsisten. Dalam carta-carta di bawah, anda boleh lihat sendiri di mana proses pembetulan pasaran berlaku sebelum pasaran matawang krypto kembali pulih dan meningkat semula.

Jumlah pasaran matawagn krypto awal tahun 2013 sehingga hujung tahun 2014
Jumlah pasaran matawang krypto Ogos 2014 – July 2016
Jumlah pasaran matawang krypto awal tahun 2016 sehingga awal tahun 2017
Jumlah pasaran matawang krypto pada awal tahun 2017 sehingga kini

Pembetulan pasaran yang berlaku sebelum ini adalah pada bulan Julai yang lalu, semasa isu tentang hard fork Bitcoin timbul. Pembetulan pasaran itu juga menyebabkan keseluruhan jumlah pasaran matawang krypto jatuh sebanyak USD20 bilion sebelum ianya naik semula. Penulis juga telah menceritakan tentang kejatuhan nilai matawang krypto Julai lalu di post ini.

Jadi, apa yang perlu kita buat sebagai pemegang matawang krypto?

Yang paling penting, jangan sertai perlumbaan untuk keluar dari pasaran matawang krypto (baca: jual segala aset matawang krypto anda). Ini adalah perkara paling merugikan yang anda boleh buat. Walau anda seorang daily trader sekalipun, kemungkinan besar anda tidak sempat membeli kembali aset anda sebelum harga naik kembali.

Untuk pengetahuan anda, jika berlaku pencairan (baca: penjualan) matawang krypto secara mendadak, keseluruhan pasaran akan jatuh dan memasuki fasa “bearish market“, di mana akan berlaku kejatuhan harga yang berpanjangan sehingga menyebabkan market crash yang teruk. Ini adalah satu-satunya perkara yang kita ingin elakkan dalam pasaran matawang krypto ini.

Langkah yang paling bijak sebagai pemegang matawang krypto adalah untuk memperbanyakkan portfolio pelaburan anda. Ini adalah untuk memastikan risiko yang dihadapi seimbang selagi anda dapat menguruskan portfolio anda dengan baik. Sewaktu harga jatuhlah anda patut membeli matawang krypto yang anda akan jangkakan naik kembali. Takkan nak beli semasa harga tengah naik, betul tak? Rajin-rajinlah memerhati pergerakan matawang krypto yang anda pegang dan buatlah pilihan yang bijak untuk menambah kepada portfolio itu. Anda boleh membaca post ini sebagai panduan melabur dalam matawang krypto.

Apapun, masih terlalu awal untuk menyimpulkan sehingga bila nilai matawang krypto akan menurun. Ada spekulasi mengjangka situasi kali ini akan lebih teruk dari sebelumnya berikutan keputusan kerajaan China untuk melarang ICO daripada dijalankan di negara tersebut. Apa yang pasti, memegang matawang krypto mungkin lebih baik daripada melepaskannya sekarang.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here