an image on a post about cryptomining

Hari ini kita akan menyambung siri tentang cryptomining. Dalam post kali ini, kita akan membincangkan berkenaan perbezaan antara GPU mining dan juga ASIC mining. Bagi orang yang baru berkecimpung dalam dunia matawang krypto, pasti akan selalu terdedah dengan istilah ini. Berikut adalah pengenalan terhadap istilah ini secara mudah.

GPU Mining

GPU mining adalah melakukan proses hashing menggunakan GPU, dimana GPU itu boleh digunakan untuk operasi mining pelbagai jenis matawang krypto. Operasi GPU mining dapat digunakan untuk mining pelbagai jenis matawang krypto hanya melalui pertukaran mining algorithm. GPU mining ini ibarat seperti sebuah mesin yang fleksibel, yang hanya dengan perubahan mining algorithm, kita dapat melaksanakan operasi mining yang kita kehendaki. Antara matawang krypto sekarang ini yang menggunakan proses GPU mining adalah Ether, iaitu antara matawang krypto yang paling popular sekarang ini.

Boleh rujuk di sini http://coin.my/2017/08/29/cara-cara-untuk-membina-mining-rig-anda-sendiri/ untuk mengetahui lebih lanjut untuk mengetahui cara membina GPU miner anda sendiri.

Contoh GPU miner yang diberi sendiri

Kelebihan GPU Mining

  1. Dapat melakukan operasi mining pelbagai jenis cryptocurrency.
  2. GPU dapat digunakan untuk aplikasi lain seperti untuk video rendering dan video gaming jika tidak digunakan untuk operasi cryptomining.
  3. Boleh didapati oleh orang kebanyakan dan dijual di pasaran terbuka.

Kelemahan GPU Mining

  1. TIdak efisien dari segi pengunaan kuasa elektrik dan pemprosesan algorithm.

ASIC Mining

Kalau GPU Mining adalah sistem yang dapat melakukan operasi cryptomining hanya dengan menukarkan algorithm, ASIC mining adalah sistem dimana ia dibina secara khusus dan dioptimumkan untuk pemprosesan satu algorithm sahaja. Kelebihan menggunakan sistem ini adalah keberkesanan penggunaan kuasa elektrik dan pemprosesan algorithm dalam operasi mining berbanding dengan penggunaan GPU mining. Contoh terbaik operasi mining yang menggunakan perkakasan ASIC mining adalah Bitcoin.

Contoh ASIC miner yang dijual di pasaran

Kelebihan ASIC Mining

  1. Pemprosesan hashing algorithm yang lebih pantas dan berkesan
  2. Penggunaan kuasa elektrik yang lebih rendah
  3. Mudah untuk dilaksanakan dalam skala yang lebih besar

Kelemahan ASIC Mining

  1. Hanya mampu memproses satu mining algorithm sahaja, jika algorithm itu berubah atau proses mining sudah tidak berbaloi lagi, ASIC miner sudah menjadi tidak bernilai

Kesimpulan

Secara ringkas, GPU mining adalah sistem cryptomining yang fleksibel manakala ASIC mining adalah sistem cryptomining yang statik. Dua cara cryptomining ini ada kelebihan dan kekurangannya. Maka dalam memilih cara cryptomining diantara GPU mining dan ASIC mining, pastikan anda tahu dan jelas dengan jenis cryptocoin yang anda ingin perolehi, dan had cara cryptomining yang anda pilih. Sebagai contoh. Bitcoin adalah lebih efisien menggunakan ASIC mining manakala untuk Ethereum, GPU mining adalah lebih efektif.

Rujukan

https://www.leetpro.co.za/news/miningnews/asic_or_gpu_mining/

https://steemit.com/bitcoin/@ashwinms13/gpu-mining-vs-asic-miners

https://www.youtube.com/watch?v=ui_1HB5qlFw

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here