an image on a post about matawang krypto

Kenyataan daripada CEO JP Morgan Chase, Jamie Dinmon telah mengeruhkan lagi keadaan pasaran matawang krypto yang sudah terjejas kerana tindakan kerajaan China. Menurut Jamie Dinmon, Bitcoin adalah satu penipuan yang akan gagal.

“Ia lebih teruk daripada tunas tulip (merujuk kepada Tulip Mania). Ia tidak akan berakhir dengan baik. Pasti akan ada yang mati (menjadi mangsa)”. Ini adalah kenyataan beliau ketika memberi ucapan di dalam sebuah persidangan di New York.

CEO itu juga berkata dia akan mengambil tindakan keras terhadap trader syarikat itu yang dijumpai melabur dalam Bitcoin atau matawang krypto lain. Berikutan kenyataan Jamie Dinmon, ramai yang pro-Bitcoin menentang kenyataan beliau, termasuk John McAfee (MGT Capital Investments) dan Noelle Acheson, seorang pakar penyelidik teknologi Blockchain. Apa yang pasti, harga Bitcoin yang kini USD$3,083 sudah turun hampir setara dengan harganya pada awal Ogos yang lalu.

SETLCoin

Oleh itu, sambil kita menunggu berita baik dari pasaran matawang krypto, mari kita bercakap tentang satu matawang krypto yang tidak pernah muncul di dalam pasaran matawang krypto (coinmarketcap.com atau coincap.io) tetapi telah wujud sejak 2014 lagi. Apa yang lebih menarik tentang SETLCoin ini adalah ianya dicipta (dan telah mendapat kelulusan paten baru-baru ini) oleh bank pelaburan besar terkemuka, Goldman Sachs Group Inc.

(Nota: Kalau nak dibuat perbandingan dengan JP Morgan Chase, Goldman Sachs seperti singa, dan JP Morgan Chase seperti tikus. Hmm. Mengapa? Jawapannya adalah nilai aset GS adalah USD$860 bilion berbanding JP Morgan yang mempunyai nilai USD$2.49 bilion.

Kenyataan di atas penulis sengaja ingin kongsi dengan pembaca untuk memberi sedikit perspektif tentang pengaruh JP Morgan dalam dunia matawang krypto. Sudah faham? Bagus.)

Baiklah, mari kita bersambung tentang SETLCoin ini. Matawang krypto ini digunakan oleh Goldman Sachs dalam trade settlement. Trade settlement adalah proses penghantaran faedah atau instrument kewangan yang dipanggil securities (ekuiti dan pinjaman) untuk memenuhi kontrak kewangan yang telah ditetapkan. Contohnya dalam pembelian saham, trade settlement ialah apabila pemindahan saham berlaku antara dua pihak.

Sistem settlement serta merta

SETLCoin dicipta untuk digunakan dalam sistem settlement Goldman Sachs yang membolehkan settlement berlaku serta merta (menghapuskan T+1, T+2, T+3 iaitu tarikh settlement selepas tarikh transaksi berlaku). Ianya adalah suatu sistem yang menggunakan mekanisme kawal selia sendiri (self-regulatory) berdasarkan teknologi Blockchain yang tidak memerlukan clearing houses memainkan peranan.

Clearing house

Selepas suatu trade di buat antara penjual dan pembeli, clearing house seperti the Nation Securities Cleaning Corporation (NSCC) akan menerima arahan berkenaan trade daripada kedua-dua belah pihak dan mengambil tindakan berdasarkan arahan tersebut. Proses ini dinamakan clearing.

Jika arahan yang diberikan berpadanana dengan satu sama lain, clearing house akan memulakan proses settlement yang melibatkan pemindahan securities daripada akaun penjual kepada akaun pembeli, dan juga bayaran dari pembeli kepada penjual. Secara mudah, mereka bertindak sebagai agen atau perantara dalam proses ini. Proses settlement kebiasaannya akan mengambil masa dari satu hingga tiga hari bekerja.

Proses ini mendatangkan beberapa risiko contohnya salah satu pihak default yang bermakna ianya counterparty riskClearing house bertindak sebagai counterparty bagi kedua-dua pihak dan akan melindungi kedua-duanya dari risiko ini, dan itulah antara faktor mengapa clearing house diperlukan dalam proses trading.

Sistem SETLCoin

SETLCoin mempunyai konsep dan ciri-ciri yang lebih kurang sama dengan Bitcoin. Ianya akan digunakan sebagai kaedah pembayaran dan medium pertukaran. SETLCoin akan mewakili aset-aset kewangan seperti securities dan matawang krypto lain.

Contoh bagaimana SETLCoin digunakan:

Alice ingin menjual saham dan akan meletakkan maklumat penjualan ke dalam wallet yang dimilinya, dan Bob yang ingin membeli saham dan akan meletakkan maklumat pembelian dalam wallet yang dimilikinya. Maklumat ini akan mengeluarkan SELTCoin, dan transaksi itu akan direkod ke dalam lejar Blockchain. Kemudian, maklumat ini akan melalui proses pengesahan dan juga clearing, dan akhir sekali pemindahan akan berlaku.

Kesimpulan

Walaupun berita tentang Goldman Sachs ini sudah agak lama, ia tetap menunjukkan sifat keterbukaan institusi kewangan besar yang mula merasakan teknologi Blockchain boleh digunakan dalam sistem mereka. Pada bulan April 2015, Goldman Sachs bekerjasama dengan IDG Capital Partners yang berpusat di China untuk melabur sebanyak USD$50 juta ke dalam Bitcoin start-up, Circle Internet Finance Limited. Goldman Sach juga antara syarikat pertama yang bekerjasama dengan R3, sebuah syarikat inovasi dalam teknologi Blockchain.

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here