an image on a post about trend harga

Pernahkah anda melayari laman web seperti Bitstamp, Bitfinex atau Poloniex dan merasa keliru apabila melihat trend harga Bitcoin? Jika anda mempunyai latar belakang dalam akaun atau kewangan, anda mungkin tidak perlu membaca post ini. Tetapi jika anda berminat untuk belajar tentang cara membaca carta-carta itu, post ini adalah untuk anda.

Terdapat banyak cara untuk memeriksa harga matawang krypto yang juga bergantung kepada jenis pelabur. Ada yang hanya membeli matawang krypto dengan tujuan untuk menyimpan sehingga harga matawang krypto itu naik dengan tinggi sebelum menjual. Ada juga yang membeli matawang krypto dengan tujuan untuk melakukan aktiviti daily trading, di mana mereka jual beli matawang krypto menggunakan pelbagai strategi untuk mendapat keuntungan yang banyak.

Laman web Indeks Matawang Krypto

Cara yang paling mudah adalah melalui laman web Indeks Matawang Krypto. Dalam post ini, penulis menyenaraikan tiga laman web, iaitu coinmarketcap.com, coincap.io dan worldcoinindex.com. Coinmarketcap.com menyenaraikan sebanyak 872 matawang krypto manakala coincap.io menyenaraikan sebanyak 787 matawang krypto. Satu lagi platform untuk melihat harga matawang krypto adalah WorldCoinIndex yang menyenaraikan 536 matawang krypto.

Ramai pengguna telah membuat komen tentang perbezaan jumlah matawang yang disenaraikan tanpa mendapat jawapan. Namun begitu, jika anda ingin memeriksa matawang krypto yang sudah lama established, isu ini tidak begitu signifikan kerana kemungkinan besar matawang krypto anda akan tersenarai di ketiga-tiga laman web.

Sumber: coinmarketcap.com
Sumber: coincap.io
sumber: worldcoinindex.com

Anda juga boleh mendapatkan maklumat tentang platform pertukaran atau exchanges seperti Bitfinex, Bitthumb, Bittrex dan lain-lain, dan juga jumlah matawang krypto yang dijual beli di platform tersebut. Maklumat daripada laman web di atas berguna bagi mereka yang jual beli matawang krypto untuk tujuan menyimpan sehingga harga naik.

Antara ketiga-tiga laman web di atas, coinmarketcap.com menawarkan carta mudah untuk melihat pergerakan harga matawng krypto, manakala lagi dua laman web menggunakan carta candle-stick atau lilin untuk menunjukkan harga matawang krypto. Carta lilin juga digunakan oleh kebanyakan platform pertukaran kerana ia mempunyai lebih banyak maklumat, tetapi pada masa sama mungkin mengelirukan orang ramai.

2. Carta mudah dalam coinmarketcap.com

Coinmarketcap.com menawarkan carta yang mudah difahami, tidak kira untuk pakar matawang krypto mahupun pendatang baru dunia matawang krypto. Contoh di bawah adalah harga Bitcoin dalam USD.

 

Anda boleh melihat pergerakan harga Bitcoin dan juga jumlah modal pasaran Bitcoin seperti di atas. Harga closing pada sesuatu masa (sebulan, seminggu, sehari, sejam, seminit atau sebagainya) digunakan untuk membuat graf garisan.

 

Anda juga boleh mendapatkan maklumat tentang platform pertukaran yang merangkumi jumlah trading Bitcoin seperti di atas. Maklumat di atas menunjukkan pasaran Bitcoin terbesar adalah di Amerika Syarikat, diikuti pertukaran BCC/BTC dan kemudian pasaran Jepun. Kita juga dapat merumuskan pasaran di China terjejas kerana tindakan kerajaan China mengarahkan operasi pertukaran diberhentikan di negara itu.

2. Carta candle-stick atau lilin

Sumber: wikipedia

Carta yang digunakan kebanyakan platform pertukaran ini adalah carta yang kebiasaannya digunakan untuk menganalisa dan juga meramal harga sesuatu matawang krypto. Carta ini juga digunakan dalam pasaran lain seperti perdagangan forex dan saham. Lilin yang digunakan dalam carta ini merujuk kepada kedudukan harga open, close, high dan low setiap sesi. Pakar analisa boleh menggunakan pelbagai jenis penunjuk trend untuk meramal pergerakan harga matawang krypto.

 

Sumber: coindesk
Sumber: coindesk
Sumber: coindesk

Ketiga-tiga contoh di atas menunjukkan trend harga Bitcoin dalam tempoh masa berbeza: sehari, seminggu dan 30 minit. Garisan yang dilakar di setiap carta menunjukkan perubahan dalam trend harga Bitcoin, dipanggil trend lines. Namun begitu, untuk menganalisa harga Bitcoin anda memerlukan upper line dan lower line, membentuk trend channel seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah:

Sumber: coindesk

Trend channel boleh dibahagikan menjadi segmen-segmen kecil untuk dianalisa. Contoh di atas adalah trend channel dalam tempoh masa 1 jam.

Tradingview

Anda boleh membuat analisa di platform Tradingview menggunakan pelbagai alat penanda seperti yang ditunjukkan di atas. Alat penanda berbentuk garisan akan membolehkan anda membentuk trend line dan trend channel.

Tujuan utama analisa tentang trend harga adalah untuk memudahkan pengguna mengenal pasti kadar kenaikan dan kejatuhan harga dalam sesuatu tempoh dan trend harga yang mana yang akan berulang. Trend harga kebiasaannya akan berulang dari semasa ke semasa, sejajar dengan proses pembetulan pasaran.

Dalam post yang akan datang, penulis akan bercerita tentang corak trend yang boleh didapati daripada pergerakan harga matwang krypto dan apa maknanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here