an image on a post about ico
Beberapa jam lalu beberapa laman berita menyiarkan berita tentang kenyataan Gabenor Bank Negara Malaysia berkenaan larangan menjual matawang kripto yang akan efektif akhir tahun ini.
Tindakan ini sudah diambil beberapa negara lain selepas pengumuman dari kerajaan China pada September lepas, termasuk Korea Selatan. Malah, Jepun dan Singapura juga sedang mempertimbangkan bagaimana untuk mengawal selia ICO di negara masing-masing.
 
Apa implikasinya terhadap kita? Kepada Malaysia?
 
1. Pasaran matawang kripto – Paling jelas adalah kesan terhadap pasaran matawang kripto itu sendiri. Kita sudah dapat lihat kesan larangan ICO negara China dan baru-baru ini Korea Selatan kepada harga matawang kripto – kebanyakan harga matawang kripto jatuh walaupun dilihat keadaan semakin pulih. Pengumuman seperti ini pasti akan memberi impak kepada pasaran matawang kripto, terutama jika pembeli mula menjual matawang kripto mereka secara panik.
2. Bank – Dalam kes China, mana-mana bank akaun yang berkaitan dengan ICO dibekukan. Untuk jangka masa pendek, pemindahan wang dari bank-bank di Malaysia mungkin akan diawasi dengan lebih ketat. Transaksi yang mencurigakan akan alert bank dan akaun bank akan di flag. Tetapi bank tiada sebab yang kukuh untuk bekukan akaun sesuatu transaksi.
 
3. Platform ICO – Di China, platform-platform yang menganjurkan ICO perlu menghentikan operasi dan melalui pemeriksaan dari pihak berkuasa. Setakat ini di Malaysia tiada lagi platform seperti itu (yang admin tahu), jadi tiada implikasi di situ. Kebanyakkan projek ICO membuat pertukaran kripto ke kripto, jadi agak mustahil untuk BNM mengawasi apa yang berlaku.
 
4. Malaysia – Memandangkan Malaysia tidak mengiktiraf matawang kripto sebagai matawang, sekuriti mahupun komoditi, agak sukar untuk BNM menguatkuasakan larangan ini. Bagaimana untuk awasi? Kalau nak ambil tindakan, dibawah akta apa?

Sebab utama kerajaan China, sama seperti Amerika Syarikat boleh menguatkuasakan larangan ICO dan juga peraturan-peraturan lain berkaitan matawang kripto adalah kedua-dua negara ini sudah pun mengawal selia matawang kripto. Dua negara ini juga merupakan kuasa ekonomi terbesar dunia, jadi tidak hairanlah jika tindakan mereka mampu menggegarkan dunia matawang kripto.

Namun begitu, banyak sahaja “loophole” seperti membuka operasi di negara lain, mengubah VPN dan macam-macam lagi. Lebih-lebih lagi dengan kewujudan peer-to-peer network, yang bermakna tiada satu pihak yang menguasai network itu. Pernahkah anda terfikir bagaimana laman web seperti The Pirate Bay atau BitTorrent masih lagi aktif?

Kesimpulannya, larangan memang boleh dikeluarkan tetapi selain daripada kesan jangka masa pendek, admin rasa fenomena ini tidak akan dapat dihentikan, lebih-lebih lagi bagi mereka yang merasa dunia matawang kripto tidak patut dikawal selia. Lihat sahaja amaran tentang ICO baru-baru ini. Selain daripada menjadi bualan mulut orang ramai untuk beberapa hari, ia tidak mendatangkan apa-apa kesan jangka masa panjang dalam komuniti matawang kripto.

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here