an image on a post about hard fork bitcoin

Dalam masa dua hari lagi hard fork Bitcoin yang pertama (antara dua) akan berlaku. Selepas 25 Oktober, satu lagi matawang kripto akan wujud, iaitu Bitcoin Gold. Bagi mereka yang ingin tahu latar belakang tentang Bitcoin Gold, boleh baca artikel penerangan di sini.

Untuk ulang kaji, Bitcoin akan melalui dua hard fork:

  • Bitcoin Gold (hard fork pada blok no. 491407)
  • Bitcoin Segwit2x (hard fork pada blok no. 494784)

Walaupun hard fork Segwit2x tiada rancangan untuk mencipta matawang kripto baru, tetapi jika sebahagian besar komuniti Bitcoin tidak menyokong hard fork tersebut, kemungkinan besar akan ada matawang kripto baru seperti apa yang berlaku kepada Bitcoin Cash sebelum ini. Senario yang mempunyai kemungkinan besar untuk berlaku adalah hard fork yang berlaku akan mewujudkan tiga blockchain berbeza dan tiga jenis matawang kripto dalam masa sebulan lagi, selepas hard fork Segwit2x.

Mari kita mengandaikan senario di atas berlaku. Sama juga seperti situasi Bitcoin Cash, setiap Bitcoin (BTC) akan disalin ke dalam blockchain lain. Memandangkan sudah ada lebih kurang 16 bilion BTC yang sudah dikeluarkan, selepas hard fork, akan ada jumlah yang sama untuk Bitcoin Gold dan Bitcoin Segwit2x. Ini adalah berita baik untuk pemilik Bitcoin yang memegang private key sewaktu hard fork, anda akan dapat menuntut Bitcoin Gold dan Bitcoi Segwit2x. Namun begitu, hard fork begini juga datang dengan risikonya sendiri.

Apa perlu anda buat sebelum hard fork?

Seperti yang kita semua tahu, wallet yang paling selamat untuk menyimpan Bitcoin adalah wallet yang tidak memegang private key seseorang. Jika anda kehilangan private key anda, anda boleh kehilangan semua simpanan Bitcoin anda. Dalam kes hard fork pula, jika anda menyimpan Bitcoin dalam wallet yang menyimpan private key anda, sama ada anda akan mendapat Bitcoin Gold dan Bitcoin Segwit2x atau tidak, bergantung kepada wallet itu. Rujuk artikel ini untuk memilih wallet Bitcoin.

Contoh wallet yang menyimpan private key anda adalah kebanyakan platform pertukaran dan online wallet seperti Coinbase, GDAX, Circle dan Xapo. Anda boleh mengikuti perkembangan daripada perkhidmatan yang anda gunakan untuk mendapatkan kenyataan rasmi daripada mereka. Baru-baru ini Coinbase, Trezor, Ledger, Coinomi dan Bittrex telah mengeluarkan kenyataan tentang Bitcoin Gold.

  • Coinbase/GDAX – tidak akan menyokong Bitcoin Gold kerana protokol yang tidak serasi dengan versi Bitcoin yang sudah ada.
  • Trezor – masih lagi tiada keputusan muktamad. Trezor ingin memastikan transaksi Bitcoin Gold selamat dan protokol “replay protection” sempat diimplementasi.
  • Ledger – akan menyokong jika kod Bitcoin Gold dibuka secara umum, dan implementasi “replay protection” berjaya
  • Coinomi – akan menyokong Bitcoin Gold dan menawarkan panduan mendapatkan Bitcoin Gold selepas 1 November
  • Bittrex – akan menawarkan Bitcoin Gold kepada pemegang Bitcoin sebelum 25 Oktober, tetapi tidak akan menyenaraikan Bitcoin Gold dalam senarai pertukaran kerana maklumat tentang Bitcoin Gold yang dilihat tidak sempurna.

Jika anda menyimpan Bitcoin dalam senarai di atas, sila ambil nota. Masih banyak lagi platform pertukaran dan perkhidmatan wallet yang mengambil posisi “wait and see” dalam situasi ini. Tetapi, apa yang penting adalah anda menyimpan Bitcoin dalam wallet yang membenarkan anda menyimpan private key anda sendiri.

Selepas hard fork Bitcoin Gold

Seperti yang banyak disebut di atas, Bitcoin Gold akan implementasi protokol “replay protection“. Protokol ini berfungsi untuk mengelakkan anda daripada menghantar Bitcoin Gold secara tidak sengaja bila anda ingin menghantar Bitcoin. Ini bermakna jika anda menghantar Bitcoin, anda masih boleh akses jumlah Bitcoin Gold yang sama.

Andai kata anda meyimpan Bitcoin anda di beberapa alamat, pastikan anda menyimpan alamat tersebut jika anda ingin membelanjakan Bitcoin anda. Ini adalah kerana Bitcoin Gold akan dikredit ke dalam alamat yang mempunyai Bitcoin pada atau sebelum 25 Oktober. Proses menuntut Bitcoin Gold adalah lebih kurang sama seperti Bitcoin Cash sebelum ini, dan anda tidak perlu terburu-buru menuntutnya. Langkah terbaik adalah menunggu sehingga hard fork Segwit2x berlaku supaya anda hanya perlu melalui proses menuntut matawang kripto yang baru sekali sahaja.

Selepas hard fork Segwit2x

Berbeza dengan Bitcoin Gold, hard fork Segwit2x bertujuan untuk menambahbaik sistem Bitcoin yang sedia ada. Hard fork ini akan menambah saiz blok Bitcoin kepada 8M, membolehkan lebih banyak transaksi diproses dalam tempoh masa 10 minit di antara blok. Developers di sebalik hard fork ini tidak merancang untuk memberi nama baru untuk Bitcoin selepas hard fork tersebut tetapi ada pihak yang sudah menamakan matawang kripto itu sebagai B2X. Malah, jika anda pergi ke coinmarketcap.com, B2X sudahpun disenaraikan sebagai futures dan harganya sudah mencecah hampir USD$1,000.

Namun begitu, isu utama yang dihadapi orang ramai tentang hard fork ini adalah Segwit2x tidak akan implementasi protokol “replay protection” seperti dalam Bitcoin Cash dan Bitcoin Gold. Ini adalah kerana menurut developers di sebalik Segwit2x, mereka tiada sebab untuk implementasi protokol itu memandangkan tiada matawang kripto baru dan Bitcoin sepatutnya akan kekal sebagai Bitcoin.

Tanpa protokol “replay protection” bermakna, selepas hard fork, kedua-dua transaksi BTC dan B2X akan kelihatan sama dan boleh menggunakan kedua-dua blockchain. Oleh itu, apabila anda menghantar transaksi BTC, ada kemungkinan besar anda juga menghantar B2X, dan juga sebaliknya. Dalam kes ini, langkah terbaik adalah tidak menghantar transaksi Bitcoin selepas hard fork Segwit2x sehinggalah anda memisahkan kedua-dua matawang kripto. Menjelang pertengahan November, selepas hard fork berlaku, kemungkinan besar akan ada wallet baru yang menyokong B2X (jika wujud matawang kripto baru) atau wallet yang sedia ada akan menawarkan perkhidmatan memisahkan dan menuntut B2X untuk anda.

Apa pun, jangan lupa simpan Bitcoin anda di wallet yang selamat sebelum 25 Oktober!

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here