an image on a post about vertcoin

Baru-baru ini kecoh tentang hard fork Bitcoin yang melahirkan matawang kripto baru, Bitcoin Gold. Matlamat utama penciptaan Bitcoin Gold adalah untuk membolehkan miners yang menggunakan peralatan GPU mining matawang kripto tersebut. Antara isu yang diketengahkan adalah monopoli dengan penggunaan peralatan ASIC yang mempunyai processing power lebih besar daripada GPU. Anda boleh membaca tentang Bitcoin Gold lebih lanjut di sini: Lagi-lagi tentang hard fork Bitcoin – dulu Bitcoin Cash kini Bitcoin Gold pula?

Tetapi adakah anda tahu Bitcoin Gold bukan matawang kripto pertama yang implementasi ASIC-resistant mining? Sudah terdapat beberapa matawang kripto lain yang membolehkan mining menggunakan GPU atau CPU. Dalam post ini, penulis ingin memperkenalkan salah satu daripada matawang kripto itu, iaitu Vertcoin.

Latar belakang

Vertcoin adalah antara matawang kripto yang pertama yang implementasi ASIC-resistant mining. Vertcoin dilancarkan pada bulan Januari 2014 dengan harga USD$0.07. Harga tertinggi yang pernah dicapai oleh Vertcoin adalah USD$5.82 pada bulan Februari 2014 sebelum ia jatuh dan kekal di bawah USD$1.

Harga Vertcoin mula naik apabila berita tentang pengaktifan protokol Segwit melalui Lightning Network diumumkan pada bulan Mei tahun ini. Kini, harga Vertcoin adalah USD$3.97 dan jumlah modal pasaran Vertcoin adalah lebih kurang USD$161 juta. Jumlah modal pasaran Vertcoin telah mencapai kenaikan lebih 14000% sejak bulan Januari 2017.

Vertcoin boleh didapati di Poloniex, Bittrex, Bleutrade, Yobit dan Shapeshift.

Spesifikasi

  • Algorithma: Lyra2RE (v2)
  • Jumlah pengeluaran: 84 juta
  • Tempoh masa pembentukan blok baru: 2.5 minit
  • Ganjaran setiap blok: 50 Vertcoin (dibahagi dua setiap 840,000 blok)
  • Penyelarasan kadar kesukaran: Setiap blok (protokol Kimoto’s Gravity Well)
  • Jumlah Vertcoin yang di pre-mine: 0

Keunikan Vertcoin

ASIC resistant mining

Apa yang menyebabkan Vertcoin ini unik sehingga tersenarai dalam 50 matawang kripto teratas di pasaran (Vertcoin di posisi ke-39)? Menurut laman web Vertcoin, penciptaan Vertcoin adalah untuk melawan penguasaan pusat (centralization). Penguasaan pusat di sini adalah berkaitan aktiviti mining.

Dengan implementasi ASIC-resistant mining, Vertcoin dapat mengekalkan ekosistem yang adil, di mana sesiapa sahaja boleh mining Vertcoin. Ini adalah antara faktor utama yang menarik beginner miners dan ia merupakan antara tempat terbaik untuk mulakan aktiviti mining.

Miners Vertcoin tidak mempunyai insentif untuk menyertai atau memulakan mining pool, memandangkan mereka boleh mining tanpa kos yang tinggi. Pada masa yang sama, situasi ini mengelakkan mining pool besar daripada menguasai network Vertcoin dan mengambil kesempatan untuk memonopoli pasaran Vertcoin.

Kerjasama dengan Litecoin untuk implementasi Lightning Network

Lightning Network adalah aplikasi smart contract dalam blockchain untuk membolehkan transaksi serta merta, dan juga jumlah transaksi yang besar (berjuta transaksi setiap saat).

Satu lagi kelebihan lightning network yang melibatkan kerjasama Vertcoin dan Litecoin adalah atomic swapAtomic swap adalah pertukaran yang berlaku diluar chain utama (off-chain) di antara blockchain yang mempunyai protokol konsensus yang sepadan (heterogenous). Dalam erti kata lain, dengan menggunakan Lightning Network anda boleh membuat pertukaran kripto ke kripto tanpa perlu pihak ketiga.

Dalam atomic swap, pengguna A menghantar Litecoin melalui blockchain Litecoin, dan pengguna B mengantar Vertcoin melalui blockchain Vertcoin. Kedua-dua transaksi mempunyai penghubung, dan penerima boleh menuntut matawang kripto dengan menggunakan nombor rahsia.

Pada bulan May yang lalu, Vertcoin mengumumkan pengaktifan SegWit dan implementasi Lightning Network dan hasilnya, harga Vertcoin naik lebih 50 peratus. Antara matawang kripto lain yang sudah atau sedang dalam proses implementasi Lightning Network adalah Ripple, Syscoin, Litecoin, Viacoin, Decred, Veltor dan Raiden. Dan kerjasama antara Vertcoin dan Litecoin telah menaikkan nama Vertcoin di mata pengguna matawang kripto.

Development team yang komited dan komuniti yang kuat

Development team Vertcoin adalah sekumpulan sukarelawan yang diketuai oleh James Lovejoy, yang juga adalah penyelidik di Massachusetts Institute of Technology Digital Currency Initiative (MIT DCI). Dan MIT DCI adalah inisiatif yang melahirkan Lightning Network, jadi Vertcoin mempunyai kelebihan yang sangat besar dalam implementasi Lightning Network.

Development team Vertcoin juga sangat aktif dalam komuniti mereka. Maklumat terbaru akan dikeluarkan setiap dua bulan, menunjukkan perkembangan projek tersebut dengan jelas kepada komuniti. Vertcoin juga menggunakan pendekatan yang unik dalam roadmap mereka. Roadmap Vertcoin boleh diakses oleh sesiapa sahaja melalui .

Dan ahli-ahli komuniti boleh mengundi projek-projek yang mereka rasa boleh membawa kebaikan kepada komuniti. Pendekatan interaktif ini banyak menarik minat orang ramai yang menyokong misi Vertcoin.

Selain itu, memandangkan Vertcoin bergantung sepenuhnya kepada derma orang ramai (development team tiada Vertcoin dalam simpanan), Vertcoin juga memaparkan penggunaan dana mereka setiap bulan beserta jumlah derma yang diterima.

Kesimpulan

Vertcoin adalah matawang kripto yang mempunyai potensi untuk kekal lama dalam pasaran kerana kelebihan yang telah penulis diceritakan di atas. Tetapi dengan penemuan baru dalam penyelidikan teknologi Blockchain, adakah ianya cukup ataupun tidak, kita tungu sahaja dan lihat.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here