Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Apa Alternatif Blockchain untuk OneDrive, Google Drive atau iCloud?

Cloud storage wujud sebagai alternatif kepada penyimpanan menggunakan hard driveHard drive, walaupun mempunyai kapasiti yang lebih besar, datang dengan beberapa keburukan. Ini termasuk peralatan fizikal yang menyusahkan jika dibawa ke sana ke mari, saiz yang terlalu besar, risiko kehilangan segala-galanya jika berlaku kerosakan dan sebagainya.

Terdapat keperluan yang besar untuk mekanisme penyimpanan yang boleh diskalakan (dari segi ruangan penyimpanan), selamat, mudah dipindah dan juga fleksible dari segi kegunaan. Sebelum wujudnya teknologi blockchaincloud storage dibina untuk menjadi penyelesaian kepada masalah ini.

Penyimpanan cloud membolehkan anda memuat naik data anda ke server yang dikawal oleh kuasa pusat. Apabila anda perlu akses data anda, komputer anda akan membuat permintaan kepada pusat data itu dan ia akan memberi anda akses. Kebiasaannya, pusat data ini bukanlah berada berdekatan dengan anda, dan kecepatan penerimaan data anda bergantung kepada kelancaran sistem itu.

Masalah cloud storage

Adakah anda pengguna Dropbox? Jika anda mempunyai akaun basic, ini bermakna anda hanya mempunyai 2GB ruang penyimpanan. Bagaimana pula dengan Google Drive? Ruang penyimpanan Google Drive adalah 15GB, tetapi ia bukan hanya meliputi Google Drive, tetapi juga akaun Gmail (emel dan lampiran) dan Google+ Photos.

Pernahkah anda kehabisan ruang untuk menyimpan fail-fail dan dokumen anda? Menyimpan di komputer mendatangkan isu-isu lain seperti menyebabkan komputer berjalan dengan perlahan ataupun sukar untuk akses fail di tempat lain.

Selain daripada itu, penyimpanan cloud adalah berpusat. Ini bermakna anda perlu percaya kepada pihak ketiga untuk memastikan data yang anda muat naik disimpan dengan selamat. Dan seperti yang disebut di atas, risikonya adalah jika lokasi anda dan pusat data berjauhan. Ini bukan sahaja menyebabkan kelambatan dalam akses data anda, tetapi kadang-kadang juga menyebabkan berlakunya kesilapan.

Default – Inside Post Ads

Akhir sekali adalah isu privasi. Salah satu masalah kritikal penyimpanan cloud tradisional adalah tahap privasi dan juga keselamatan data anda. Walaupun dengan jaminan keselamatan daripada pembekal cloud storage, risiko data breach atau kecurian data masih boleh berlaku. Contohnya rekod pelanggan Verizon oleh Nice Systems yang menggunakan server penyimpanan Amazon S3. Atau Deep Roots Analytics yang membuat kesilapan dalam konfigurasi server AWS mereka menyebabkan pendedahan data sensitif 198 juta rakyat Amerika.

Teknologi Blockchain alternatif yang lebih selamat?

Hakikatnya, jika anda menggunakan perkhidmatan pihak ketiga untuk cloud storage, anda meletakkan sepenuh kepercayaan kepada mereka untuk menyimpan data anda. Disebabkan itulah banyak pembangun yang mula membangunkan alternatif blockhain untuk penyimpanan cloud.

Kini, dengan teknologi Blockchain, sistem penyimpanan boleh di desentralisasikan. Idea menggunakan rangkaian peer-to-peer seperti blockchain bukanlah sesuatu yang baru. Jika kita lihat BitTorrent, ia adalah platform perkongsian fail yang teragih (distributed) secara P2P. Apa yang ditambah baik oleh blockchain adalah dari segi mekanisme dan juga ciri pembayarannya yang tidak memerlukan perantara seperti bank.

Kita sudah tahu desentralisasi dalam blockchain bermakna penggunaan nod-nod yang teragih di seluruh dunia. Dalam kes penyimpanan data, data akan disimpan dalam banyak nod di seluruh dunia, dan ini memberi lebih keselamatan kepada pengguna. Tambahan lagi, pengguna akan mendapat lebih privasi kerana fail yang dimuat naik tidak dikawal atau boleh diakses oleh mana-mana pihak ketiga. Setiap data akan diagihkan dengan enkripsi di nod-nod dalam rangkaian blockchain tersebut.

Bayangkan jika kos untuk mendapatkan ruang penyimpanan lebih murah berbanding penyimpanan cloud yang sedia ada. Purata kos sebulan server medium AWS (2 CPU dan 4 RAM) adalah dalam $40-$50, manakala 1TB di iCloud berharga $10 setiap bulan. Penyimpanan blockchain datang dengan harga serendah $2/TB sebulan.

Murah atau tidak? Berminat nak tahu aplikasi mana yang mengenakan caj murah macam tu?

Dalam post ini, penulis akan memperkenalkan 4 aplikasi berdasarkan teknologi Blockchain yang menawarkan perkhidmatan cloud storage berdasarkan blockchain.

1 Sia

Sia
Sumber: sia.tech

Token yang digunakan Sia adalah Siacoin dan menurut coinmarketcap.com, jumlah modal pasaran Siacoin kini adalah USD$122 juta, dan harganya adalah USD$0.003174.

2 Storj.io

Seperti Sia, Storj juga menawarkan encrypted cloud storage kepada pengguna. Buat masa ini, Storj tidak menggunakan smart contract, tetapi satu protokol untuk merunding dan mengesahkan kontrak antara pengguna. Pengguna yang menawarkan ruang penyimpanan dipanggil farmers dan penyewa adalah rentersRenter akan memeriksa sama ada farmers masih menyimpan fail mereka secara berkala, dan dalam setiap pemeriksaan renters akan membayar farmersFarmers pula boleh menarik balik ruang penyimpanan yang telah diberi jika renters tidak menjalankan pemeriksaan dan membuat bayaran.

Sumber: blog.storj.io

Gambar di atas menunjukkan kos menggunakan 100GB ruang penyimpanan di Storj berbanding Dropbox. Menurut laman web Storj, kos untuk mendapatkan 1GB ruang penyimpanan hanya USD$0.015, berbanding Dropbox (USD$0.083) dan Amazon (USD$0.0275).

Token Storj juga boleh di jual beli di pasaran. Jumlah modal pasaran Storj kini adalah hampir USD$22 juta dan harganya adalah USD$0.166760.

3 MaidSAFE

Projek MaidSAFE menawarkan lebih daripada hanya ruang penyimpanan di platform MaidSAFE. Melalui MaidSAFE, miners boleh menyewakan ruang penyimpanan, processing power dan juga data connection. MaidSAFE menawarkan pasaran untuk menawarkan dan menyewa ruang penyimpanan, dan teknologi MaidSAFE akan sentiasa menyelaraskan harga mengikut sumber yang ada dan juga permintaan daripada pengguna. Mekanisme yang digunakan MaidSAFE ini memastikan keseluruhan sumber dalam platform tersebut digunakan dan pemberi sumber mendapat ganjaran yang setimpal menggunakan smart contract.

Jumlah modal pasaran MaidSafeCoin adalah USD$73 juta dan harganya adalah USD$0.163022.

4 Filecoin

Dan akhir sekali, Filecoin yang baru sahaja mengakhiri ICO bulan September yang lalu. Filecoin adalah platform yang membolehkan pengguna menyewakan kapasiti dalam komputer mereka yang tidak digunakan.

Filecoin menggunakan dua protokol baru dalam sistem mereka, iaitu Proof-of-Replication (PoR) dan Proof-of-Spacetime (PoSt). Dalam protokol PoR, pengguna yang memberi ruang simpanan perlu meyakinkan pengguna yang ingin menyimpan bahawa sebahagian daripada data yang ingin disimpan telah disalin (replicated) beberapa kali, dan setiap replika ini disimpan di beberapa tempat, melalui penyelesaian algoritma. Protokol PoR ini adalah penambahbaikan daripada protokol Proof-of-Storage (PoS), yang mempunyai fungs yang sama.

Kesimpulan

Teknologi blockchain terbukti mendatangkan pelbagai penambahbaikan kepada teknologi sedia ada. Aplikasi penyimpanan data adalah antaranya. Ramai yang percaya pasaran penyimpanan data berdasarkan blockchain boleh merevolusikan infrastruktur oleh Amazon, Microsoft, Google dan lain-lain lagi.

Adakah anda menggunakan mana-mana aplikasi di atas?

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

 

 

 

 

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads