an image on a post about penggunaan bitcoin

Terlalu sibuk? Tiada masa untuk belajar berkenaan Bitcoin dan menggunakannya? Tak tahu di mana nak mula? Anda ada 5 minit? Mari saya terangkan kepada anda berkenaan asas penggunaan Bitcoin dalam masa 5 minit.

Apakah itu Bitcoin?

Bitcoin adalah sejenis mata wang digital, yang dikawal oleh komuniti dan bebas dari kongkongan kerajaan atau bank. Perkara yang paling penting berkenaan Bitcoin adalah konsep decentralization, iaitu tiada satu institusi pun yang mengawal Bitcoin ini. Bitcoin ini dihasilkan sebagai ganjaran jika dapat menyelesaikan masalah matematik, di mana ia menggunakan tenaga elektrik untuk mengira jawapan kepada masalah tersebut. Maka, tidaklah benar untuk mengatakan Bitcoin hanyalah scam dan penipuan kerana untuk menghasilkan Bitcoin memerlukan penyelesaian masalah matematik yang kompleks dan penggunaan tenaga elektrik.

Ini bukan Bitcoin, Bitcoin tidak wujud dalam bentuk fizikal.

Gambaran di atas adalah yang lebih tepat tentang Bitcoin, ia menunjukkan berapa Bitcoin yang anda miliki, dan juga maklumat-maklumat lain yang berkaitan dengan Bitcoin anda.

Kenapa anda mesti gunakan Bitcoin?

Ada 3 sebab utama kenapa anda mesti menggunakan Bitcoin.

Pertama, transaksi Bitcoin adalah pantas berbanding transaksi bank biasa, terutamanya untuk transaksi antarabangsa. Jika untuk transaksi antarabangsa, ia mengambil masa sehingga seminggu lebih, jika menggunakan Bitcoin ia hanya mengambil masa dari 10 minit hingga 30 minit sahaja untuk pengesahan transaksi Bitcoin.

Kedua, transaksi Bitcoin adalah murah. Yuran transaksi Bitcoin adalah kurang dari 1 USD (RM 4.23), berbanding sehingga € 50(RM 49.28) untuk transaksi antarabangsa. Ini adalah sangat menjimatkan kepada pengguna Bitcoin, terutamanya untuk melakukan transaksi antarabangsa kerana yuran transaksi Bitcoin yang sangat murah.

Ketiga, Bitcoin adalah sepenuhnya milik anda. Ia tidak dikuasai oleh mana-mana institusi, maka ia tidak boleh ditarik balik atau dimanipulasi oleh satu pihak sahaja. Harga Bitcoin adalah sepenuhnya ditentukan oleh faktor pasaran, berbanding matawang biasa yang kita gunakan di mana ia dikawal dan dipengaruhi oleh kerajaan.

Nak tahu lebih lanjut pasal kelebihan Bitcoin berbanding matawang biasa? Klik sini.

5 Kelebihan Tentang Bitcoin 

Bagaimanakah anda hendak menyimpan Bitcoin?

Anda boleh menyimpan Bitcoin anda di dalam Bitcoin wallet. Aplikasi wallet adalah ibarat dompet digital, di mana ia digunakan untuk menyimpan mata wang digital anda. Dan pastikan anda mempunyai Bitcoin wallet dahulu sebelum membeli Bitcoin anda. Terdapat pelbagai jenis Bitcoin wallet, antaranya untuk Desktop wallet, Mobile wallet, Online wallet, dan Hardware wallet. Online wallet adalah paling mudah untuk pengguna baru menyimpan Bitcoin.

Rujuk sini untuk tahu lebih lanjut berkenaan memilih Bitcoin wallet.

Bagaimana untuk Memilih Wallet Bitcoin dan Matawang Krypto?

Bagaimanakah anda hendak membeli dan menjual Bitcoin?

Nak merasa bagaimana mempunyai Bitcoin anda sendiri? Cara yang paling mudah adalah menggunakan khidmat exchanger. Terdapat pelbagai jenis exchanger Bitcoin, namun untuk Malaysia, kami cadangkan kepada anda untuk mengunakan Coinexy, peer-to-peer exchanger buatan Malaysia.

Sila klik sini untuk belajar cara–cara untuk anda mula membeli Bitcoin di Coinexy.

Tutorial: Cara-cara untuk Menggunakan Coinexy

Dah habis 5 minit kan? Sekarang anda pasti dapat memahami secara kasar tentang penggunaan Bitcoin. Masih dahagakan ilmu berkenaan Bitcoin dan cryptocurrency? Silalah hilangkan haus anda dengan membaca laman web coin.my, sumber informasi terulung dunia kewangan krypto di Malaysia.

 

 

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here