an image on a post about mining rig

Dalam melakukan operasi mining, antara elemen utama adalah untuk membina mining rig yang mempunyai pengaliran udara yang baik, kukuh, tahan lasak, dan mudah dipasang. Kebanyakan orang yang ingin bermula dengan operasi mining pasti akan tersangkut untuk mendapatkan sumber mining rig case.

Membina sendiri mining case adalah sesuatu perkara yang agak membebankan, lebih-lebih lagi bagi orang yang belum pernah melakukan projek pertukangan tangan, tiada kemahiran yang mencukupi, dan juga tidak mempunyai alatan untuk membina mining case tersebut. Dan jika anda berjaya membina mining case anda sendiri, belum tentu ia mempunyai ketahanan dan kebolehpercayaan yang anda ingini.

Jangan risau! Dalam artikel ini penulis akan beri ulasan tentang produk hasil anak muda Malaysia yang membina dan menjual Miner RIG mining case, yang mana ia dapat menjadi penyelesaian masalah yang anda hadapi untuk melakukan operasi mining anda sendiri.

Pandangan Pertama

Miner RIG mining case ini datang dengan 3 spesifikasi, iaitu ia mampu menampung 6 GPU. 9 GPU, dan juga 12 GPU. Miner RIG ini dapat menampung pelbagai jenis dan saiz GPU termasuklah GPU yang sebesar GTX 1080 Ti. Mining case ini diperbuat daripada aluminum, dan tapaknya diperbuat daripada lasercut Acrylic. Tapak acrylic ini sesuai digunakan untuk pelbagai jenis motherboard, serta set mining rig ini disertakan dengan standoff dan skru untuk motherboard anda. Selain itu, On/Off Push Button juga turut disertakan untuk memudahkan anda menghidupkan atau mematikan mining rig anda.

5 Kelebihan Miner RIG

  1. Reka Bentuk yang Ringkas, Kemas dan Minimalis

Kelebihan yang terserlah daripada mining case ini adalah reka bentuknya yang ringkas dan minimalis. Ini memudahkan untuk miner memastikan mining rig yang hendak dibina adalah kemas dan mudah untuk diselenggarakan.

  1. Ringan

Selain itu, mining case ini adalah ringan, maka ini adalah titik penting bagi produk ini kerana ada diantara produk mining rig case di pasaran adalah agak berat kerana menggunakan besi sebagai bahan asas binaan mining case mereka. Mining case ini pula menggunakan aluminium, maka inilah sebab utama mengapa beratnya adalah ringan, tanpa mengorbankan kekukuhannya. Ini memudahkan pembina mining rig untuk memindahkan mining rig jika diperlukan.

  1. Mudah untuk digunakan dan dipasang

Mining case ini datang dalam keaadan sudah siap dipasang, maka pembeli hanya memerlukan pemutar skru untuk menggunakan dan memasang GPU di mining case ini. Kelebihan yang penulis dapati daripada mining case ini adalah ianya menggunakan sistem slot in design untuk pemasangan GPU. Ini memudahkan proses pemasangan GPU di mining case, tanpa perlu melakukan apa-apa proses menggerudi di mining case tersebut.

  1. Pembinaan yang kukuh

Berdasarkan percubaan penulis, mining case ini dapat menahan impak jatuhan dari meja setinggi 80 centimeter. Ini menunjukkan bahawa pembinaan mining case ini adalah kukuh, dan semestinya ia dapat memenuhi keperluan dan ketahanan yang cukup dalam kebanyakan operasi mining rig. Dan disebabkan mining case ini dibina menggunakan aluminium, maka ia tidak akan berkarat dan dapat bertahan untuk jangka masa yang lama.

  1. Harga yang berpatutan

Tarikan utama kepada para pembina mining rig terhadap mining case pasti adalah harganya. Produk ini adalah berita baik kepada para pembina mining rig kerana kosnya yang sangat berpatutan, iaitu bermula dari RM 150 untuk mining case berkapasiti 6 GPU. Berbanding dengan produk di pasaran pula, harganya adalah diantara RM 300 hingga RM 400 untuk mining case berkapasiti 6 GPU.

Kesimpulan

Berikut adalah maklumat ringkas berkenaan mining case ini:

  • 6GPU – RM 150
Gambar sisi dan atas bagi Miner RIG mining case berkapasiti 6 GPU.
  • 9GPU – RM 190

mining-rig-case-review

.

mining-rig-case-review
Gambar sisi dan atas bagi Miner RIG mining case berkapasiti 9 GPU.
  • 12GPU – RM 200

Gambar sisi dan atas bagi Miner RIG mining case berkapasiti 12 GPU.
  • Penambahan kipas 120MM, RM10 untuk setiap kipas

Setiap Miner RIG mining case ini disertakan dengan:

  • Tapak Acrylic yang sesuai digunakan untuk pelbagai jenis motherboard
  • On/Off Push Button
  • Standoff dan skru untuk pemasangan motherboard

Untuk pembelian dan pertanyaan lanjut, anda boleh rujuk dengan maklumat di bawah:

Contact/Order: rcbotz.com/wasap

FB: https://www.facebook.com/minerui

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here