an image on a post on matawang kripto

Bitcoin Classic akan ditutup, Bitcoin Cash akan menjadi “Bitcoin”

Dalam kenyataan rasmi Bitcoin Classic, Tom Zander berkata bahawa “Bitcoin Classic, akan ditutup kerana sudah tidak mampu menunaikan visi Satoshi Nakamoto kerana block saiz untuk Bitcoin Classic terhad kepada 1 MB sahaja, berbanding Bitcoin Cash yang mampu menampung block saiz sebanyak 2 MB.” Seterusnya tambah beliau “Bitcoin Cash (BCH) akan meneruskan legasi Bitcoin Classic, di mana dalam masa 6 bulan, nama Cash dalam Bitcoin Cash mungkin akan digugurkan. Sekarang adalah terletak di kuasa pasaran, sama ada Bitcoin Classic atau Bitcoin Cash yang akan menguasai pasaran.”

Sumber: Tom Zander – release Manager of Bitcoin Classic

https://bitcoinclassic.com/news/closing.html

 

Bank Pusat Eropah menafikan bahawa mereka mengabaikan perkembangan Cryptocurrency

Dalam satu kenyataan Benoît Cœuré, ahli dalam Badan Eksekutif Bank Pusat Eropah, bank tersebut mengikuti dengan dekat perkembangan cryptocurrency, walaupun mereka tiada kuasa untuk mengawal selia Bitcoin. Mereka tidak merasakan wata wang digital adalah ancaman terhadap matawang Euro. Mata wang digital tidak akan menyebabkan risiko kewangan, kerana jumlah yang terlibat dalam urusan mata wang digital adalah sedikit sahaja.

Sumber: Benoît Cœuré, Member of the Executive Board of the European Central Bank (ECB)

https://www.ecb.europa.eu/press/inter/date/2017/html/ecb.in171029.en.html

Ancaman Crytocurrencies akan mendorong kerajaan memperkenalkan Wang Digital versi mereka sendiri

“Kerajaan akan memperkenalkan mata wang digital mereka sendiri untuk mengelakkan ancaman cryptocurrency”, inilah kesimpulan yang dibuat oleh Citigroup CEO, Michael Corbat ketika ditemuramah oleh Bloomberg. Beliau juga telah menerangkang inisiatif Citibank, di mana mereka telah membangunkan mata wang digital mereka sendiri yang dinamakan Citicoin untuk tujuan mengurangkan isu-isu penukaran mata wang asing antarabangsa.

Sumber: Michael Corbat, CEO Citigroup Inc.

https://www.bloomberg.com/news/articles/2017-11-08/corbat-sees-governments-issuing-digital-currencies-after-bitcoin

 

Bank-Bank Terbesar Dunia Mengetuai Penggunaan Blockchain

Dalam kenyataan rasmi Ripple, mereka telah membuktikan bahawa blockchain adalah penyelesaian kepada transaksi antarabangsa. Ini dibuktikan dengan 11 daripada 100 bank terbesar dunia dari segi jumlah asset telah meyertai RippleNet. Dan bilangan ini meningkat mendadak setiap bulan. Antara bank tersebut adalah Bank of America, Credit Agricole, Mizuho Financial Group, Santander, UBS, RBC, UniCredit, Standard Chartered, and Westpac.

Marcus Treacher, Ketua Strategi Global Ripples mengatakan bahawa “Teknologi blockchain sedang dalam proses diterima pakai oleh arus perdana, termasuklah institusai kewangan terbesar dunia. Mereka melihat nilai dalam penyelesaian kami kerana bukan sahaja ia menjimatkan, malah ia memudahkan pelanggan dengan perkhidmatan yang lebih pantas dan berkualiti”

Sumber: Sarah Marquer, Corporate Communication for Ripple

https://ripple.com/insights/the-worlds-biggest-banks-lead-the-blockchain-charge/

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here