an image on a post about matawang kripto

Mastercard Dalam Proses Pemohonan Paten Untuk Sistem Pemindahan Segera Wang Menggunakan Teknologi Blockchain

Pemfailan paten baru daripada Mastercard menunjukkan syarikat kad kredit gergasi ini ingin mengaplikasikan teknologi blockchain sebagai salah satu teknologi untuk mempercepatkan dan memudahkan sistem penyelesaian pembayarannya.

Dalam permohonan paten yang bertajuk “Method and System for Instantaneous Payment using recorded guarantees” (Kaedah Dan Sistem Untuk Pembayaranb Segera Menggunakan Jaminan Yang Direkodkan) seperti yang didaftarkan di Pejabat Paten dan Cap Dagangan U.S, menunjukkan Mastercard menerangkan bahawa sistem tersebut menjamin pemprosesan segera bayaran.

Dengan penggunaan sistem ini, penyelesaian bayaran akan berlaku segera di antara penjual dan pembeli yang menggunakan Mastercard, berbanding sekarang ini yang memerlukan beberapa hari untuk bayaran diterima oleh penjual.

Sumber:

https://www.coindesk.com/mastercard-patent-filings-detail-blockchains-use-speeding-payments/

Syarikat Pembekal Tenaga China Menafikan Bahawa Mereka Akan Menghentikan Perkhidmatan Mereka Untuk Aktiviti Bitcoin Mining

Khabar angin yang menunjukkan bahawa aktiviti Bitcoin mining adalah aktiviti haram telah disangkal oleh Perbadanan Grid Negara China, syarikat pembekal tenaga yang dimiliki oleh kerajaan China. Dalam dokumen yang disebarkan tersebut, ai menyatakan bahawa aktiviti Bitcoin mining adalah tidak sah di sisi undang-undang, dan setiap generator yang terlibat dengan aktiviti Bitcoin mining juga akan dilarang. Dokumen itu mempunyai cop rasmi Perbadanan Grid Negara China Cawangan Daerah Dan Ba di Sichuan.

Berdasarkan laporan dari Caixin, wakil eksekutif daripada Perbadanan Grid Negara China cawangan daerah Dan Ba menyatakan bahawa dokumen itu adalah tulen, namun ia hanyalah memo dalaman, sekadar draf dan mempunyai kesalahan dalam pengunaan frasanya.

Ujarnya lagi, syarikat tersebut hanyalah syarikat milik kerajaan China, mereka tidak mempunyai kuasa eksekutif untuk menentukan sama ada aktiviti Bitcoin mining sebagai sah atau tidak.

Sumber:

https://www.coindesk.com/state-owned-power-provider-denies-chinese-bitcoin-mining-ban-rumors/

Kementerian Kewangan Negara-Negara Baltic Akan Membantu Mengembangkan Pembangunan Dan Kajian Teknologi Blockchain

Kementerian Kewangan Negara-Negara Baltic telah menunjukkan sokongan dan kesediaan mereka untuk mengembangkan teknologi Blockchain. Tujuan ini adalah untuk membantu perkembangan dan memajukan inovasi dalam pasaran modal mereka.

Dalam memorandum persefahaman terbaru di antara mereka, Kementerian Kewangan Estonia, Latvia dan Lithuania akan bekerjasama untuk memajukan ekonomi mereka dan di antara usahanya adalah memajukan teknologi blockchain.

Estonia dan Lithuania telah mempunyai pengalam dalam teknologi blockchain, terutamanya dalam bidang Initial Coin Offering (ICO).

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/baltic-finance-ministries-decide-to-support-blockchain-technology-development

Kerajaan Hong Kong Akan Menubuhkan Sistem Pembiayaan Pemerdagangan Menggunakan Teknologi Blockchain

Kerajaan Hong Kong sedang merancang untuk mencipta sistem Pembiayaan Pemerdaganan menggunakan teknologi blockchain atas dasar inisiatif China Belt and Road. Inisiatif China Belt and Road adalah bertujuan untuk mengukuhkan laluan pemerdagangan dengan negara yang menyertai inisiatif tersebut.

James Henry Lau, Setiausaha Perkhidmatan Kewangan dan Perbendaharaan Hong Kong berkata bahawa teknologi blockchain mampu mengurangkan banyak sumber manusia, masa dan pembiayaan yang digunakan, dan juga akan mengurangkan keberangkalian penipuan. Selain itu, kos pelaburan juga dapat dikurangkan oleh syarikat yang meneyertai inisiatif China Belt and Road melalui penyingkiran organisasi pusat dan orang tengah. Ini akan menarik minat pelbagai pihak untuk menyertai inisiatif ini.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/hong-kong-government-to-establish-blockchain-based-trade-financing-system

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here