an image on a post about futures contract

Dalam kekecohan tentang kejatuhan harga Bitcoin dan kenaikan harga Bitcoin Cash yang mendadak, berita tentang Bitcoin yang bakal dilancarkan sebagai produk kewangan (futures) tidak begitu mendapat perhatian. Atau mungkin ramai yang masih kurang jelas dengan impak pengumuman ini kepada masa depan Bitcoin.

Namun begitu, bagi pelabur-pelabur veteran, ini adalah berita yang menggembirakan. Dan sehari selepas pengumuman daripada CME Group itu dibuat, harga Bitcoin melonjak naik dari USD$6,100 ke $7,000. Dalam post ini, penulis ingin memberi sedikit pencerahan tentang kesannya.

Apa itu futures contract?

Secara amnya, futures contract adalah perjanjian antara dua pihak untuk menjual atau membeli sesuatu pada harga yang telah ditetapkan, dan pada masa yang telah ditetapkan di masa akan datang. Terdapat dua jenis kategori aset untuk futures contractfinancial futures dan commodities futures. Contoh financial futures adalah seperti saham, matawang, kadar faedah, bon, dan pinjaman. Contoh commodities futures pula adalah seperti minyak, tenaga, logam, ternakan, bijirin dan sebagainya.

Dalam kontrak ini, pembayaran dan penyerahan aset yang terlibat akan dibuat pada satu tarikh di masa hadapan, dan dipanggil tarikh penyerahan (delivery date). Pembeli dalam futures contract juga dikenali sebagai pemegang long position atau long, manakala penjual adalah pemegang short position atau short.

Mekanisme futures contract

A adalah pengeluar minyak dan dia merancang untuk mengeluarkan 1 juta tong minyak untuk penyerahan dalam masa 365 hari. Andaikan harga minyak semasa adalah $50 setong minyak. Memandangkan harga minyak tidak stabil, ia boleh berada dimana-mana sahaja pada hari ke-365. Katakan A ingin mengunci harga $50 dengan membuat futures contract.

Model matematik digunakan untuk menetapkan harga futures, dan mengambil kira harga semasa, kadar pulangan tanpa risiko, tempoh masa, kos penyimpanan, dividen dan hasil dividen (%). Andaikan harga futures contract yang telah ditetapkan adalah $53 setong. Dengan memasuki perjanjian ini, dalam masa satu tahun, A perlu menghasilkan 1 juta tong minyak dan akan dijamin mendapat $53 untuk setong minyak, tidak kira berapa harga semasa pada waktu itu.

Bitcoin sebagai aset dalam futures contract

Dalam kes Bitcoin pula, pembayaran boleh dibuat dalam bentuk wang tunai. Ini bermakna Bitcoin juga dianggap sebagai komiditi seperti dalam contoh minyak di atas. CME telah mengeluarkan nota mekanisme Bitcoin futures contract baru-baru ini:

Setiap kontrak akan melibatkan 5 Bitcoin. Setiap penurunan atau kenaikan harga bernilai $5 setiap Bitcoin, jadi trader boleh rugi atau untung sebanyak $25 setiap kontrak yang dipegang. Bitcoin futures akan didagang di CME Globex dan CME ClearPort dari jam 5 petang hingga 4 petang CT keesokan harinya Ahad ke Jumaat. Tempoh masa yang panjang adalah kebiasaan untuk futures contract yang didagang secara elektronik. Akan ada had spot position sebanyak 1,000 kontrak. Had ini untuk menghalang pasaran daripada di monopoli. Bitcoin futures akan mempunyai had harga 20 peratus di atas atau di bawah harga penyelesaian. Harga penyelesaian akan merujuk kepada “Bitcoin Reference Rate”, atau harga rujukan harian satu Bitcoin dalam USD pada jam 4 petang waktu London.

Antara sebab utama Bitcoin futures contract dilancarkan adalah untuk mengurangkan risiko harga Bitcoin yang tidak stabil, pada masa sama membolehkan pelabur untung daripada aktiviti spekulasi harga futures contract.

CME Group telah membuat pengumuman Bitcoin futures contract akan dilancarkan menjelang pertengahan Disember, dan buat masa ini sedang menunggu kelulusan daripada  U.S. Securities and Exchange Commission. Apa yang pasti, dengan pengumuman ini, nampaknya Bitcoin akan mula menembusi pasaran utama dan ramalan harga Bitcoin akan naik nampaknya lebih kuat.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here