an image on a post about matawang kripto

ETH Dijangka Akan Didagangkan Dengan Lebih Tinggi

Nilai Ethereum telah meningkat ke $371.29(RM 1536.77) kelmarin, nilai tertinggi semenjak 2 September lalu. ETH telah meningkat 13.22% dari segi mingguan manakala dari segi bulanan ia meningkat sebanyak 15.08%.

Peningkatan ini disebabkan Ethereum akan memperoleh bursa pasaran derivatif mereka sendiri menurut Bloomberg, dan juga kerisauan peristiwa pembekuan wallet Parity sudah lenyap.

Sumber:

https://www.ethnews.com/analysis/11-20-2017-ethereum-forecast-eth-usd-could-trade-further-higher

Menteri Russia: Kami Tidak Akan Menganggap Bitcoin Sebagai Sah Di Sisi Undang-Undang

Ketua Kementerian Komunikasi Rusia (Minkomsvyaz), Nikolay Nikiforov mengatakan Russia “tidak pernah” meluluskan penggunaan Bitcoin dalam sistem ekonominya.

Bercakap kepada wartawan di pinggir Forum Pemuda Kebangsaan Rusia pertama Duma, beliau menambah walaupun Bitcoin tetap berada di luar undang-undang, penggunaan teknologi Blockchain adalah “mempunyai harapan tinggi untuk digunakan secara sah pada masa depan”.

“Bitcoin adalah aplikasi negara asing menggunakan teknologi Blockchain, dan undang-undang Rusia tidak akan menganggapnya sebagai sah di sisi undang-undang di bawah bidang kuasa Persekutuan Rusia,” katanya yang dipetik oleh Interfax.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/russian-minister-we-will-never-consider-bitcoin-legal

Citi, JP Morgan Dan Goldman Sachs Selesai Menjalankan Projek Percubaan Equity Swap Berasaskan Teknologi Blockchain

11 organisasi, termasuk Citi, JP Morgan, dan Goldman Sachs, telah berjaya menyelesaikan satu projek percubaan yang menguji sistem berasaskan teknologi blockchain untuk mengurus “equity swap transactions and related post-trade lifecycle events,” menurut kenyataan akhbar pada 20 November. Equity swap, secara umum, adalah sejenis derivatif di mana dua pihak bersetuju untuk menukar dua set aliran tunai masa hadapan pada tarikh yang telah ditentukan.

Rakan kongsi lain yang terlibat dalam projek percubaan yang berlangsung selama beberapa bulan ini adalah BNP Paribas, Credit Suisse, Lembaga Pelaburan Rizab Kanada, IHS Markit, Persatuan Swap dan Derivatif Antarabangsa, dan Capco.

Sumber:

https://www.ethnews.com/citi-jp-morgan-complete-equity-swap-pilot

Kerajaan Australia Akan Menganugerahkan Geran Bernilai AUD 8 Juta Kepada Projek Tenaga Yang Menggunakan Teknologi Blockchain

Kerajaan Australia telah mengumumkan bahawa ia akan menyediakan lebih daripada AUD 8 juta (RM 25 juta) dalam geran untuk projek utiliti pintar berasaskan teknologi blokchain.

Menurut blog syarikat Power Ledger, projek percubaan itu telah ditubuhkan untuk menerokai bagaimana bandar dapat menggunakan teknologi blockchain dan data analisis untuk sistem pengagihan tenaga dan air. Percubaan sedang dijalankan dengan rakan akademik dan teknologi, termasuk Curtin University, Murdoch University, LandCorp, CSIRO dan Cisco.

Menurut Prof. Greg Morrison, Professor di Curtin University:

“Kami akan membangunkan sistem pemeteran pintar, penyimpanan bateri dan sistem perdagangan blockchain untuk membolehkan kecekapan tenaga dan air antara insfrastruktur kritikal tanpa memerlukan pemindahan insfarstruktur.”

Geran persekutuan ini disediakan sebagai sebahagian daripada inisiatif kerajaan Australia untuk Program Smart Cities and Suburbs, dengan sokongan yang juga berasal dari Pengendali Pasaran Tenaga Australia (AEMO), Western Power, dan CRC for Low Carbon Living.

Sumber:

https://www.coindesk.com/australian-government-grants-8-million-for-blockchain-energy-pilot/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here