Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Stellar Lumens – Pesaing Ripple dalam Transaksi Merentasi Sempadan

Apa itu Stellar? 

Pada tahun 2014, Stellar telah diperkenalkan oleh Jed McCaleb dan Joyce Kim, dan telah diterajui oleh Stellar Development Foundation. Stellar merupakan satu protokol open source untuk pertukaran nilai. Stellar merupakan satu protokol yang dicipta baru, dan ianya diadaptasi daripada wang digital, Ripple. Jika dibandingkan dengan matawang kripto yang terletak pada kedudukan tempat pertama dalam Top 100 Cryptocurrency Market Capitalization iaitu Bitcoin, Stellar tidak menggunakan mekanisme yang sama.

Berdasarkan whitepaper yang telah diterbit, model baru untuk mencapai konsensus yang dipanggil Federated Byzantine Agreement (FBA) telah diperkenalkan. Perbezaan antara Non-Federated Byzantine Agreement (NFBA), yang digunakan oleh matawang kripto seperti Bitcoin, dan Federated Byzantine Agreement (FBA) adalah setiap nod yang menggunakan NFDA dalam rangkaian, perlu dipersetujui dan disahkan terlebih dahulu oleh kesemua pengguna. Manakala, nod bagi FBA tidak bergantung pada gabungan pengguna yang dipercayai untuk mencapai satu persetujuan. Ciri-ciri utama FBA adalah desentralisasi dan toleransi pada Byzantine failure.

FBA mengaplikasikan penggunaan nod, quorum slices dan quorums. Quorum slices adalah kumpulan set nod yang digunakan untuk mencapai satu persetujuan atau consensus. Manakala persetujuan yang telah ditetapkan, yang tidak boleh diubahsuai (non-reversible) disebut sebagai quorums.

Pengunaan FBA bermakna sesiapa sahaja boleh menyertai rangkaian tersebut. Oleh itu, Stellar Consesus Protocol (SCP) telah digunakan sebagai system keahlian yang terbuka. SCP merupakan satu protokol dalam pembinaan FBA. Jadual diatas merupakan ciri-ciri utama mekanisma SCP. Decentralised Control menyatakan bahawa protokol ini membenarkan sesiapa sahaja untuk menyertai dan tiada pihak berkuasa pusat untuk menetapkan kelulusan yang diperlukan untuk mencapai consensus.

SCP bersifat Low Latency bermakna nod boleh mencapai konsensus pada masa yang sangat singkat. SCP mempunyai masa pengesahan antara 3-5 saat dan mampu menanggung beribu transaksi per saat. Selain itu, SCP mempunyai kepercayaan yang fleksibel (flexible trust) terhadap mana-mana parti pilihan mereka. Ini bermakna nod dalam rangkaian SCP mempunyai keupayaan untuk memilih kepercayaan. Asymptotic security merupakan kunci utama SCP dimana keselamatan terletak pada digital signature dan hash function. 

Default – Inside Post Ads

Apa itu Stellar Lumens?

Stellar Lumens (XML) adalah aset yang berfungsi sebagai matawang digital dalam rangkaian Stellar. Matawang kripto ini pada mulanya juga dikenali sebagai Stellar (STR), tetapi atas sebab kekeliruan perbezaan antara rangkaian dan matawang kripto, ianya telah ditukar sebagai Lumen, pada tahun 2015. Rangkain Stellar mempunyai bekalan sebanyak 100 billion XML. Namun, semua pemegang akaun Stellar perlu memegang sekurang-kurangnya 20 XLM dalam baki mereka sepanjang masa.

Ketika waktu penulisan, matawang digital ini terletak pada kedudukan yang ke-19 dalam Top 100 Cryptocurrency Market Capitalization. Seperti matawang kripto yang lain, pengguna boleh mendapat pemilikan XML dengan private key. Idea disebalik penciptaan XML adalah untuk mencegah spam transaksi di rangkaian. Selain itu, ianya juga dapat memudahkan transaksi multi-currency atau matawang kripto pelbagai pada waktu yang sama. Token ini digunakan sebagai penyambung atau medium antara matawang kripto yang berbeza yang tidak mempunyai pasaran langsung mereka sendiri.

 

 

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads