Default – Above Header Ads

Berita Terkini Dunia Matawang Kripto 22 November 2017

Tether Mendakwa Token Bernilai $30 Juta Sudah Dicuri

Tether, syarikat di sebalik mata wang digital yang diikat pada nilai US Dollar dimana ia digunakan secara meluas dalam bursa mata wang digital, mendakwa bahawa sistemnya telah digodam dan tokennya yang bernilai $30 juta (RM 123.9 Juta) telah dicuri.

Mereka mendakwa kehilangan token itu dilakukan oleh penggodam dari luar, dan mereka telah mengambil tindakan segera dengan mengemas kini dompet digital mereka, Omni Core yang menyenaraihitamkan alamat yang dicuri, demi melindungi wang yang dicuri daripada digunakan secara salah.

Tether adalah mata wang digital yang dicipta untuk menjadi proksi kepada dollar US yang dapat dihantar di antara bursa, tanpa menggunakan perdagangan fiat.

Sumber:

https://www.coindesk.com/tether-claims-30-million-stable-token-stolen-attacker/

Pengawal Selia Russia Memberi Amaran Berkenaan ATM Mata Wang Digital

Pengawal selia Rusia di negeri Tartarstan telah mengeluarkan amaran mengenai pemasangan ATM Bitcoin, menurut laman web kerajaan. Kenyataan tersebut menerangkan bahawa penggunaan ATM tersebut boleh menjadi jenayah dan peniaga harus mempertimbangkannya sebelum memasangnya.

Amaran itu datang selepas dua ATM dipasang di kedai-kedai tempatan di daerah Kazan oleh seorang ahli perniagaan berusia 34 tahun. Amaran itu juga termasuk butiran mengenai pendirian kerajaan Rusia terhadap mata wang digital, malah turut mengkaitkannya dengan keganasan.

Menurut kenyataan itu:

“Pada masa ini, status undang-undang mata wang digital di Persekutuan Rusia tidak ditakrifkan. Peruntukan oleh entiti undang-undang Rusia untuk pertukaran “mata wang digital” untuk Ruble dan mata wang asing, serta barang (kerja, perkhidmatan) dianggap sebagai penglibatan dalam pelaksanaan transaksi yang dipersoalkan sesuai dengan undang-undang mengenai memerangi pengubahan mata wang haram hasil daripada jenayah, dan pembiayaan keganasan. ”

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/russian-regulators-warn-about-crypto-atms

R3 Dan Microsoft Mengembangkan Kerjasama Untuk Menggalakkan Pengunaan Corda DLT

Firma Teknologi Lejar Digital (DLT) R3 bergerak kehadapan dalam usahanya mengintegrasikan platform Corda dengan perkhidmatan cloud Azure Microsoft.

Menurut David Rutter, Ketua Pegawai Eksekutif R3, integrasi yang lebih mendalam memudahkan proses pembangunan dan penggunaan aplikasi CorDapp R3. Rutter meneruskan, “Platform ini memberikan kebebasan penuh kepada syarikat untuk membangun dan menggunakan penyelesaian berasaskan DLT yang inovatif kepada pelanggan mereka.”

Dengan langkah itu, Microsoft membenarkan pelanggan menumpukan kepada mewujudkan “penyelesaian dalam applikasi perniagaan dunia sebenar,” ujar Naib Presiden Eksekutif di Microsoft, Peggy Johnson.

Sumber:

https://www.coindesk.com/r3-microsoft-expand-partnership-to-boost-corda-dlt-adoption/

Ketiadaan Bank Pusat Bitcoin Akan Mengehadkan Masa Depan Bitcoin?

Menurut laporan Telegraph, BNP Paribas telah menyatakan bahawa masa depan Bitcoin adalah terhad, terutamanya kerana tiada pemberi pinjaman terakhir. Menurut BNP Paribas, ini akan mengakibatkan risiko yang ketara dan akan menjejaskan dasar kewangan. Bank ini juga menyerang Bitcoin atas sifatnya yang deflasi, volatiliti yang tinggi dan kekurangan kawal selia. Walaupun bank ini telah menerima bahawa Jepun telah mengakui Bitcoin sebagai tender sah dan memposisikan diri sebagai mesra teknologi, kerajaan negara lain masih boleh bertindak terhadap Bitcoin.

Kebimbangan utama BNP Paribas adalah bahawa dalam hal krisis kewangan (seperti 2008-2009), tiada kuasa pusat untuk mengawal selia produk berasaskan Bitcoin.

Bank pusat untuk mata wang digital adalah konsep yang ganjil kerana tidak ada keperluan mana-mana perantara kewangan (iaitu bank) untuk memegang wang anda.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/according-to-bnp-paribas-absence-of-central-bank-will-limit-bitcoins-future

 

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads