Default – Above Header Ads

Apa itu QTUM, yang Dikenali sebagai “Pembunuh Ethereum”?

APA ITU QTUM?

Qtum adalah sebuah projek Blockchain bersifat open-source yang telah dibangunkan oleh Singapore-based Qtum Foundation. Qtum adalah sebuah aplikasi blockchain berlandaskan hybrid. Teras teknologi Qtum menggabungkan sebuah teras fork Bitcoin, sebuah Account Abstraction Layer, yang membolehkan beberapa Mesin Virtual termasuklah Mesin Virtual Ethereum (EVM) dan juga konsesus Proof-of-Stake (PoS).

Qtum juga menyediakan sebuah kumpulan Blockchain yang berturing-lengkap. Ia membolehkan smart contract dan decentralized applications (DAPP) untuk dilaksanakan berbanding dengan Blockchain Ethereum. Walaubagaimanapun, Qtum diwujudkan semasa Bitcoin memperkenalkan model transaksi UTXO serta menggunakan mekanisma konsensus PoS yang lebih praktikal kepada penggunaan bisnes. Kenaikan taraf Bitcoin thelah memberi implikasi yang amat besar untuk sistem Blockchain Qtum.

Dalam pada itu, Qtum juga memperkenalkan servis array, yang mana ia direka untuk menghubungkan jarak yang masih wujud diantara Blockhain dan dunia bisnes. Ini termasuklah alatan juga cara untuk menyeragamkan jalan kerja pembangunan smart contract bisnes, serta pengujian dan pengesahan smart contract.

 

PERMULAAN UNTUK QTUM?

Menubuhkan Decentralized Applications (DAPP) Yang Boleh Dipercayai

Default – Inside Post Ads

Dengan menyatukan infrastruktur Bitcoin Core yang telah diubah bersama versi Mesin Virtual Ethereum (EVM) yang tidak compatible, Qtum telah menggabungkan kepercayaan blockchain Bitcoin yang tidak mudah digagalkan dengan ketidak habisan yang telah disediakan oleh smart contract.

Qtum telah direka dengan stabil, modularity dan boleh beroperasi didalam minda. Ia merupakan toolkit utama yang ditubuhkan dengan DAPP yang boleh dipercayai. Ia juga sesuai untuk penggunaan real-world dan juga use case yang berorientasikan bisnes. Sifatnya yang berhybrid nature dengan gabungan konsensus PoS protokol, telah menyesuaikan aplikasi Qtum dengan ekosistem Blockchain yang besar.

Qtum Yang Digunakan Untuk Tujuan Bisnes

Qtum memudahkan penggunaan teknologi Blockchain didalam sektor yang terkenal dan institusi legasi. Anda boleh membuat token anda sendiri, mengautomasikan sumber rangkaian dan terlibat dengan perjanjian kendiri didalam keadaan yang seragam, disahkan juga diuji untuk kestabilan sistem.

  • Smart Contract Sebagai Kitaran Hayat

Qtum sedang bekerjasama untuk Bersama rakan kongsi akademik untuk memajukan lagi alat dan cara penyeragaman jalan kerja pembangunan smart contract bisnes. Ini termasuklah dengan pengesahan penterjemahan yang formal oleh perjanjian daripada pembacaan manusia kepada mesin smart contract dan jugalah spesifikasi kesilapan-kesilapan terhadap elemen, terma dan syaratnya.

  • Penetapan Standard Industri

Dengan kerjasama bersama rakan kongsi siri dan third party, Qtum bertujuan untuk memperkenalkan smart contract hub, menawarkan keselamatan dan juga menguji templat kontrak, mengubah mengikut kesesuaian industri dan kos penggunaan seperti pengurusan rantaian bekalan, telekomunikasi, IoT, social networking, dan banyak lagi.

Go Mobile

Model UTXO Bitcoin sedang ditubuhkan. Ia adalah sebuah pengesahan pembayaran yang mudah yg dikenali sebagai protokol simple payment verification (SPV) yang disokong oleh codebase Qtum secara default. Ia boleh melaksanakan smart contract daripada dompet lite, yang mana ia memudahkan cara untuk diinstal di mana-mana mobile device. Dengan ini, blockchain akhirnya sudah siap untuk diambil disruption di dunia yang mana segala trafik internet telah degenerate menggunakan smartpohone dan tablet.

Account Abstraction Layer

Qtum memanjangkan skrip language Bitcoin supaya ia dapat berfungsi sebagai kenderaan yang boleh menggerakan kod kepada versi Qtum yang EVM. Dengan ini, ia adalah sesuai untuk melaksanakan smart contract dan menjalankan DAPP. Ia adalah mudah dan selamat didalam persekitaran yang sebelumnya tidak mudah dicapai untuk blockchain turing-lengkap, digabungkan dengan ketidak habisan kemungkinan disediakan oleh smart contract yang stabil serta kematangan ekosistem Bitcoin.

CIRI-CIRI TEKNIKAL QTUM

  1. EVM berjalan diatas model UTXO Bitcoin.
  2. Lapisan model Blockchain Ethereum yang compatible, yang membolehkan kemudahan perpindahan antara Etehreum yang telah wujud dengan kontrak solidariti.
  3. Blackcoin’s PoS 3.0, yang memastikan efisiensii dan keselamatan Qtum.
  4. Boleh menguruskan kontrak dari dompet mobile tanpa menjalankan full node.
  5. Alat yang telah wujud untuk membuat Bitcoin dan beberapa BIPs akan diteruskan untuk kesesuaian Blockchain Qtum.
  6. Oracle dan datafeed dibuat diatas EVM.

 

Qtum kini berada di tangga ke-15 dalam pasaran matawang kripto, menurut coinmarketcap.com. Jumlah modal pasaran Qtum sudah melebihi USD$1 bilion, peningkatan yang sangat banyak memandangkan ia baru sahaja dilancarkan di pasaran pada bulan Mei yang lalu. Malah, salah satu daripada “Big Four” (firma perakaunan terbesar dunia), PwC sektor China telah menyatakan sokongan mereka terhadap usaha Qtum dalam mengembangkan teknologi Blockchain ke dunia perniagaan.

Adakah Qtum akan dapat menandingi Ethereum di masa hadapan? Kita tunggu sahaja dan lihat.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.