Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Berita Terkini Dunia Matawang Kripto 27 November 2017

Bitcoin Kini Mencapai $9,000 (RM 37,021),

Bitcoin kini sudah mencecah $9,000 (RM 37,021), melepasi rekod tertinggi sebelum ini. Semakin ramai orang sudah mula percaya kepada Bitcoin sebagai salah satu asset kewangan yang kukuh kerana sudah mula digunakan oleh institusi besar kewangan sebagai asas produk-produk kewangan yang mereka. Antara gergasi kewangan ini adalah Nasdaq, CME Group dan Chicago Board Options Exchange.

Kemunculan Bitcoin Cash yang menggugat sekejap harga Bitcoin tidak melemahkan harga Bitcoin, malah orang ramai lebih percaya kepada Bitcoin menyebabkan harganya kini mendadak naik.

Sumber:

https://coinmarketcap.com

Vitalik Mendedahkan Pelan Tindakan Untuk Ethereum 2.0 di Taiwan

Vitalik Buterin, pengasas bersama Ethereum, telah meletakkan pelan tindakan masa depan di Taipei, Taiwan dalam menangani beberapa masalah terbesar Ethereum dan mencadangkan bagaimana masalah tersebut dapat ditangani. Buterin menerangkan empat bidang di mana dia melihat perlunya penambahbaikan pada platform Ethereum, iaitu privasi, keselamatan konsensus, keselamatan kontrak pintar dan skalabiliti.

Bagi setiap tiga yang pertama, pengasas bersama Ethereum mempunyai penyelesaian yang sedang aktif dibangunkan. Dalam bidang privasi, Byzantium telah menambah keupayaan untuk zk-SNARKs, sebuah penyelesaian yang dilihat oleh Vitalik sebagai paling relevan pembangunannya. Untuk keselamatan konsensus, projek yang dinamakan ‘Casper,’ akan membawa kepada penyelesaian. Bagi keselamatan kontrak pintar pula, Viper dan pengesahan rasmi boleh menghasilkan penyelesaian.

Walau bagaimanapun, masalah penskalaan adalah masalah yang rumit. Vitalik menjelaskan bahawa desentralisasi, skalabiliti dan keselamatan adalah masalah kompleks yang dapat memberikan cabaran utama di masa depan. Walaupun ia agak mudah untuk mempunyai mana-mana dua daripada tiga di dalam satu system, mempunyai ketiga-tiga berfungsi pada masa yang sama telah terbukti sukar. Penyelesaiannya, ujar Vitalik, dapat dilakukan melalui sharding atau membenarkan sidechain adalah perubahan protokol yang boleh ditingkatkan dengan mengekalkan rantaian utama tetap kukuh.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/vitalik-lays-out-ethereum-20-roadmap-in-taiwan

Ketua Strategik Deutsche Bank Mahu Anda Menghindari Bitcoin

Ketua Strategik Deutsche Bank mengatakan bahawa beliau tidak akan mengesyorkan Bitcoin sebagai pilihan pelaburan.

Ulrich Stephan, Ketua Strategik di syarikat perbankan dan kewangan global Jerman itu berkata minggu ini:

“Saya tidak akan mengesyorkan Bitcoin kepada pelabur-pelabur biasa.”

Menurut laporan dari Reuters, alasan utama komen Stephan adalah disebabkan harga mata wang digital tersebut yang turun naik terlalu banyak dan pengawalselian tidak wujud.

Sejak awal tahun ini, Bitcoin telah meningkat nilainya lapan kali ganda. Menariknya, walaupun bank Jerman tidak mengesyorkan penggunaan bitcoin sebagai pilihan pelaburan, ia juga kelihatan tidak mempunyai kepercayaan dalam sistem kewangan fiat juga. Awal bulan ini, dilaporkan bahawa ahli strategi terkemuka dari bank yang sama, Strategis Deutsche Bank, Jim Reid, mengatakan bahawa kita mungkin melihat permulaan kepada pengakhiran wang fiat.

Sumber:

https://www.cryptocoinsnews.com/deutsche-bank-strategist-i-wouldnt-recommend-bitcoin-as-an-investment-option/

CEO Overstock: Sudah Tiba Masanya Kita Berubah Menggunakan Wang Sebenar, Sama Ada Bitcoin Atau Emas

Patrick Byrne, Pengasas dan CEO Overstock, penyokong Bitcoin sejak dahulu lagi, baru-baru ini muncul dirancangan FOX Business ‘”Mornings with Maria” untuk menjelaskan mengapa dia positif pada kenaikan harga pada bitcoin. Semasa temu bual itu, Patrick Byrne menyatakan bahawa ia bukanlah tentang berapa tinggi Bitcoin, tetapi tentang serendah mana mata wang fiat akan pergi, dan berkata “ia adalah masa dunia berpindah ke wang sebenar.”

Pada masa ini Bitcoin melepasi harga $ 8,000, Patrick Byrne, yang syarikatnya Overstock mula menerima Bitcoin semenjak tahun 2014, menunjukkan keyakinan terhadap mata wang digital, sambil menunjuk mata wang fiat tidak disokong oleh apa sahaja. Ketika ditanya mengenai Bitcoin menjadi bubble, dia menyatakan:

“Anda fikir itu bubble? Apa pula mata wang fiat yang anda bawa dalam dompet anda? Dollar ini, ia hanya beberapa mata wang fiat berdasarkan … lebihan cukai Perbendaharaan A.S. yang saya tegaskan adalah sifar … Ini adalah masa masa dunia beralih kepada wang sebenar. Sama ada emas atau Bitcoin. ”

Sumber:

https://www.cryptocoinsnews.com/overstock-ceo-its-about-time-the-world-switches-to-real-money-either-bitcoin-or-gold/

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.