an image on a post on matawang kripto

Bitcoin Menghadapi Penyusutan Harga, Harga Turun Sehingga $ 15K (RM 60,000)

Bitcoin kelihatan lemah hari ini selepas gagal bertahan pada paras $ 17,000 (RM 68,000) pada hujung minggu lepas. Pada masa penulisan, harga Bitcoin adalah pada harga $15,421(RM 61,737). Menurut sumber data OnChainFX, Bitcoin (BTC) telah menyusut sebanyak 8.86 peratus dalam 24 jam lepas.

Terutamanya, kebimbangan mengenai tindakan keras China terhadap perlombongan Bitcoin mungkin telah melemahkan perdagangan mata wang kripto terbesar di dunia itu. Caixin Global melaporkan minggu lepas bahawa pengawal selia tempatan di China mungkin tidak lagi menawarkan potongan elektrik dan potongan cukai kepada syarikat-syarikat perlombongan Bitcoin. Tambahan pula, dokumen yang dibocorkan sekarang menunjukkan bahawa pengawal selia Internet terkemuka China meminta kerajaan tempatan untuk menolak operasi perlombongan Bitcoin supaya “keluar secara teratur” dari industry tersebut.

Memandangkan China adalah ibukota perlombongan Bitcoin sedunia, dan menyumbang lebih daripada dua pertiga daripada kuasa pemprosesan dunia yang dikhaskan untuk proses menjamin kekukuhan rangkaian Bitcoin, langkah-langkah itu – jika terbukti benar – boleh membawa lebih banyak tekanan kepada harga mata wang kripto.

Sumber:

https://www.coindesk.com/bitcoin-faces-bearish-move-as-prices-drop-towards-15k/

Telegram Menawarkan Pra-ICO Bernilai $ 500 Juta (RM 2 Trillion), Pre-ICO Terbesar dalam Sejarah

Aplikasi pesanan peribadi Telegram sedang mempertimbangkan Pra-ICO terbesar dalam sejarah untuk membiayai platform Blockchain dan mata wang kriptonya. Telegram melaksanakan pra-ICO tersebut dengan hasrat untuk mengumpul dana sehingga $ 500 juta dalam jualan persendirian.

Rangkaian Terbuka Telegram (TON) yang akan datang bakal menggunakan token untuk pembayaran pengguna dalam Telegram. Menurut sumber, satu siri prajualan persendirian sahaja akan mengumpul dana “sebanyak $ 500 juta,” sementara fasa penjualan awam seterusnya dirancang untuk memacu nilai token tersebut kepada $ 3 hingga $ 5 billion. Ini akan menjadikan ICO Telegram dengan mudah menjadi yang terbesar pernah dilancarkan, mengalahkan Block.One yang menawarkan $ 700 juta pada bulan lepas.

Pelabur “di luar rangkaian pelabur dalaman” Ketua Pegawai Eksekutif Pavel Durov mungkin hanya layak dengan pembelian minimum $ 20 juta, manakala yang lain mungkin terhad untuk membeli token TON dengan menggunakan wang fiat, bukan Bitcoin atau Ethereum seperti ICO terdahulu.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/telegram-500-mln-pre-ico-aims-to-be-largest-ever

ViaBTC Mengumumkan Penutupan Pasaran Kontrak Perlombongan Mata Wang Kripto

Kumpulan perlombongan Bitcoin China, ViaBTC telah mengumumkan bahawa ia akan menutup pasarannya untuk kontrak perlombongan minggu ini, langkah yang berlaku di tengah laporan baru larangan oleh pihak berkuasa di negara ini.

Dalam satu kenyataan pada 8 Januari, ViaBTC berkata bahawa ia akan menutup pasaran – di mana pengguna boleh membeli kontrak yang melayakkan mereka kepada sejumlah kuasa hashing (dan pembayaran mata wang kripto yang berkaitan) – pada 10 Januari. Alasannya: syarikat mahu “mengawal spekulasi dan melindungi kepentingan pelabur mereka.”

“Sila selesaikan semua kontrak perlombongan anda secpat mungkin. Terima kasih semua atas sokongan anda,” tambah ViaBTC. Penutupan itu datang beberapa bulan selepas ViaBTC menutup bursa simpanannya sebagai tindak balas terhadap tindakan keras oleh pihak berkuasa China mengenai ekosistem pertukaran negara, satu proses yang bermula sejurus selepas awal tahun 2016. Pegawai juga bertindak untuk melarang penggunaan tawaran token permulaan (ICOs) pada bulan September.

Sumber:

https://www.coindesk.com/viabtc-announces-shutdown-of-crypto-mining-contract-market/

Dagangan Saham UBI Blockchain Dihentikan Oleh SEC

Pada 5 Januari 2018, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) mengeluarkan kenyataan mengumumkan penggantungan sementara perdagangan sekuriti UBI Blockchain Internet, Ltd (UBIA) yang berpangkalan di Hong Kong.

Sebab-sebab penggantungan yang disenaraikan oleh SEC termasuk ketidaktepatan dalam pemfailan UBIA sejak September 2017 dan aktiviti pasaran yang tidak dapat dijelaskan dalam saham biasa UBIA sekurang-kurangnya pada bulan November berikutnya. Di samping itu, SEC mengeluarkan kata-kata berhati-hati kepada peniaga broker, pemegang saham, dan semua bakal pembeli untuk meneliti maklumat “yang dikeluarkan oleh syarikat itu,”. Saham syarikat tersebut telah meningkat sebanyak 2000 peratus sebelum perdagangannya dihentikan SEC.

Sumber:

https://www.ethnews.com/trading-of-ubi-blockchain-shares-halted-by-sec

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here