Default – Above Header Ads

Callisto, Hard Fork kepada Hard Fork Ethereum

Beberapa hari lagi, satu lagi hard fork yang dinanti-nantikan akan berlangsung. Ethereum Classic, yang terkenal kerana ia adalah hard fork kepada matawang kripto kedua terbesar, Ethereum, akan melalui hard fork pada blok ke-5,500,000, dan matawang kripto baru, Callisto (CLO) akan dibentuk. Developers Callisto telah membuat keputusan untuk mengagihkan CLO kepada pemegang ETC pada ratio 1:1.

Latar belakang projek Callisto

Menurut whitepaper Callisto, tujuan utama Callisto dicipta adalah untuk menangani isu smart contract ETC yang terdedah kepada penggodaman, sama seperti kes DAO platform. Matlamat utama Callisto adalah untuk menubuhkan satu ekosistem smart contract yang mapan dan mampan. Developers CLO merancang untuk membina suatu badan audit, “Official Smart-contract Auditing Department of CLO & ETC”, yang akan membolehkan pengguna menjalankan dan berkongsi audit profesional ke atas smart contract di dalam platform tersebut.

Satu lagi matlamat Callisto adalah untuk menjadi matawang kripto yang boleh digunakan sebagai store of value, dan Callisto memberi insentif kepada pengguna untuk menyimpan CLO melalui implementasi cold staking. Protokol cold staking akan bermula selepas hard fork kedua Callisto yang dijangka akan berlaku pada bulan November 2018. 10% daripada jumlah keseluruhan Callisto akan dimasukkan ke dalam staking contract, dan akan diberikan kepada pengguna yang menjadi cold staker terawal.

Menurut developer Callisto, Dexaran, cold stakers tidak perlu menjalankan nod untuk menyertai kontrak cold staking. Ini adalah kerana cold stakers tidak terlibat dalam proses pengesahan transaksi dan protokol konsensus yang digunakan Callisto masih lagi kekal sebagai POW. Memandangkan ETC tidak mempunyai ciri-ciri cold staking dan ditambah dengan implementasi protokol untuk memperbaiki kelemahan smart contract, Callisto berpotensi untuk menjadi matawang kripto pilihan pengguna di masa akan datang.

Bagaimana anda boleh mendapatkan Callisto

Callisto akan diberikan kepada pemegang ETC melalui proses “Airdrop”. Pada blok ke-5,500,000, satu snapshot blockchain ETC akan diambil dan setiap pemegang ETC akan mendapat Callisto pada ratio 1:1. Anda perlu memegang ETC anda di dalam mana-mana wallet Ethereum Classic di mana anda menyimpan private keys anda, contohnya MyEtherWallet dan ClassicEtherWallet. Ataupun mana-mana platform pertukaran yang menyokong airdrop/fork ETC (buat masa ini masih tiada platform pertukaran yang mengumumkan sokongan terhadap Callisto).

Dalam kes token yang dicipta berdasarkan Ethereumsmart contract akan digunakan untuk mengagihkan token baru kepada alamat-alamat dalam platform Ethereum. Jika anda mempunyai private keys wallet anda, anda akan boleh akses token tersebut bila-bila masa sahaja. Untuk melihat baki token baru anda, anda perlu menjalani proses “menambah token” menggunakan alamat smart contract, simbol dan perpuluhan (yang diberi oleh pencipta token).

Bila hard fork ETC akan berlaku?

Mengikut kebanyakan laporan, blok 5,500,000 akan dibentuk pada 5 Mac 2018. Anda boleh melihat blok terkini di laman web https://gastracker.io/ , pada waktu penulisan blok terkini adalah 5,479,979. Memandangkan ia agak sukar untuk menganggar tempoh pembentukan satu blok, tarikh 5 Mac 2018 juga hanyalah jangkaan semata-semata. Blok 5,500,000 boleh dibentuk bila-bila masa sahaja di antara 3-5 Mac 2018.

Potensi Callisto

Ramai pengguna yang sangsi dengan potensi Callisto dan tertanya-tanya mengapa protokol untuk memperbaiki kelemahan smart contract memerlukan hard fork. Sejak kebelakangan ini, semakin banyak matawang kripto yang tercipta daripada hard fork. Sukar untuk membezakan projek-projek yang mempunyai potensi tinggi dengan projek-projek yang ingin mengambil kesempatan terhadap sokongan pengguna tanpa mendatangkan hasil. Sama seperti hard fork Litecoin, Bitcoin dan ZClassic baru-baru ini, harga ketiga-tiga naik menjelang hard fork, dan kemudian jatuh kembali.

Apa pun, jika anda sudah memiliki ETC ambillah peluang ini untuk mendapatkan token baru Callisto secara percuma. Mana tahu harga Callisto akan meletup di masa akan datang, bukan?

 

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads