Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Cara-cara untuk Mining Ethereum

Mining Bitcoin dengan mining Ethereum, sama ke? Post hari ini akan membincangkan tentang bagaimana untuk mining EthereumSecara ringkasnya, Ethereum adalah salah satu mata wang krypto yang mendominasi dunia wang digital selepas Bitcoin. Ia menggunakan teknologi Blockchain.

1 Apa itu Blockchain?

Apa itu Blockchain?
Gambar 1: Cara-cara Blockhain berfungsi.

Blockchain adalah sebuah teknologi yang menggunakan lejar online yang mencatat rekod setiap transaksi yang dibuat . Kelebihan teknologi ini adalah ianya tidak boleh dikawal atau diubah oleh third party. Transaksi wang yang dibuat menggunakan Blockchain juga dapat dikesan di seluruh web untuk menghalang counterfeit. Oleh itu, rekod-rekod yang dicatat di dalam lejar ini adalah telus dan berintegriti.

2 Bagaimana pula dengan Ethereum?

Bagaimana pula dengan Ethereum?
Gambar 2: Ethereum dan Teknologi Blockchain.

Ethereum adalah open software platform yang membolehkan developers membina dan menggunakan apa-apa aplikasi tanpa kuasa pusat (decentralized application). Ethereum mempunyai mata wang yang tersendiri iaitu Ether atau ETH. Mata wang tersebut diperlukan untuk perlaksanaan smart contract, yang merupakan sebuah program komputer di dalam Ethereum Virtual Machine atau EVM, yang menggunakan teknologi Blockchain. Konsep Ethereum Blockchain boleh dikatakan sama sahaja seperti konsep Bitcoin Blockchain. Cuma apa yang membezakan mereka adalah tujuan mereka dicipta. Bitcoin Blockchain dicipta untuk mengesan setiap perubahan yang berlaku pada pemilikan mata wang Bitcoin manakala Ethereum Blockchain pula tertumpu kepada perlaksanaan programming oleh decentralized application. Contoh aplikasi Ethereum ialah kontrak trust fund di mana penerima hanya akan menerima ETH apabila syarat-syarat yang tertulis di dalam smart contract tercapai. Kesimpulannya, ETH amatlah penting dalam penggunaan smart contract di dalam Ethereum.

3 Cara Untuk Mendapatkan Ether atau ETH

Pertama, ETH boleh dibeli dengan menggunakan Fiat Currency iaitu mata wang dunia seperti Ringgit Malaysia atau US Dollar. Kedua, ianya juga boleh dibeli menggunakan Bitcoin dan yang ketiga ialah ETH mining. Cara pertama dan kedua adalah mudah sahaja tetapi bagaimana dengan cara ketiga? Artikel ini akan menerangkan tentang cara-cara untuk mining Ethereum dengan mudah.

4 Penjelasan Mengenai Ethereum Mining

Mining memerlukan processing power yang agak tinggi dan ia adalah satu aktiviti yang mengambil masa yang lama. Mereka yang menjalankan aktiviti ini dipanggil miners. Sebagai seorang miner, proses mining boleh dilakukan seorang diri tetapi peluang untuk mendapatkan pulangan yang tinggi atau bagus agak sukar jika dibandingkan dengan mereka yang mining secara berkumpulan (pool mining).

5 Mining Hardware Untuk Ethereum

Mining Hardware Untuk Ethereum
Gambar 3: Mining lebih efisien dengan penggunaan Graphics Processing Unit (GPU)

Konsep mining yang mudah untuk difahami adalah miners akan berlumba-lumba untuk menyelesaikan satu puzzle melalui komputer mereka dan salah satu di antara mereka akan mendapat ganjaran sekiranya dapat menyelesaikan puzzle itu terlebih dahulu. Oleh itu, pilihan untuk mining menggunakan Graphics Processing Unit (GPU) atau Central Processing Unit (CPU) sangat penting. Kelajuan GPU adalah 200 kali lebih laju dari CPU. Tambahan lagi, ia mempunyai hash rate yang lebih tinggi, bermakna ia boleh menyelesaikan puzzle lebih pantas dari CPU ketika mining.

Jelas sekali penggunaan GPU adalah lebih bagus dan efisien dalam proses mining. Manakala penggunaan CPU mengambil masa yang terlalu lama dan memberi pulangan yang terlalu sedikit menjadikan ia tidak berbaloi. Miners disarankan untuk mengguna komputer yang mempunyai Graphic Card (GPU) sekurang-kurangnya 2GB RAM. Bukan itu sahaja, ianya penting untuk miners memastikan komputer mereka mempunyai free space yang banyak di dalam hard drive komputer mereka (sekurang-kurangnya 30GB) untuk Blockchain dan software yang lain.

6 Mining Software Untuk Ethereum

Selepas memilih mining hardware yang bagus, miners boleh memulakan proses installing mining software. Software yang pertama perlu di-install adalah GETH dimana ia berperanan sebagai communication hub di antara komputer atau node dalam rangkaian Ethereum (Ethereum Network). GETH juga menyediakan sebuah interface untuk smart contract dan membolehkan proses transaksi melalui command line. Seterusnya, miners haruslah install Ethminer (atau mana-mana Ethereum mining software selainnya) untuk GPU menjalankan hash algorithm yang diperlukan pada platform tersebut. Dengan mengikut langkah-langkah ini, miners sudah bersedia untuk memulakan mining dan mendapatkan Ether.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.