Default – Above Header Ads

Changelly vs Shapeshift: Servis Pertukaran “Serta-Merta”

Sejak harga Bitcoin mencecah hampir RM19,000, berita tentang matawang krypto sudah menembusi mainstream news. Orang ramai yang baru melibatkan diri dalam dunia matawang krypto banyak merasakan mereka sudah terlambat untuk mengaut untung melalui Bitcoin.

Namun begitu, Bitcoin bukan segala-galanya. Bitcoin mungkin penghulu segala matawang krypto tetapi banyak lagi alt coin lain yang mempunyai potensi meningkat lebih tinggi dalam nilai mereka. Tetapi itu bukan topik yang ingin penulis bincangkan pada hari ini. Jika anda berminat untuk membeli dan melabur dalam alt coin, anda boleh baca panduan ringkas yang pernah penulis post sebelum ini: 5 Soalan Patut Anda Jawab sebelum Melabur dalam Alt Coins.

Dalam post kali ini, penulis akan mengulas tentang dua servis pertukaran serta-merta: Changelly dan Shapeshift. Berbeza dengan kebanyakkan platform pertukaran yang lebih kepada pencairan Bitcoin dan alt coins lain, kedua-dua servis ini hanya menawarkan pertukaran antara matawang krypto dan juga pembelian matawang krypto menggunakan USD.

Changelly

Changelly adalah servis pertukaran matawang krypto yang ditubuhkan oleh sekumpulan miners yang juga menubuhkan MinerGate. Dalam laman web Changelly, servis itu menawarkan “transaksi yang selamat dengan kadar pertukaran yang terbaik”. Mereka hanya mengenakan caj tetap sebanyak 0.5% daripada jumlah transaksi.

Changelly ditubuhkan pada tahun 2016 dan dalam masa satu tahun sahaja, lebih daripada 100,000 orang pengguna sudah membuat transaksi di platform itu. Dari segi user interface, Changelly agak mudah untuk digunakan.

Di laman utama Changelly, anda sudah boleh melihat kadar pertukaran Changelly untuk matawang krypto pilihan anda. Ini membuatkan ia sangat mudah untuk bandingkan kadar di Changelly dengan kadar di platform lain. Untuk memulakan proses pertukaran, anda perlu mendaftar sebagai ahli baru.

Anda kemudiannya akan dibawa ke sini untuk melalui proses transaksi. Dari sini anda boleh lihat kadar pertukaran sebenar matawang krypto tersebut dan jumlah bayaran yang diambil oleh Changelly. Laman seterusnya akan meminta anda mengisi alamat penerima dan juga membuat pengesahan. Changelly akan memberi laporan tentang status transaksi anda dan memaklumkan melalui emel sekiranya transaksi anda berjaya.

Anda juga boleh akses akaun anda di Changelly untuk melihat transaksi-transaksi anda yang lalu. Dari segi masa, jangkaan masa yang diberikan Changelly (seperti contoh diatas: 5-30 minit) boleh dipercayai walaupun baru-baru ini aduan daripada pengguna berkenaan masa yang diambil untuk mendapat matawang krypto semakin meningkat. Bantuan pengguna Changelly juga aktif dan sedia membantu anda jika anda menghadapi masalah di platform mereka.

Pros: Mudah digunakan; menwarkan pembelian matawang krypto menggunakan USD; tiada had transaksi; mudah untuk mendapatkan bantuan

Cons: Pendaftaran emel mungkin membuatkan sesetengah orang tidak senang; jangkaan masa pertukaran tidak konsisten; caj yang dikenakan agak tinggi berbanding servis pertukaran lain

Shapeshift

ShapeShift ditubuhkan pada tahun 2015 oleh Erik Voorhees dan telah mendapat dana sebanyak USD$525,000 pada bulan Mac 2015. Berbeza dengan Changelly, ShapeShift hanya menawarkan pertukaran matawang krypto sahaja. Tambahan lagi, ShapeShift mengenakan caj yang berbeza bergantung kepada matawang krypto yang dipilih.

Yang paling penting adalah anda tidak perlu mendaftar untuk menggunakan ShapeShift. Proses pertukaran ShapeShift agak mudah:

  1. Pilih matawang krytpo untuk ditukar
  2. Isi ruang belah atas (Ether dalam contoh) dengan alamat penerima
  3. Shapeshift akan memberi anda alamat untuk deposit jumlah matawang krypto yang anda sudah tetapkan.
  4. Tunggu matawang krypto anda sampai

Mudah bukan? Namun begitu, ShapeShift mempunyai had deposit yang boleh dihantar dan jika pengguna melebihi had yang ditetapkan, jumlah transaksi akan dipulangkan. Begitu juga deposit kecil yang kurang daripada USD$0.10.

Pros: Tidak perlu daftar; caj dikenakan mungkin lebih murah berbanding Changelly; mudah untuk digunakan

Cons: Hanya pertukaran matawang krypto sahaja; ada had jumlah transaksi; tempoh masa yang tidak konsisten untuk setiap transaksi

Kesimpulan

Kedua-dua servis pertukaran ini mempunyai kelebihan masing-masing. ShapeShift mempunyai reputasi yang agak bagus dalam kalangan pengguna, tetapi Changelly menawarkan perkhidmatan yang lebih. Jika anda ingin menggunakan servis mereka, pastikan anda cuba dalam kadar yang kecil dahulu sebelum membuat transaksi yang lebih besar.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads