Default – Above Header Ads

Dash ingin Mengatasi Bitcoin Menjadi Matawang Pilihan Ramai

Syarikat teknologi besar, Apple Inc., telah mengiktiraf Dash sebagai matawang di App Store bulan Julai 2017. Sebelum ini, Apple telah membuat keputusan untuk tidak membenarkan Dash menggunakan platform App Store untuk aplikasi Dash, termasuk Dash wallet.

Ekoran pengumuman Apple itu, harga Dash telah naik secara mendadak di pasaran. Dash merupakan matawang krypto yang ketujuh terbesar di dunia berdasarkan jumlah modal pasaran, yang kini bernilai lebih kurang $USD 1.4 billion. Menurut CEO Dash, Ryan Taylor, keputusan Apple itu menunjukkan kepentingan matawang krypto yang semakin bertambah penggunaannya secara meluas. Beliau juga berkata ianya satu pengiktirafan kepada Dash sebagai matawang krypto yang dianggap signifikan dalam platform Apple.

Apa itu Dash?

Memandangkan penulis sudah banyak bercakap tentang bitcoin dan ether, kali ini penulis akan mengulas pula tentang Dash coin ini. Menurut laman web Dash, Dash coin adalah sebuah sistem matawang digital. Anda pernah dengar? Ya, betul, Dash ini diadaptasi daripada reka bentuk Bitcoin.

Jika kita lihat dari segi fungsi, Dash coin ini lebih kurang sama sahaja dengan Bitcoin. Jadi apa beza antara kedua-dua matawang krypto ini?

Kepentingan ‘anonymity’

Pencipta Dash coin, Evan Duffield mempunyai latar belakang dalam software development dan juga kewangan. Minat Duffield dalam matawang digital telah membawa beliau ke Bitcoin. Dan daripada penyelidikan terhadap sistem Bitcoin secara mendalam, Evan telah menemui satu kelemahan Bitcoinanonymity sepenuhnya.

Bitcoin boleh dikatakan sebagai satu sistem yang pseudo-anonymous ataupun semi-anonymous. Ini adalah kerana walaupun transaksi bitcoin tidak mendedahkan maklumat setiap individu, sebenarnya bukanlah mustahil untuk mencari maklumat tersebut. Duffield berpendapat bahawa anynomity sepenuhnya termasuk menghalang orang ramai daripada melihat transaksi dan baki dalam mana-mana alamat pengguna.

Duffield telah mencipta Darkcoin (kini Dash) untuk menyelesaikan masalah itu. Sedikit penjelasan teknikal tentang bagaimana Dash memastikan transaksinya anonymous: Dengan menggabungkan maklumat yang sama daripada beberapa pengguna ke dalam satu transaksi ke beberapa penerima. Maklumat yang digabungkan tadi menyebabkan transaksi sukar untuk dijejak, dan secara tidak langsung menyembunyikan aliran Dash coins.

Rangkaian Masternodes

Sistem Dash coin menggunakan rangkaian Masternodes untuk menjalankan pelbagai aktiviti dalam platform DashMasternodes ini menggunakan konsep sama seperti nodes dalam rangkaian Bitcoin, tetapi untuk menjadi Masternode, pengguna itu perlu memberi perkhidmatan kepada komuniti Dash dan juga deposit cagaran sebanyak 1000 DashMasternodes yang aktif akan mendapat pulangan dalam bentuk dividen untuk setiap servis yang diberikan.

Secara teori, rangkaian Dash tidak boleh dikuasai oleh sesiapa pun. Memandangkan setiap Masternode harus mempunyai 1000 Dash, jikalau seseorang ingin menguasai 50% daripada rangkaian Dash, dia perlu membeli sebanyak 2.3 juta Dash. Jadi, pengguna Dash tidak ada insentif yang tinggi untuk menguasai rangkaian Dash ini.

Teknologi inovatif, Instant X

Satu lagi masalah yang (masih) dihadapi oleh Bitcoin adalah isu scalability. Disebabkan isu ini, proses transaksi boleh mengambil masa daripada 10 minit ke lebih 3 jam, bergantung kepada jumlah fi yang dibayar pengguna. Ini adalah antara isu yang cuba diselesaikan Dash coin melalui Masternodes.

Dalam sistem Dash, Masternodes akan mengunci maklumat dalam transaksi yang dihantar untuk satu transaksi yang spesifik sahaja. Dan transaksi atau blok yang telah dikunci tadi akan dilepaskan ke dalam rangkaian Dash untuk pengesahan. Pada masa yang sama, transaksi atau blok lain yang mempunyai maklumat berlainan akan ditolak. Proses ini mengurangkan masa untuk memeriksa setiap transaksi dan blok yang masuk ke dalam rangkaian.

Decentralisasi

Pada waktu penulisan, sudah ada sebanyak 4,100 Masternodes dari 22 buah negara serata dunia. Bilangan Masternodes yang kian bertambah ini memastikan sistem dan proses Dash coin tidak dikawal oleh mana-mana pihak, termasuklah developerMasternodes mempunyai kuasa untuk mengundi sesuatu perkembangan dalam sistem Dash dan juga menentukan jumlah dana yang akan digunakan untuk perkembangan tersebut.

Akan Datang

Fasa terbaru dalam projek Dash adalah “Dash Evolution”, di mana Dash akan memperkenalkan satu platform e-commerce untuk pengguna. Sistem ini akan membenarkan perniagaan e-commerce yang mempunyai risiko yang rendah untuk berkembang tanpa monopoli mana-mana pihak.

Dash mempunyai visi dan misi yang besar untuk menjadi lebih daripada sistem pembayaran digital seperti Bitcoin. Adakah Dash akan berjaya? Kita tunggu sahaja dan lihat.


 

Maklumat tentang Dash

Nama token : Dash
Penanda token : Dash
Konsep : Matawang digitalakses yang menjamin privasi pengguna
Jumlah bekalan : 18,900,000,000 Dash (tahun 2300)
Untuk pencipta : Tiada
Pre-mine : Tiada
Dalam edaran : 7,899,191 DASH
Pencipta : Evan Duffield
Penciptaan blok : 2.5 minit
Yuran transaksi : Average USD$0.11
Algorithm : X11
Protokol konsensus : Proof-of-work dan Masternodes
Mining : Ya
Laman web : Dash
Whitepaper : Dash Whitepaper

Nilai pada 22 Februari 2018
Modal pasaran (USD) : $5,110,895,352
Harga (USD) : $647.02 ↓ 8.48%
Nilai (BTC) : 0.06316900

Rank (coinmarketcap) : 10

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.