Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Litecoin Mahu Mencapai Bintang, Bakal Mencecah USD$1500?

Jika kita bercakap tentang isu hangat dunia matawang kripto minggu ini, sudah pasti kita akan bercakap tentang harga Bitcoin yang melonjak naik sejak beberapa minggu lalu. Namun satu lagi matawang kripto yang sedang mendapat spotlight minggu lalu adalah Litecoin. Minggu lalu harga Litecoin naik daripada dua angka kepada tiga angka.

Litecoin kini matawang kripto ke-5 terbesar dengan modal pasaran menghampiri USD$18 juta, dan dengan nilai dalam lingkungan USD$328. Bayangkan, hanya seminggu yang lalu Litecoin masih bernilai di bawah USD$100. Sejak awal 2017, nilai Litecoin naik lebih 7,200%. Walaupun ini sudah menjadi fenomena biasa dalam kalangan matawang kripto, prestasi Litecoin tetap dianggap sebagai suatu yang menakjubkan.

Apa itu Litecoin?

Penulis sudah pun membuat post pengenalan tentang Litecoin, dan anda boleh baca secara terperinci di sini: Litecoin, Pesaing terdekat Bitcoin? Secara ringkas, Litecoin adalah satu matawang kripto yang dicipta berdasarkan blockchain Bitcoin pada tahun 2011. Misi utama Litecoin adalah untuk menyaingi Bitcoin sebagai medium pertukaran, dan jika kita lihat sekali lalu, Litecoin sangat menyerupai Bitcoin. Perbezaan antara kedua-duanya hanya pada algoritma yang digunakan dalam proses konsensus masing-masing.

Dan disebabkan algoritma Litecoin, transaksinya empat kali lebih cepat berbanding Bitcoin. Satu transaksi Bitcoin mengambil masa 10 minit untuk diproses, manakala Litecoin pula hanya mengambil masa 2.5 minit. Jumlah bekalan Litecoin pula adalah 84 juta.

Mengapa harga Litecoin naik begitu mendadak?

Terdapat beberapa sebab mengapa harga Litecoin naik dengan begitu cepat, dan dijangka akan mencecah USD$1,500 pada tahun 2018. Sebab utama adalah berkaitan dengan kenaikan harga Bitcoin selepas aktiviti futures trading Bitcoin dibuka. Secara tidak langsung, spotlight yang tertumpu kepada Bitcoin juga memberi kesan positif kepada matawang kripto lain, termasuk Litecoin.

Pada masa yang sama, jumlah transaksi Bitcoin yang naik secara mendadak menyebabkan trafik dalam rangkaian Bitcoin menjadi sesak dan proses transaksi menjadi semakin perlahan. Ini menyebabkan ramai orang mula mencari alternatif lain, dan Litecoin dilihat sebagai alternatif yang lebih baik kerana kadar transaksi yang lebih cepat dan yuran yang lebih murah.

Sebab yang ketiga adalah pengguna yang baru menyertai dunia matawang kripto menganggap harga Bitcoin sudah terlalu tinggi untuk memulakan pelaburan. Memandangkan harga Litecoin adalah satu per enam daripada harga Bitcoin, dan sifatnya seakan-akan Bitcoin, pengguna-pengguna ini lebih berminat untuk membeli dan menyimpan Litecoin.

Sebab seterusnya adalah network effect. Anda pernah dengar istilah tersebut? Network effect adalah satu fenomena di mana jumlah pengguna yang meningkat menyebabkan nilai sesuatu perkhidmatan atau barangan menjadi lebih baik. Dan fenomena inilah juga yang melanda matawang kripto seperti Litecoin, di mana spekulasi dan penggunaan meluas menyebabkan nilai matawang kripto meningkat.

Dan sebab yang terakhir tetapi yang paling penting adalah usaha pencipta Litecoin, seorang developer yang pernah berkerja di Coinbase, Charlie Lee dalam memasarkan Litecoin. Lee mengumumkan di Twitter bahawa dia akan mula menumpukan perhatian kepada promosi dan pengiklanan Litecoin dan seminggu selepas itu, syarikat gaming Steam mengumumkan ia akan berhenti menerima Bitcoin sebagai bayaran kerana transaksi yang tinggi, dan akan mula menerima Litecoin.

Tidak lama selepas itu, harga Litecoin meningkat datri USD$100 ke lebih USD$300. Lee juga menghadiri beberapa temubual untuk mempromosi Litecoin di laman berita utama. Di sini kita dapat lihat usaha Lee untuk menyebarkan kesedaran tentang Litecoin kepada pengguna matawang kripto.

Pengguna lebih gemar “HODL” Bitcoin, adakah Litecoin akan menggantikan Bitcoin sebagai medium pembayaran?

Nilai Bitcoin yang kian melonjak menjadikan pemegang Bitcoin lebih sayang untuk melepaskan Bitcoin mereka, dengan jangkaan harga Bitcoin akan naik lebih tinggi. Hampir 50 peratus daripada trading Bitcoin adalah antara pengguna baru dan daily trader. Selebihnya adalah transaksi antara pelabur-pelabur besar Bitcoin.

Lama-kelamaan kita akan melihat Bitcoin disimpan sebagai aset yang bernilai, dan tidak lagi digunakan dalam pembelian barangan dan perkhidmatan. Orang akan menyimpan Bitcoin seperti menyimpan emas. Namun begitu, kita masih memerlukan satu matawang kripto untuk meneruskan legasi Bitcoin sebagai medium pembayaran.

Mungkinkah Litecoin bakal mengambil tempat Bitcoin?

Buat masa ini, semuanya hanya spekulasi. Bitcoin masih lagi matawang kripto terbesar dalam pasaran dan setakat ini, tiada lagi matawang kripto yang digunakan di dunia sebenar selain Bitcoin. Apa yang pasti tahun 2018 adalah tahun yang penuh potensi untuk banyak matawang kripto, terutama Litecoin. Adakah ia akan berjaya mencecah USD$1,500? Penulis agak cenderung kepada jangkaan itu. Bagaimana dengan anda?

Notakaki: Anda boleh mula membeli Litecoin di platform pertukaran Coinexy dengan mudah. Untuk servis-servis lain, boleh rujuk di laman web Litecoin.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads