Default – Above Header Ads

NEM, Platform Blockchain untuk Smart Asset

Adakah anda tahu apa itu NEM? NEM adalah peer-to-peer cryptocurrency dan sebuah platform blockchain yang telah dilancarkan pada 31 March 2015. Ianya adalah smart blockchain yang ideal di mana keselamatan dan kepantasan merupakan kelebihan kepada blockchain ini. NEM juga adalah antara matawang krypto terbesar di tempat ke-6 dalam pasaran dengan jumlah modal pasaran sebanyak USD$2.7 bilion.

Coding untuk blockchain NEM menggunakan Java serta Javascript dan ia telah ditulis semula 100% dari asal. Tidak seperti matawang-matawang krypto yang lain, NEM mempunyai source code yang original dan tersendiri. Ia juga mempunyai matawang yang tersendiri iaitu XEM. Apa yang berlainan tentang blockchain NEM adalah ia menambah ciri-ciri baru yang lebih bagus dan melengkapkan kelemahan yang ada pada blockchain Ethereum.

1 CIRI-CIRI

Antara ciri-ciri yang unik yang terdapat pada blockchain NEM:

  1. Proof-Of-Importance (POI) Consensus Algorithm

Blockchain NEM beroperasi menggunakan POI algorithm yang unik. Secara ringkasnya, POI dicipta untuk memberi ganjaran kepada pengguna yang telah memberi sumbangan kepada komuniti NEM. Ia agak sama seperti proof-of-stake, tetapi ia akan mengambil kira betapa aktif seseorang pengguna dalam melaksanakan transaksi dengan pengguna lain. Dalam sistem proof-of-stake, pengguna haruslah mempunyai sejumlah matawang krypto yang besar untuk membentuk satu blok, tetapi transactions volume dan kepercayaan menjadi faktor-faktor dalam transaksi NEM.

POI juga membantu menentukan pengguna yang akan mengira blok yang seterusnya. Algorithm baru dalam NEM menjaminkan pengagihan yang adil dalam memberi peluang kepada pengguna-pengguna untuk membentuk blok kerana ia mengambil kira bukan sahaja jumlah matawang krypto yang disimpan dalam dompet pengguna tetapi juga semua transaksi yang masuk dan keluar. Oleh itu, pengguna yang membuat sumbangan terbesar kepada development dan pengagihan mata wang tersebut akan mendapat ganjaran.

 

  1. Mosaics

NEM akan menyokong aset berasaskan blockchain (blockchain-based assets) yang boleh diubah suai (customizable). Ia dipanggil mosaics. Dengan NEM mosaic, aset (yang boleh dikaitkan dengan nilai sebenar) boleh dicipta dengan produk yang tetap atau berubah, kadar (rates) dan hak pemindahan (transfers right). Mosaic masih lagi dalam fasa ujian, tetapi developers NEM menyatakan penciptaan aset (asset creation) direka dengan teliti dan pendekatannya berbeza daripada apa yang dilaksanakan oleh protocol lain.

 

  1. Purata Masa untuk Blok (Average Block Time)

Purata masa blok dalam rangkaian NEM diproses adalah 10 kali lebih rendah berbanding Bitcoin. Oleh itu NEM dapat menjalankan dan mengesahkan lebih banyak transaksi dalam masa yang lebih pendek.

 

  1. Messaging

Antara bentuk mesej di dalam NEM adalah encrypted, unencrypted atau hex. XEM diperlukan untuk sesebuah mesej dihantar di dalam rangkaian XEM. Cara ini boleh digunakan untuk komunikasi yang selamat ke mana-mana address XEM serta aplikasi yang berasaskan blockchain (blockchain-based application). Pembayaran untuk menghantar sesebuah mesej yang unencrypted adalah sebanyak 1 XEM untuk setiap 32 characters manakala ianya berbeza dan berubah untuk mesej yang encrypted.

 

  1. Development yang Didorong Oleh Ujian (Test-driven Development)

Teknologi NEM dibangunkan di bawah metodologi yang dipanggil test-driven development. Metodologi ini menumpukan kepada semua usaha untuk memenuhi syarat yang telah ditetapkan sebelum teknologi ini dimulakan dan diaplikasikan.

2 ARCHITECTURE

ARCHITECTURE
Gambar keseluruhan mengenai NEM architecture

Seterusnya, penulis akan memberi sedikit penerangan yang mudah tentang architecture NEM. NEM mempunyai two-tier architecture atau dua peringkat yang lebih memfokuskan kepada keselamatan. Kedua-dua lapisan yang dipanggil server dan client dibentuk oleh NIS (NEM Infrastructure Server) dan NCC (NEM Community Client). NCC disambungkan ke NIS untuk menjalankan dan menyimpan transaksi tanpa perlu memuat turun seluruh blockchain, membolehkan pengguna mengelak daripada membazir memori (memory wastage) dan juga user experience yang lebih baik.

3 PROJEK YANG MENGGUNAKAN BLOCKCHAIN NEM

PROJEK YANG MENGGUNAKAN BLOCKCHAIN NEM

Antara projek yang menggunakan blockchain NEM ialah projek LuxTag. Secara ringkasnya, projek ini telah dibangunkan dengan teknologi blockchain NEM yang mempunyai kelebihan dan ciri-ciri seperti yang telah diterangkan di atas. Projek ini berkenaan dengan industri barang mewah dan mereka mencipta LuxTag dengan harapan untuk mengatasi masalah seperti kepalsuan (counterfeit), kecurian (theft), kehilangan jejak sesuatu brand (Brands lose track) dan isu kepercayaan (trust issue).

Untuk masalah-masalah ini, mereka menggunakan proof-of-authenticity dan juga proof-of-ownership serta big data. Pelanggan utama mereka adalah pengeluar barang tersebut (manufacturers). Penggunaan blockchain NEM tidak terhad kepada industri seperti ini sahaja tetapi boleh juga diaplikasikan di dalam industri kenderaan, medical records dan pharmaceuticals.

Gambar-gambar dibawah menerangkan sedikit mengenai bagaimana LuxTag berfungsi:

Satu lagi projek yang menggunakan platform NEM adalah Mijin, satu private blockchain yang dicipta oleh Tech Bureau, syarikat teknologi di Jepun. Developers Mijin mendakwa Mijin mampu mengurangkan kos perbelanjaan institusi kewangan sehingga 90 peratus, dan pada masa yang sama mengekalkan keselamatan transaksi dalam bank. Pada Disember 2015, Mijin diuji oleh trust bank terbesar di Jepun, SBI Sumishin Net Bank, yang dimiliki oleh Sumimoto Mitsui Trust Holdings.

Apa yang menarik adalah infrastruktur Mijin adalah infrastruktur yang sama dengan NEM, dengan tambahan smart contract. Tambahan lagi, developers yang berkerja untuk NEM adalah developers sama yang berkerja untuk Mijin. Pada tahun 2016, Mijin berjaya memproses 10 000 transaksi sesaat dalam local network dan 100 transaksi sesaat dalam global network. Ini adalah penambahbaikan daripada 25 transaksi sesaat semasa fasa ujian dijalankan.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads