Default – Above Header Ads

OmiseGO: Platform Pembayaran Fiat dan Matawang Kripto

Jika anda seorang yang kerap melawat laman web coinmarketcap, anda pasti pernah ternampak token OmiseGO. OmiseGO berada di kedudukan no 13 dalam senarai 100 matawang kripto teratas di coinmarketcap, dengan jumlah modal pasaran sebesar USD$943 juta. Tahukah anda token OmiseGO baru dilancarkan melalui ICO pada bulan Julai yang lalu?

Dalam masa tiga bulan sahaja, harga OmiseGO telah naik daripada bawah USD$1 dan kini USD$9.42. Tambahan lagi, hampir 100 juta OmiseGO telah diedarkan dan had jumlah OmiseGO di pasaran adalah sebanyak 140,245,398 OMG, atau 65.1% daripada keseluruhan jumlah OmiseGO. Mari kita baca lebih lanjut tentang OmiseGO.

1 Syarikat Omise Holdings Pte Ltd

Projek OmiseGO adalah di bawah naungan Omise Holdings Pte Ltd, sebuah syarikat yang telah ditubuhkan sejak tahun 2013 lagi. Syarikat tersebut adalah sebuah startup dalam bidang fintech, dan telah menerima lebih USD$50 juta seed funding daripada Venture Capitalists (VC). Syarikat Omise kini beroperasi sebagai payment gateway bagi perniagaan dan syarikat di negara-negara Asia Tenggara, termasuk Thailand, Jepun, Singapura dan Indonesia.

Sebelum memulakan projek OmiseGO lagi syarikat itu telah menunjukkan sokongan terhadap teknologi Ethereum, dan telah menyumbang dalam inisiatif DEVGRANTS Ethereum dan juga Raiden pada tahun 2015. Selain daripada itu, developers team OmiseGO terdiri daripada individu-individu yang telah terlibat dalam pelbagai projek Blockchain lain termasuk Hydrachain, Golem, Tendermint dan Cosmos. Tambahan lagi, lembaga penasihat OmiseGO terdiri daripada nama-nama yang berpengaruh di dunia blockchain, seperti Vitalik Buterin, Joseph Poon, Dr. Gavin Wood dan lain-lain lagi.

2 Konsep OmiseGO

Dengan nama-nama besar di belakang projek OmiseGO, tidak hairanlah mengapa orang ramai berpusu-pusu menyertai ICO OmiseGO. Malah, harga OmiseGO di pasaran mencerminkan nilai OMG yang tinggi dan keyakinan orang ramai terhadap projek tersebut. Jadi, apakah konsep atau produk OmiseGO?

OmiseGO ingin mencipta platform untuk mengurus aset digital, matawang fiat, dan juga aset lain seperti stok melalui wallet Software Development Kit (SDK). Dalam erti kata lain, OmiseGO adalah suatu e-wallet dan platform pembayaran bukan sahaja untuk matawang kripto, tetapi juga matawang fiat dan aset lain. Untuk memastikan ekosistem yang sihat, OmiseGO menggunakan kedua-dua konsep off-chain dan on-chainPlatform pertukaran yang decentralized dibina on-chain dan rangkaian pembayaran (payment network) yang dibina off-chain untuk menyelesaikan isu scalability.

Menurut whitepaper OmiseGO, konsep OmiseGO direka bersesuaian dengan model dan juga polisi kebanyakan perniagaan. Antara kelebihan OmiseGO untuk syarikat termasuk:

  • memindahkan dana dengan cepat, sama ada dalam atau luar negara
  • mempunyai lejar yang mampu merekod transaksi dan menjejak aset dengan mudah
  • penyelesaian bagi mobile banking
  • membolehkan matawang fiat diproses secara digital dan memperbaiki sistem pembayaran sesebuah negara
  • mempunyai sistem untuk program ganjaran pelanggan setia (loyalty rewards program)
  • membolehkan digital gift cards diedarkan dalam sebuah rangkaian yang menyokong pelbagai perniagaan

3 Pengguna OmiseGO

OmiseGO direka untuk syarikat dan perniagaan, dan antara pengguna OmiseGO adalah syarikat kewangan seperti SBI Holdings, Mizuho Bank Ltd, Krungsri Bank of Ayudhya, TrueMoney dan sebagainya. Bagi pelanggan syarikat-syarikat di atas pula, mereka berpeluang untuk jual atau beli matawang kripto melalui wallet yang sama.

Sasaran OmiseGO adalah di sektor remittance atau pembayaran dimana OmiseGO ingin meliputi 73 peratus daripada populasi di Asia Tenggara yang tidak mempunyai akses kepada perkhidmatan atau kemudahan kewangan (“unbanked”) dan 27 peratus yang menggunakan servis kewangan daripada bank atau institusi kewangan (“banked”). Dan pemilik OmiseGO bukan sahaja mempunyai akses kepada semua kelebihan OmiseGO, tetapi juga untuk menyertai rangkaian OmiseGO dalam proses pengesahan transaksi.

4 Kesimpulan

Konsep OmiseGO yang merupakan inisiatif menggabungkan teknologi Blockchain dan platform pembayaran seluruh dunia seperti Visa dan Mastercard adalah faktor utama yang menarik pelabur-pelabur besar kepada projek OmiseGO. Dan inilah yang menyumbang kepada kenaikan nilai token OMG di pasaran. Seperti Ripple, OmiseGO direka untuk memenuhi keperluan perniagaan dan juga syarikat, menjadikan projek ini bertambah nilainya di seluruh dunia. Projek OmiseGO disamping Ethereum dan Ripple, adalah antara projek-projek teknologi Blockchain yang dianggap perintis dalam dunia teknologi Blockchain dan dijangka akan kekal lama, tidak seperti kebanyakan projek lain.

 

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads