Default – Above Header Ads

SALT – Kini anda boleh Membuat Pinjaman dengan Mudah

Salt Lending

Kini teknologi dan platform Blockchain sedang menuju ke penguasaan dunia, di mana pelbagai sektor telah mengaplikasikan penggunaan platform Blockchain tersebut. Pelbagai sektor kini telah memberi kepercayaan kepada teknologi Blockchain atas pemegangan aset-aset penting. Namun, pernahkah terlintas di fikiran anda tentang platform yang menggunakan teknologi ini untuk menjamin pemegangan pinjaman (loan) anda?

Salt adalah platform tersebut! Tidak dinafikan walaupun penggunaan wang digital kini meningkat, wang fiat masih digunakan secara menyeluruh di persada dunia. Seperti yang kita tahu, naik turun nilai wang digital adalah berdasarkan permodelan pasarannya dan peratusan kenaikannya. Oleh itu, apabila kita menjual wang digital untuk mendapatkan wang fiat, peratusan untuk kita membelinya semula pada nilai yang sama tidak terjamin. Namun begitu, Salt Lending menyediakan platform dimana anda boleh membuat pinjaman mata wang fiat menggunakan matawang digital anda, dan setelah anda membayar semula nilai pinjaman tersebut, anda akan mendapat semula wang digital anda dengan nilai yang sama!

Kebiasaanya apabila anda membuat pinjaman (non-digital) melalui bank atau mana-mana organisasi, nilai pinjaman anda bergantung kepada skor kredit anda. Salah satu manfaat platform Salt ini, ianya tidak bergantung pada skor kredit anda dan tidak mempunyai kadar bunga yang tinggi. Jika peminjam tidak dapat membayar semula pinjamannya, Salt hanya akan mengambil sahaja wang digital yang telah dijaminkan oleh peminjam itu.

Bagaimana SALT berfungsi?

SALT platform adalah rangkaian untuk pinjaman, baik untuk peminjam ataupun pemberi pinjaman. Di platform tersebut, pengguna boleh menggunakan aset matawang kripto yang dipegang sebagai kolateral dalam pinjaman. Pengguna perlu mendapatkan token SALT untuk menggunakan platform SALT, sama seperti kes Ethereum.

Dan jumlah pinjaman yang ditawarkan adalah berdasarkan token SALT yang dibelanjakan. Proses untuk membuat pinjaman di platform SALT adalah seperti di bawah:

Sumber: crushcrypto.com

Anda berminat?

 Dengan nilai Bitcoin yang kini sedang rancak meningkat, jika anda meminjam wang fiat menggunakan Bitcoin, anda tidak perlu risau semasa pembayaran semula pinjaman tersebut. Dengan menggunakan Salt Trading, anda hanya perlu membayar nilai yang sama semasa paminjam dilakukan. Bolehlah kunjungi laman web rasmi mereka di https://www.saltlending.com dan sertai keahlian mereka untuk menggunakan perkhidmatan meraka. Matawang digital yang kini berdiri di tangga ke-46 berdasarkan coinmarketcap.com ini, menyediakan tiga kategori keahlian yang menawarkan produk seperti berikut:

Sumber: crushcrypto.com

Seperti setiap platform, untuk mengaplikasi dan mengguna perkhidmatan ini, pengguna harus mempunyai tokennya iaitu Salt. Berdasarkan coinmarketcap.com, ketika waktu penulisan, Salt sedang menduduki tempat ke-51 dengan harga USD 9.58. Salt Lending ini merupakan satu-satunya platform teknologi blockchain yang menyediakan perkidmatan pinjaman begini!


 

 

Maklumat tentang SALT

Nama token : Salt
Penanda token : SALT
Konsep : Pinjaman bersandarkan aset Blockchain
Jumlah bekalan : 120,000,000 SALT
Peruntukan kepada pencipta : Tiada
Dalam edaran : 70,105,824 SALT
Pencipta : Shaun Owen
Kelajuan transaksi : ~ 24 saat (bergantung kepada kesibukan dalam rangkaian Ethereum)
Yuran transaksi : bergantung kepada harga semasa Ether gas
Algorithm : ERC20
Protokol konsensus : N/A
Mining : N/A
Laman web : https://www.saltlending.com/
Whitepaper : https://membership.saltlending.com/files/abstract.pdf

Nilai pada 17 Januari 2018
Modal pasaran (USD) : $586,212,769
Harga (USD) : $8.24
Nilai (BTC) : 0.00073201
Nilai (ETH) : 0.00811446
Rank (coinmarketcap) : 45