Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Tron, Token Kripto untuk Hiburan tanpa Penapisan

Tidak dinafikan lagi bahawa Bitcoin adalah muka matawang kripto. Malah bagi mereka yang baru sahaja diperkenalkan dengan dunia kripto ini, mereka perlu mengetahui tentang Bitcoin sebagai asas kepada teknologi Blockchain. Kini, terdapat pelbagai matawang kripto di pasaran yang telah diolah dan bersaing sesama sendiri.

Namun, artikel ini bukanlah tentang Bitcoin dan saingannya tetapi penulis ingin mengupas satu matawang kripto yang tidak dianggap sebagai pesaing Bitcoin, tetapi ianya mengaplikasikan teknologi di sebalik Bitcoin iaitu, teknologi Blockchain. Hari ini, penulis akan membincangkan sedikit tentang teknologi Tron. Tron merupakan satu platform dimana content creators dapat berkongsi kandungan dan ciptaan mereka tanpa menggunakan orang tengah. Ianya lebih tertumpu kepada menyediakan akses kandungan dalam bidang hiburan.

 

Secara ringkas, apakah itu TRON, dan tujuannya?

 

TRON menyediakan kemudahan penyimpanan ciptaan yang membolehkan penggunanya mengakses kandungan hiburan dari setiap sudut di seluruh dunia tanpa mencari bantuan dari orang tengah seperti GooglePlay Store atau Apple Store. Dengan ini, pencipta dapat menerima hasil bersih keuntungan aset digital oleh pengguna dengan cepat. Pengguna matawang TRONIX (TRX) boleh menerbitkan, menyimpan dan memiliki data secara bebas. Visi dan misi TRON adalah untuk menjadi versi P2P Google Play Store atau iTunes.

4 fungsi utama TRON adalah:

  1. Pembebasan data: data yang tidak dikawal atau ditapis (censor) mana-mana pihak
  2. Ekosistem yang membolehkan pengguna memperoleh aset digita daripada penyebaran maklumat
  3. ICO pengguna sendiri untuk mengedarkan aset digital
  4. Infrastruktur yang membolehkan jual beli aset digital seperti video game dan pasaran ramalan

Serba sedikit tentang TRON?

 

Tarikh genesis teknologi TRON adalah pada 24 Ogos 2017. Ianya diasaskan oleh CEO Justin Sun pada 2017. Beliau merupakan pengasas applikasi Peiwo, iaitu applikasi yang menyerupai Snapchat dan Sun juga merupakan protégé pangasas Alibaba.com. Penubuhan asas TRON telah ditubuhkan di Singapura sebagai organisasi bukan keuntungan (Non Profit Organisation) yang mengendalikan rangkaian TRON berdasarkan prinsip keadilan dan ketelusan.

Jumlah bekalan koin bagi matawang TRONIX ini adalah sebanyak 100,000,000,000 TRX dan jumlah yang boleh didapati pada waktu penulisan, adalah sebanyak 65,748,192,476 TRX. Ianya juga terletak pada kedudukan yang ke 13 dalam Cryptocurrency Market Capitalizations dan bernilai sebanyak $0.052865 USD.

TRON mempunyai 6 tahap yang ingin dicapai, daripada Exodus (2017) sehingga Eternity (2023) iaitu:

  1. Exodus (tahap kini): Platform untuk pengguna mencipta, mengedar, dan menyimpan data
  2. Odyssey: Instentif ekonomi diimplementasi untuk menggalakkan pengguna menggunakan platform TRON
  3. Great Voyage: Membolehkan pengguna melancarkan ICO sendiri
  4. Apollo: Membolehkan pencipta mengeluarkan token sendiri (keupayaan yang sama seperti token ERC20)
  5. & 6. Perkembangan dalam industri gaming untuk membolehkan developers membina gaming platform dan memperoleh insentif dalam bentuk kewangan daripada platform tersebut dan juga pasaran ramalan seperti Augur

 

 

Bagaimana ingin mendapatkan TRON TRX?

 

Anda tidak dapat membeli TRX dengan mata wang fiat, oleh itu anda perlu terlebih dahulu membeli mata wang lain, yang paling mudah untuk membeli ialah Bitcoin atau Ethereum. Kemudian anda kini boleh menghantar Ether atau BTC anda ke Exchanger untuk membuat pembelian TRX anda. Apabila anda telah mendapat mata wang TRX, anda boleh terus menggunakan kemudahan TRON.

 

TRON merupakan platform yang dapat menjawab permintaan ramai yang mencari hiburan dengan menggunakan applikasi yang mengambil kesempatan daripada Teknologi Blockchain.


 

Maklumat tentang TRON

Nama token : TRON
Penanda token : TRX
Konsep : Platform Perkongsian Data Hiburan
Jumlah bekalan : 100,000,000,000 TRX
Untuk pencipta : 34,200,000,000 TRX
Pre-mine : Tiada
Dalam edaran : 65,748,192,476 TRX
Pencipta : Justin Sun (pencipta Peiwo APP)
Kelajuan transaksi : ~ 24 saat (bergantung kepada kesibukan dalam rangkaian Ethereum)
Yuran transaksi : bergantung kepada harga semasa Ether gas
Algorithm : ERC20
Protokol konsensus : Proof-of-stake
Mining : N/A
Laman web : TRON
Whitepaper : TRON Whitepaper

Nilai pada 31 Januari 2018
Modal pasaran (USD) : $3,475,784,770
Harga (USD) : $0.052865
Nilai (BTC) : 0.00000521

Nilai (ETH) : 0.00004837
Rank (coinmarketcap) : 13

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.