Default – Above Header Ads

5 Lagi Firma Pembayaran Akan Menggunakan Teknologi xVia Dari Ripple

Lima penyedia pembayaran di Eropah dan Asia ditetapkan menggunakan teknologi xVia dari Ripple. Pelanggan baru syarikat itu termasuk firma yang berpangkalan di U.K, iaitu FairFX, RationalFX dan Exchange4Free, selain itu termasuk juga platform pertukaran mata wang peer-to-peerMoneyMatch di Malaysia dan syarikat penyelesaian pembayaran UniPay dari Republik Georgia.

Menggunakan teknologi xVia Ripple akan membantu syarikat-syarikat ini memperluaskan pangkalan pelanggan mereka, kata timbalan presiden Ripple Asheesh Birla. “Kesemua pelanggan ini menghadapi masalah yang sama: membina hubungan yang lebih baik dengan bank dan rangkaian di seluruh dunia. Ia mahal dan memakan masa,” katanya dalam satu kenyataan. “xVia membolehkan mereka mengembangkan bahagian pasaran mereka secara keseluruhan dengan menjangkau pelanggan baru di pasaran baru, lebih mudah berbanding sebelum ini.”

Ripple menjelaskan dalam catatan blognya, bahawa tidak seperti cara tradisional untuk memindahkan dana ke luar negara, penyelesaian API standard xVia bermakna ia tidak mengalami kadar kegagalan yang tinggi dan kos yang murah. Ketua pegawai komersil FairFX, James Hickman, berkata xVia “akan membolehkan kami menjangkau lebih banyak orang, dengan lebih cekap dan dengan kos yang lebih rendah.”

Sumber:

https://www.coindesk.com/5-more-payments-firms-to-adopt-ripples-xvia-tech/

HashFlare