Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Bitcoin Core Version 0.16.1 Dilancarkan Secara Rasmi

 

Bitcoin Core versi 0.16.1, versi utama baru termasuk ciri-ciri baru dan penambahbaikan prestasi, telah dikeluarkan secara rasminya, menurut pengumuman yang dibuat pada 15 Jun.Pelancaran baru ini dilaporkan termasuk “ciri-ciri baru, pelbagai pembaikan bug dan penambahbaikan prestasi.”

Di samping itu, peningkatan dompet digital juga turut mempengaruhi versi 0.16 dan keatas. Mereka “tidak serasi dengan versi sebelum 0.16 dan tidak akan berfungsi jika anda cuba menggunakan dompet yang baru dibuat dalam versi lama,” menurut nota pelancaran itu.

Versi client Bitcoin Core sebelum ini dikeluarkan pada akhir bulan Februari, dan menyediakan “sokongan penuh” untuk teknologi penskalaan Segregated Witness (SegWit), yang direka untuk mengurangkan masa pemprosesan dan menunggu, serta yuran transaksi. Pemaju Bitcoin Core Jimmy Song, kemudian mengulas mengenai ciri paling penting Bitcoin Core versi 0.16.0, mengatakan bahawa “sokongan SegWit asli (bech32) akan mendapat penerimaan yang lebih banyak akibat dari pembaharuan ini. Ini akan mengurangkan berat blok dan menggalakkan lebih banyak dompet dalam ekosistem untuk menggunakan bech32.”

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/bitcoin-core-version-0-16-1-officially-released

 

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.