Default – Above Header Ads

CEO eToro: ‘Menjual Kripto Kini Sama Seperti Menjual Saham Apple pada tahun 2001’

Yoni Assia, CEO platform dagangan eToro, berkata bahawa 90% daripada syarikat kripto akan “berakhir” tetapi dia percaya bahawa mereka ini mempunyai platform yang lebih besar daripada yang dalam gelembung dotcom. Assia selanjutnya menjelaskan bahawa blockchain kelihatan transformatif, sama seperti internet.

“Tesla naik 2,000%, Facebook naik 1,000%, Google naik 1,000%. Ini adalah perkara yang sama tapi masih terlalu awal, “kata Assia. “Pandangan jangka panjang saya menjual kripto kini seperti menjual Apple pada tahun 2001,” tambah beliau lagi.

Assia membuat kesimpulan dengan menunjukkan bahawa apabila seseorang mempelajari teknologi blockchain, mereka mahu seluruh dunia menggunakannya. Hakikatnya, blockchain memberikan ketelusan dan bersifat desentralisasi, yang apabila dilaksanakan dalam industri perubatan dan kejuruteraan dan sistem pemilihan, dapat menyelesaikan banyak masalah. Penyokong blockchain bekerja siang dan malam untuk meningkatkan teknologi ini untuk menjadikan idea-idea ini menjadi kenyataan dalam masa terdekat. Sehingga itu, kita perlu menunggu dan melihat syarikat-syarikat yang manakah akan bernilai untuk dilaburkan.

Sumber:

https://www.ccn.com/selling-crypto-now-is-like-selling-apple-in-2001-etoro-ceo/

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.