Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

China Ketuai Kumpulan Penyelidikan Penyeragaman Antarabangsa Untuk IoT Dan Blockchain

 

China akan mengetuai kumpulan penyelidikan antarabangsa mengenai penyeragaman Internet of Things (IoT) dan teknologi blockchain, lapor berita tempatan, Science and Technology Daily, 18 Julai. Jawatankuasa teknikal bersama Organisasi Antarabangsa bagi Standardisasi (ISO) dan Suruhanjaya Elektroteknikal Antarabangsa (IEC) telah menerima cadangan pembentukan kumpulan penyelidikan antarabangsa ini selepas tempoh sebulan perbincangan oleh ahli jawatankuasa.

Science and Technology Daily, akhbar rasmi Kementerian Sains dan Teknologi China, menulis bahawa penubuhan kumpulan ini bermakna China telah memenangi “kuasa penghujahan” dalam integrasi teknologi: “Ia amat penting bagi industri berkaitan China untuk memimpin pembangunan global dan mempromosikan integrasi [ekonomi] fiat dan digital.”

Kumpulan penyelidikan antarabangsa, yang dipimpin oleh Dr. Shen Jie, akan mempromosikan integrasi ekonomi fiat-digital dengan menyediakan sebilangan besar senario aplikasi perindustrian serta mewujudkan mekanisma kerja untuk mempromosikan piawaian antarabangsa untuk teknologi IoT dan blockchain. Kumpulan penyelidikan baru ini akan merangkumi pakar dari lebih dari sepuluh negara termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman, dan Perancis.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/china-to-lead-international-standardization-research-group-for-iot-blockchain-tech

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads