Default – Above Header Ads

Mastercard Peroleh Paten Untuk Mempercepatkan Pembayaran Kripto

 

Mastercard memenangi paten A.S. pada hari Selasa kelmarin untuk kaedah mempercepatkan pembayaran mata wang kripto. Dokumen itu, yang diterbitkan pada 17 Julai oleh Pejabat Paten dan Tanda Dagangan Amerika Syarikat (USPTO), menjelaskan bahawa meskipun mata wang kripto telah “melihat peningkatan penggunaan berbanding mata wang fiat tradisional oleh pengguna yang menghargai identiti, privasi dan keselamatan,” terdapat jurang yang luas dalam masa pemprosesan pembayaran antara dua asset ini, menjadikan mata wang kripto di situasi yang “merugikan.” “Terdapat keperluan untuk memperbaiki penyimpanan dan pemprosesan urus niaga yang menggunakan mata wang blokchain,” menurut paten tersebut.

Untuk mengurangkan masa urusniaga ini, Mastercard akan menawarkan jenis akaun pengguna baru yang boleh berurus niaga dalam mata wang kripto melalui sistem sedia ada untuk mata wang fiat. Akaun ini akan menghubungkan beberapa profil yang dapat mengenal pasti “jumlah mata wang fiat” pengguna, jumlah mata wang blockchain, pengenal akaun dan alamat akaun. “Transaksi itu sendiri akan menggunakan jalur pembayaran dan ciri-ciri keselamatan mata wang fiat, tetapi setiap transaksi akan mewakili mata wang kripto.

Ini bukan kali pertama Mastercard telah menyatakan minat dalam menangani perlindungan pengguna di ruang kripto, mereka turut memohon paten berasingan tahun lepas untuk menyelesaikan perkhidmatan pembayaran balik untuk urus niaga mata wang kripto.

Sumber:

https://www.coindesk.com/mastercard-wins-patent-for-speeding-up-crypto-payments/

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads