Default – Above Header Ads

Perbandaran Riyadh Bekerjasama Dengan IBM Membangunkan Blockchain Untuk Perkhidmatan Kerajaan

 

Perbandaran Riyadh, Arab Saudi, telah bekerjasama dengan IBM untuk bersama-sama membangunkan satu strategi untuk menyelaraskan perkhidmatan dan urus niaga kerajaan menggunakan blockchain, lapor berita ITP.net yang dilaporkan pada 11 Julai. Langkah itu dibuat selaras dengan keputusan berwibawa Kerajaan Arab Saudi untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan perbandaran untuk pelanggan sebagai sebahagian daripada program Saudi Vision 2030.

Disokong oleh jabatan-jabatan kerajaan utama, Perbandaran Riyadh, IBM, dan firma teknologi Saudi Elm Company akan mengatur bengkel untuk menentukan perkhidmatan mana yang boleh dinaik taraf dengan menggunakan blockchain.

IBM kemudiannya akan membangunkan penyelesaian blockcahin pertama di peringkat perbandaran, sementara Elm akan melaksanakan teknologi tersebut ke dalam perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan. Pengurus Besar Negara di IBM Saudi Arabia, Tarek Zarg El Aioun memberitahu ITP bahawa IBM “percaya” bahawa teknologi blockchain “mempunyai keupayaan untuk mengubah dunia dengan cara yang sama [seperti] Internet sambil mendefinisikan semula bagaimana perniagaan dan transaksi berlaku.”

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/riyadh-municipality-partners-with-ibm-to-develop-blockchain-for-government-services

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.