Peter Thiel Bakal Bawa Pelabur Besar Ke Arena Mata Wang Kripto

Peter Thiel berpendapat bahawa pelabur institusi tidak lama lagi akan memberi kesan yang besar dalam arena asset kripto. Wall Street Journal melaporkan bahawa firma Founders Fund, firma pelaburan lagenda Silicon Valley telah membuat pelaburan peringkat awal dalam Tagomi, syarikat permulaan yang bertujuan untuk bertindak sebagai peniaga broker untuk pejabat keluarga, individu kaya, dan pelabur institusi lain.

Syarikat permulaan tersebut- yang mana operasinya yang masih kekal dalam fasa awal, malahan namanya belum ditetapkan secara rasmi – telah diasaskan oleh Greg Tusar, bekas eksekutif Goldman Sachs yang menjalankan bahagian perdagangan elektronik firma tersebut.

Tagomi telah dilaporkan mengumpulkan dana sebanyak $ 15.5 juta, dan tidak diketahui berapa banyak sokongan itu berasal dari Founders Fund. Walau bagaimanapun, Napoleon Ta, rakan kongsi Founders Fund, disenaraikan sebagai salah satu pengarah syarikat dalam pemfailan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) baru-baru ini.  Firma itu bercadang untuk memanfaatkan pemisahan pasaran spotmata wang kripto dengan membina alat dagangan yang secara automatik mengawal pesanan besar menerusi sedozen bursa serta platform perdagangan over-the-counter(OTC) yang dipanggil dark pools.

Sumber:

https://www.ccn.com/peter-thiels-founders-fund-backs-crypto-broker-founded-by-goldman-sachs-alum/