Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Roger Ver: ‘Flippening’ Antara Bitcoin & Ethereum Akan Terjadi pada 2018

Promoter Bitcoin Cash, Roger Ver percaya BCH akan menyusul BTC untuk menjadi mata wang kripto paling berharga di dunia. Tetapi sebelum itu berlaku, dia percaya Ethereum akan mengambil tahkta raja mata wang kripto itu. Ver, yang dahulu dikenali sebagai “Bitcoin Jesus,” memberitahu The Independent bahawa teknologi mata wang kripto yang unggul seperti Ethereum dan Bitcoin Cash akan mengatasi nilai Bitcoin dalam beberapa bulan dan tahun yang akan datang. Ver melihat Ethereum akan mengatasi nilai Bitcoin menjelang akhir tahun dan Bitcoin Cash pada tahun 2020.

Penganalisis merujuk kepada peristiwa yang dinamakan sebagai “The Flippening.” Ver merujuk kepada masa transaksi yang perlahan dan bayaran yuran transaksi yang tinggi bakal meruntuhkan Bitcoin. Beliau berkata lebih daripada 1,500 mata wang kripto telah memasuki pasaran sejak penubuhan Bitcoin pada 2009 dalam cubaan untuk mengatasi “batasan” bitcoin.

Peningkatan nilai Bitcoin pada tahun lepas telah membawa mata wang kripto lain turut meningkat, dengan kenaikan Ethereum dan Bitcoin Cash melebihi peningkatan Bitcoin. Harga Bitcoin telah melonjak 450% daripada $ 1,700 kepada $ 9,360 dalam 12 bulan yang lalu, manakala Ethereum telah memperoleh pertumbuhan 1,000% (kepada $ 764) dan Bitcoin Cash meningkat dari $ 500 pada bulan Ogos kepada $ 1,655.

Sumber:

https://www.ccn.com/flippening-between-bitcoin-ethereum-will-happen-in-2018-roger-ver/

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads