Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Bagaimana untuk Memilih Wallet Bitcoin dan Matawang Kripto?

Adakah anda sudah lama terlibat dalam dunia matawang kripto? Atau ini perkara baru untuk anda? Sama ada anda orang baru atau orang lama, penulis pasti anda mesti pernah tertanya-tanya tentang bagaimana untuk menyimpan Bitcoin, atau matawang kripto lain, betul atau tidak? Hari ini, penulis akan memperkenalkan beberapa jenis wallet Bitcoin.

Sebelum itu, bagi yang baru tahu tentang Bitcoin dan berminat untuk membeli Bitcoin, anda boleh membelinya di Coinexy, sebuah peer-to-peer exchanger. Anda boleh membaca lebih lanjut tentang Coinexy di sini dan di sini. Anda boleh klik di sini untuk pergi ke laman web Coinexy.

Untuk menyimpan matawang kripto pula, anda memerlukan wallet. Ianya adalah satu aplikasi perisian yang membolehkan pengguna menerima, menyimpan dan membelanjakan matawang kripto. Setiap wallet menyimpan private key yang anda perlukan untuk mendapatkan alamat menerima matawang kripto. Alamat ini akan dipaparkan bersama kod QR dan boleh diimbas oleh orang lain untuk menghantar bitcoin ke wallet anda.

Penulis banyak fokus kepada wallet yang boleh menyimpan Bitcoin. Biasanya, bagi matawang kripto yang lain, anda boleh dapatkan wallet terus daripada laman web yang mencipta matawang kripto tersebut. Jika ada wallet Bitcoin yang juga menerima matawang kripto lain, penulis akan menambahnya di bawah.

Wallet matawang kripto datang dalam pelbagai bentuk, termasuklah desktop wallet, mobile wallet, online wallet dan lain-lain. Setiap cara mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Di bawah penulis akan menerangkan setiap wallet secara terperinci.

Menyimpan Bitcoin di servis pertukaran atau online wallet

Kebiasaannya exchanger atau platform pertukaran seperti Remitano, Coinexy dan Luno mempunyai wallet Bitcoin mereka sendiri. Begitu juga laman web lain seperti Cryptonator, blockchain.info, Strongcoin, Coinbase dan sebagainya.

EXMO affiliate program

Online wallet merupakan pilihan yang paling popular dalam kalangan pengguna yang baru. Pengguna boleh membeli Bitcoin dan Bitcoin akan terus dimasukkan ke dalam wallet di laman web yang sama. Namun begitu, cara ini agak berbahaya kerana anda tidak mempunyai sepenuh kuasa atas Bitcoin anda. Kebanyakkan online wallet memegang private key anda. Jika laman web digodam, terdapat risiko kehilangan Bitcoin atau akaun anda ditutup tanpa sebab dan simpanan anda diambil oleh syarikat online wallet itu sendiri.

Contoh online wallet adalah seperti Coinomi dan ianya amat popular dalam kalangan pengguna kerana mempunyai lebih 60 jenis pilihan matawang kripto yang boleh disimpan dalam wallet tersebut.

Menyimpan Bitcoin di mobile wallet

Cara ini juga adalah cara yang agak popular, lebih-lebih lagi bagi pengguna baru. Antara online wallet yang menjadi pilihan ramai adalah blockchain.info (iOS & Android), copay (iOS & Android), breadwallet (iOS) dan mycelium (Android). Baru-baru ini blockchain.info telah mengumumkan pengguna boleh menerima/menghantar Ether dari wallet mereka.

Kelebihan menggunakan mobile wallet adalah anda boleh membawa Bitcoin anda ke mana sahaja anda pergi. Jika anda akan selalu menerima dan menghantar Bitcoin, cara ini adalah cara yang paling mudah dan sesuai. Tetapi kelemahan cara ini adalah private key anda disimpan oleh organisasi yang memiliki mobile wallet ini. Jika anda ingin menyimpan jumlah Bitcoin yang banyak, cara yang lebih selamat adalah dengan menggunakan offline wallet atau hardware wallet.

Menyimpan Bitcoin di desktop wallet

Jika anda sudah mempunyai klien Bitcoin asal iaitu Bitcoin Core, ini bermakna anda sudah menggunakan wallettanpa pengetahuan anda. Software ini membolehkan anda mencipta alamat Bitcoin untuk menghantar dan menerima Bitcoin, dan juga menyimpan private key  dalamnya. Private key disimpan dalam desktop anda dan tidak didedahkan online. Desktop wallet lain termasuklah Electrum, MultiBit,  Exodus, Agama (ya, betul agama), dan Jaxx.

Tambahan pula, bergantung kepada desktop wallet pilihan anda, dan bagaimana anda memasangnya, anda boleh membuat transaksi secara anonymous. Ini kerana email dan alamat IP anda tidak dikaitkan dengan wallet anda. Kelemahannya ialah jika komputer anda dijangkiti malware yang mencuri Bitcoin, anda mungkin akan kehilangan kesemua bitcoin anda.

Kebanyakan matawang kripto lain juga menggunakan desktop wallet kerana ia lebih selamat. Contohnya, Stratis, Dash dan Litecoin.

Menyimpan Bitcoin di hardware wallet

Antara cara yang paling selamat dan direkomen untuk menyimpan Bitcoin ataupun matawang kripto lain adalah dalam hardware wallet. Antara pilihan wallet jenis ini adalah Trezor, KeepKey, dan Ledger. Kelebihan hardware wallet adalah ia menyokong beberapa matawang kripto lain selain Bitcoin.

Dan sama seperti desktop wallet, cara ini membolehkan anda membuat transaksi matawang kripto secara anonymous kerana tiada maklumat peribadi di dalam device itu. Malware juga sukar untuk melepasi sekuriti yang telah dipasang dalam hardware tersebut untuk mencuri matawang kripto anda.

Selain daripada itu, anda boleh mendapatkan kembali simpanan anda sekiranya hardware wallet anda hilang atau dicuri dengan mengikuti langkah-langkah yang telah ditetapkan. Penulis ada membuat review tentang wallet Ledger Nano S, dan anda boleh membacanya di sini.

Menyimpan Bitcoin di paper wallet

Satu lagi cara menyimpan bitcoin adalah paper wallet. Cara ini tidak begitu popular kerana anda perlu betul-betul memahami protokol untuk menyimpan Bitcoin. Anda boleh mendapatkan paper wallet di laman web Bitcoinpaperwallet.com, yang juga menyediakan garis panduan untuk menggunakannya. Anda boleh membuat paper wallet ini secara offline dengan cara menutup wifi anda ketika dalam proses. Paper wallet boleh disimpan di mana-mana sahaja. Kelebihan lain adalah cara ini 100% anonymous kerana setiap paper wallet tidak meyimpan apa-apa maklumat peribadi di dalamnya, hanya jumlah Bitcoin sahaja.

Jadi, buat lah pilihan yang betul untuk menyimpan Bitcoin atau matawang kripto anda. Lebih-lebih lagi dengan nilai Bitcoin yang kian melonjak naik, keselamatan Bitcoin anda adalah paling utama.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads