Inilah masa untuk Anda membuat Transaksi Bitcoin!

Tahu tak berapa yuran transaksi Bitcoin hari ini? Menurut laman web bitinfocharts.com, purata yuran transaksi pada hari ini adalah USD$2. Tahukah anda ini adalah penurunan yang sangat drastik daripada setinggi USD$55.16 pada bulan Disember 2017 yang lalu?

 

Ramai yang beranggapan penurunan yuran transaksi Bitcoin adalah kerana implementasi protokol Segwit. Ingat lagi tentang Segwit atau Segwit2x? Pada awal penciptaan Bitcoin, setiap blok dalam rangkaian Bitcoin boleh memindahkan data lebih 36MB setiap blok. Tetapi pada tahun 2010, kapasiti ini dikurangkan kepada 1MB untuk mengurangkan serangan spam dan DoS. Beberapa tahun kemudian, apabila Bitcoin menjadi lebih popular dalam kalangan pengguna, transaksi yang bertambah secara drastik menyebabkan rangkaian Bitcoin terbeban dan kadar transaksi menjadi semakin perlahan. Pada masa sama yuran transaksi semakin meningkat.

Mengapa?

Ini adalah kerana Bitcoin adalah sebuah software yang memerlukan ribuan komputer yang menguruskan rangkaian Bitcoin berjalan dengan lancar. Untuk memastikannya, terdapat had untuk jumlah transaksi yang boleh diproses setiap suatu tempoh (10 minit). Memandangkan yuran transaksi adalah seolah-olah gaji bagi miners, pengguna perlu membayar yurang yang lebih untuk memberi insentif kepada miners untuk memproses transaksi mereka sewaktu kesesakan berlaku dalam Blockchain.

Yuran transaksi Bitcoin sudah meningkat sejak Disember 2017, semasa Bitcoin meraih populariti dalam kalangan pengguna. Rekod tertinggi yuran transaksi Bitcoin adalah pada bulan 22 Disember 2017, sewaktu Bitcoin mencatatkan harga tertinggi pada USD$19,000. Kemudian kita dapat melihat yuran transaksi Bitcoin semakin menurun daripada USD$32 kepada USD$2 pada waktu penulisan.

Implementasi Segwit atau sebab lain?

Kebanyakan sentimen beranggapan penurunan yuran transaksi adalah kerana implementasi Segwit pada blok ke-481,824. Fork ini telah melahirkan Bitcoin Cash, yang dicipta oleh sekumpulan developers yang menentang protokol Segwit. Baru-baru ini platform pertukaran popular Coinbase dan Bitfinex mengumumkan bahawa mereka akan mula pelancaran protokol Segwit dalam operasi mereka.

Menurut Bitfinex, melalui implementasi protokol Segwit, platform pertukaran itu ingin menyelesaikan tiga isu besar Bitcoin; yuran transaksi, kadar transaksi dan keseluruhan kapasiti rangkaian Bitcoin. Kenyataan Bitfinex adalah benar. Protokol Segwit boleh mengurangkan yuran transaksi kerana ia menambah kapasiti blok untuk menerima lebih banyak transaksi.

Satu lagi kemungkinan penurunan yuran transaksi Bitcoin adalah harga yurang yang sangat tinggi menyebabkan platform pertukaran yang memproses jumlah transaksi Bitcoin yang besar implementasi teknologi yang dipanggil batching, dimana transaksi digabungkan menjadi satu, untuk menambah ruang dalam blok. Antara pertukaran yang menggunakan teknologi ini adalah Coinbase, dan juga Shapeshift.

Tapi bukan itu sahaja. Satu lagi penjelasan mengapa yuran transaksi Bitcoin jatuh adalah mudah: jumlah transaksi Bitcoin semakin berkurangan. Kita boleh lihat dengan mudah dalam graf di bawah:

Jumlah transaksi Bitcoin pada waktu penulisan hanya dalam lingkungan 183,000, berbanding hampir 500,000 transaksi pada bulan Disember yang lalu. Jumlah transaksi yang berkurang ini boleh disebabkan senntimen negatif tentang Bitcoin ataupun yuran transaksi yang terlalu tinggi menyebabkan ramai pengguna mencari alternatif yang lebih murah daripada Bitcoin. Ia juga boleh berlaku kerana sebab-sebab di atas.

Apapun yang berlaku, yuran transaksi yang rendah buat masa ini mungkin menggembirakan pengguna, tetapi dalam jangka masa panjang mungkin tidak sustainable untuk miners. Ini adalah kerana ia mungkin tidak mencukupi untuk mengurangkan kos perbelanjaan miners yang merupakan tulang belakang rangkaian Blockchan Bitcoin. Ini adalah sebab utama mengapa keseimbangan antara yuran transaksi dan permintaan terhadap Bitcoin sangat penting untuk menarik pengguna kepada Bitcoin dan pada masa yang sama memberi sokongan kepada miners yang menanggung perbelanjaan di dunia sebenar untuk memproses transaksi.

Buat pengguna di luar sana, inilah masanya untuk anda membeli Bitcoin yang masih lagi menurun harganya pada kadar yuran transaksi yang murah. Kita tidak tahu sehingga bila ia akan berkekalan.

 

HashFlare