Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

3 Teras Utama Teknologi Blockchain Yang Mesti Anda Hadam Elok-elok

Para pembaca yang baru mengenali teknologi blockchain pasti akan serabut memikirkan pelbagai perkataan baru yang sukar mereka fahami, dan juga istilah-istilah pelik yang pertama kali mereka kenali. Jangan risau, di sini saya akan cuba memberi pencerahan berkenaan apa sebenarnya 3 teras utama teknologi blockchain dan saya akan membawa contoh mudah untuk menerangkan tiga teras teknologi blockchain ini.

  1. Public Key dan Private Key Cryptography

Teras pertama adalah public key dan private key cryptography. Istilah cryptography sahaja pun pasti ramai yang tergeliat lidah untuk menyebutnya, tetapi pada dasarnya cryptography adalah berkenaan keselamatan berkomunikasi antara dua pihak. Manakala konsep public keys dan private keys adalah salah satu cabang dalam aplikasi cryptography.

Secara ringkas, kita dapat bayangkan public key ini sebagai suatu mangga, dan private key adalah kunci. Penerima akan menghasilkan public key dan private key, dan penerima akan menghantar public key kepada si penghantar. Si penghantar akan mengunci maklumat yang ingin dihantar menggunakan public key penerima. Maka hanya si penerima sahaja yang dapat membuka maklumat tersebut, kerana si penerima mempunyai kunci (private key) terhadap mangga (public key) itu. Hanya dengan penggunaan kombinasi private key dan public key yang betul sahaja akan membolehkan data dapat diakses.

Applikasi yang menggunakan private key cryptography ini sebenarnya sudah meluas, seperti dalam pelbagai jenis applikasi email, laman web dan juga digunakan secara meluas dalam pelbagai protokol Internet.

Ilustrasi operasi Public Keys Cryptography dalam menjamin keselamatan data
  1. Peer-to-Peer Communication

Jika perkara di atas menjamin keselamatan dalam komunikasi di antara dua pihak, maka peer-to-peer communication pula menjamin keselamatan komunikasi di antara banyak pihak. Dalam stuktur biasa di internet, model serverclient adalah popular dan digunakan oleh banyak website. Namun sistem in boleh menjadi tidak selamat kerana terdedah kepada risiko cyber attack. Dalam sistem server and client networking, kelemahan utamanya adalah disebabkan ia adalah sistem yang berpusat (centralized) maka kelemahan utamanya adalah single point of failure, iaitu dengan menyerang server, sistem network dapat dilumpuhkan dengan mudah.

Peer-to-peer network adalah satu sistem network di mana setiap komputer di dalam sistem peer-to-peer network berfungsi sebagai client dan juga server pada masa yang sama. Maka, peer-to-peer network lebih selamat dari segi keselamatannya kerana dalam sistem ini, tiada single point of failure, maka sistem ini adalah lebih kuat berbanding sistem server and client. Namun, jangan disangka peer-to-peer network ini tiada kelemahan. Kelemahan utama sistem ini pula ialah jika majoriti daripada sistem ini dilumpuhkan atau dimanipulasi, maka sistem ini akan gagal. Peer-to-peer network juga turut digunakan secara meluas, terutamanya dalam perkhidmatan filesharing dan multimedia.

Perbezaan antara Server and Client Network dan Peer-to-peer network
  1. Blockchain Concensus Protocol

Blockchain consensus protocol pula adalah suatu sistem di mana pengesahan data dilakukan di dalam teknologi blockchain. Terdapat pelbagai jenis blockchain consensus protocol, di mana proof-of-work adalah blockchain consensus protocol yang paling popular. Proof-of-work adalah lebih dikenali kerana untuk pengesahan sesuatu data, aktiviti mining perlu dilaksanakan oleh miner. Terdapat pelbagai alternatif lain selain proof-of-work, antaranya adalah proof-of-stake, proof-of-capacity, dan proof-of-activity.

Tujuan blockchain consensus protocol adalah untuk memastikan hanya satu versi data sahaja yang benar, dan dapat mengelakkan berlakunya transaksi yang tidak sah di dalam blockchain. Pelbagai insentif diberikan dan direka dalam blockchain concensus protocol untuk memberikan ganjaran kepada peserta di dalam blockchain network untuk memastikan data adalah benar. Contoh yang paling mudah adalah peserta yang menjadi pengesah kepada transaksi Bitcoin akan diberikan jumlah Bitcoin berdasarkan tahap kesukaran aktiviti mining. Hukuman juga mungkin dikenakan terhadap peserta di dalam blockchain network yang cuba menipu pengesahan data, seperti yang masih dicuba oleh Ethereum dalam perubahan protokolnya dari proof-of-work kepada proof-of-stake.

Pelbagai eksperimen masih dijalankan untuk mencipta blockchain consensus protocol yang pelbagai demi memenuhi keperluan masing-masing, dan ini adalah merupakan peluang inovasi dalam teknologi blockchain.

Kesimpulan

Jika anda ditanya berkenaan teknologi blockchain, ingatlah bahawa segala kerumitan dan keserabutan dalam teknologi blockchain hanya dapat diselesaikan dengan menghadamkan tiga teras yang saya sebutkan secara ringkas di atas tadi. Jika anda memahami ketiga-tiga teras tersebut secara mendalam, percayalah anda sudah mendapat kefahaman yang cukup untuk terus meneroka teknologi blockchain dengan lebih mudah.

Selamat mengkaji.

 

Rujukan

https://bitsonblocks.net/2015/09/09/a-gentle-introduction-to-blockchain-technology/

https://www.coindesk.com/information/how-does-blockchain-technology-work/

https://medium.com/@vrypan/explaining-public-key-cryptography-to-non-geeks-f0994b3c2d5

 

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.