Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

ARK Bercita-cita untuk menghubungkan Matawang Kripto antara Satu Sama Lain

Artikel kali ini akan membincangkan tentang sebuah blockchain cryptocurrency yang agak menarik dan berlainan iaitu Ark. Ianya merupakan sebuah idea daripada pemaju atau developers utama kepada Lisk iaitu matawang kripto Berlin yang popular dimana pada waktu penulisan ini, Lisk sedang menduduki tempat ke-17 di dalam Top 100 Cryptocurrency Market Capitalizations.

Seperti cryptocurrency yang lain, Ark mempunyai token tersendiri iaitu ARK dan kedudukannya di dalam Top 100 Cryptocurrency Market Capitalizations adalah pada tempat ke-47. Harga bagi satu unit ARK pada ketika ini adalah USD8.31 atau RM 33.24, naik dua kali ganda daripada harga pada bulan November yang lalu. Objektif Ark dicipta adalah untuk menyatukan pelbagai network atau rangkaian blockchain yang sebelum ini tidak compatible atau sesuai. Dengan kata lain, Ark menyediakan sebuah platform dimana teknologi blockchain lebih mudah diakses oleh pengguna dengan membina jambatan di antara rangkaian-rangkaian blockchain yang berbeza untuk digunakan secara serentak. Contohnya, dua rangkaian blockchain yang berbeza iaitu Bitcoin dan Ethereum boleh diakses melalui Ark.

 

Apa yang menarik tentang Ark?

  1. Sistem SmartBridge

 

Tanpa projek seperti Ark, coin seperti Bitcoin, Ethereum dan Lisk tidak dapat beroperasi di dalam blockchain yang sama disebabkan ketidakserasian teknologi. Oleh itu, Ark berpotensi untuk merevolusikan pasaran cryptocurrency kerana ia mempunyai kelebihan yang istimewa iaitu sistem SmartBridge yang berupaya untuk menyambung dan berkomunikasi sesama blockchain. Dengan teknologi ini, setiap coin menjadi lebih berkuasa dimana setiap aplikasi yang dihasilkan pada mana-mana blockchain mempunyai potensi untuk mencapai komuniti yang lebih besar. Bitcoin juga boleh mendapatkan fungsi setiap altcoin melalui token blockchain Ark. Secara ringkas, Ark membenarkan sesebuah aplikasi digunakan di luar batas blockchain mereka sendiri. Sebagai contoh, jika anda mahu menghantar Bitcoin kepada seseorang, anda hanya perlu menghantar ARK di mana sistem SmartBridge akan bertanggungjawab dalam memproses dan convert token ini pada BTC.

 

  1. Kelajuan transaksi yang sangat laju

 

Laman web rasmi Ark menyatakan core Ark dikonfigurasikan untuk menghasilkan transaksi dengan kelajuan ultra iaitu ia hanya mengambil block times atau blok masa selama lapan saat sahaja!

 

  1. Skalabiliti yang lebih tinggi

 

Ini bermakna lebih banyak transaksi boleh berlaku dalam masa sesaat dan infrastrukturnya mampu mengekalkan kelajuan pemprosesan yang mengagumkan.

 

 

  1. Konsensus DPoS (Delegated Proof of Stake) yang lain daripada lain

 

Projek Ark dijalankan mengguna cara yang demokratik iaitu ianya menyediakan sistem pengundian yang lebih decentralized daripada model konsensus DPoS (Delegated Proof of Stake) yang lain. Cara pengundiannya adalah adil dan tidak berat kepada sesuatu undi sahaja di mana voting weight atau berat pengudian dibahagikan kepada semua undi dan bukannya memberi 100% weight atau berat kepada setiap undi. Ini menjadikannya mustahil untuk seseorang melakukan pengambilalihan seluruh network atau rangkaian.

 

  1. Pengklonan Ark

Pengklonan Ark dapat dilaksanakan dengan mudah di mana hanya dengan beberapa klik sahaja, anda boleh mencipta projek blockchain anda sendiri dan anda boleh mengkonfigurasinya mengikut citarasa masing-masing tanpa menjadi atau memerlukan seorang coding expert. Secara tidak langsung, blockchain anda akan terus mengaplikasikan sistem SmartBridge dan disambung terus ke mainchain atau chain utama Ark.

 

Kesimpulan

Tidak dinafikan bahawa Ark mempunyai potensi yang sangat tinggi dalam merevolusi pasaran cryptocurrency. Setakat ini, Ark mengusahakan projek Interplanetary File System (IFPS); ianya seperti Dropbox tetapi decentralized, card network atau rangkaian kad di mana smartcards seperti kad kredit dan peranti NFC (NFC devices) sama seperti pembayaran Bluetooth antara telefon bimbit dan sebagainya.

 


 

 

Maklumat tentang ARK

Nama coin : ARK
Penanda coin : Ark
Konsep : Bridging Blockchains via SmartBridge
Jumlah bekalan : 125,000,000
Peruntukan kepada pencipta : 18,750,000
Untuk diedar : 93,750,000
Lead developer : François-Xavier Thoorens
Kelajuan transaksi : 8 saat
Protokol konsensus : Delegated Proof of Stake (DPOS) 51 Delegates
Pre-mine : Tidak

Nilai pada 12 Januari 2018
Modal pasaran (USD) : $849,190,071
Harga (USD) : $8.67
Nilai (BTC) : 0.000602305
Rank (coinmarketcap) : 47

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.