Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Hyperledger: Inisiatif Teknologi Blockchain untuk Syarikat

Kalau anda rajin membaca tentang teknologi Blockchain dan juga mengikuti persidangan Blockchain, anda mesti pernah mendengar tentang Hyperledger. Anda tidak pernah dengar tentang Hyperledger? Jangan risau, dalam post ini penulis akan memperkenalkan anda kepada inisiatif Hyperledger yang telah bermula dengan syarikat ternama Linux Foundation.

1 Apa itu Hyperledger? Matawang krypto baru?

Apa itu Hyperledger? Matawang krypto baru?

Tidak sama sekali. Hyperledger bukan satu matawang krypto baru mahupun Blockchain. Ia juga bukan sebuah syarikat walaupun ia bermula dari Linux Foundation. Menurut laman web

Linux Foundation menubuhkan platform Hyperledger pada Disember 2015 dan pada bulan February 2016, syarikat itu memperkenalkan 30 rakan kongsi yang berkerjasama menubuhkan Hyperledger, termasuk nama-nama besar seperti ABN AMRO, Accenture, ANZ Bank, Blockchain, BNY Mellon, Calastone, Cisco, CLS, CME Group, ConsenSys, Credits, The Depository Trust & Clearing Corporation (DTCC), Deutsche Börse Group, Digital Asset Holdings, Fujitsu Limited, Guardtime, Hitachi, IBM, Intel, IntellectEU, J.P. Morgan, NEC, NTT DATA, R3, Red Hat, State Street, SWIFT, Symbiont, VMware dan Wells Fargo.

Pada hari ini, pertubuhan ini mempunyai lebih 100 ahli dari seluruh dunia yang menyumbang kepada inisiatif ini. Badan eksekutif Hyperledger terdiri daripada 10 orang pegawai eksekutif yang mempunyai pengalaman yang banyak dalam teknologi Open Source dan juga hubungan rapat dengan ketua-ketua dalam pelbagai industri. Pengarah Eksekutif Hyperledger, Brian Behlendorf merupakan developer utama yang mencipta Apache Web server, dan juga salah seorang pengasas Apache Software Foundation. Lembaga Pentadbir pula terdiri daripada pegawai-pegawai eksekutif daripada syarikat-syarikat yang menjadi ahli Hyperledger. 

Tidak menyokong Bitcoin atau matawang krypto

Berbeza dengan kebanyakan projek yang kita lihat melancarkan ICO, Hyperledger tidak mempunyai token mereka sendiri. Menurut Brian Behlendorf juga, Hyperledger tidak akan mengeluarkan Hyperledger coin. Ini adalah kerana pertubuhan ini untuk mengelakkan cabaran berkaitan politik untuk mengurus matawang krypto, memandangkan ahli-ahli Hyperledger dari pelbagai industri serata dunia.

Hyperledger juga tidak menyokong Bitcoin dan matawang krypto lain dan hanya fokus kepada perkembangan teknologi Blockchain. Hyperledger percaya teknologi Blockchain mempunyai potensi untuk mencipta aplikasi transaksi yang sejajar dengan generasi baru, membolehkan kepercayaan dan ketelusan dibina sebagai asas mana-mana syarikat, pada masa sama melancarkan proses perniagaan dan undang-undang.

Infrasturuktur Hyperledger

Infrastruktur Hyperledger dibina berdasarkan prinsip asas teknologi Blockchain dan lebih kepada mengembangkan penggunaan teknologi tersebut dalam proses perniagaan yang sedia ada. Namun begitu, melihat kepada gambaran di atas mungkin agak kurang jelas tentang apa sebenarnya yang dijalankan oleh pertubuhan ini, jadi mari kita lihat projek-projek Hyperledger.

Projek-projek naungan Hyperledger

Menurut laman web Hyperledger, terdapat empat projek yang sedang dijalankan dan satu yang akan dilancarkan dalam masa terdekat.

Setiap projek di atas diketuai oleh syarikat yang berbeza. Hyperledger Sawtooth dibina oleh Intel, Hyperledger Iroha pula diketuai oleh sekumupulan syarikat Jepun dan Hyperledger Fabric adalah projek IBM. Selain daripada projek-projek besar ini, Hyperledger juga menyediakan aplikasi yang membolehkan perniagaan mendapat akses kepada perkembangan teknologi Blockchain dengan mudah dan efektif. Antara aplikasi tersebut adalah:

  • Cello – model blockchain-as-a-service
  • Composer – aplikasi untuk membina rangkaian perniagaan berdasarkan Blockchain
  • laman web untuk melihat, membuat pertanyaan dan menjalankan transaksi dan maklumat berkaitan Blockchain
  • Indy – koleksi aplikasi, rujukan dan komponen identiti digital bersandarkan Blockchain

Projek Sawtooth oleh Intel

Mari kita lihat projek ini dengan lebih mendalam. Sawtooth adalah koleksi aplikasi Blockchain, atau modular blockchain suite yang ditulis menggunakan Python dan direka bentuk untuk penggunaan syarikat dari pelbagai sektor.

Sumber: http://intelledger.github.io/introduction.html

Protokol konsensus yang digunakan oleh projek ini dinamakan Proof-of-Elapsed-Time (PoET). Protokol ini menggunakan arahan CPU yang terdapat dalam processor terbaru Intel. Melalui arahan CPU, protokol PoET membolehkan nod “ketua” dipilih secara rawak untuk membentuk blok baru, seperti dalam mining Bitcoin, tetapi tanpa menggunakan peralatan mining. Dalam PoET, nod dipilih berdasarkan masa tunggu (wait time) yang diminta menggunakan arahan CPU tadi. Algoritma dalam PoET lebih kepada cabutan bertuah yang membolehkan miner membentuk blok baru.

Antara aplikasi yang ditawarkan dalam suite Sawtooth adalah proses pembinaan dan penghataran transaksi secara berkumpulan. Pengesahan transaksi melalui PoET menyelesaikan masalah pengesahan transaksi yang bergantung sesama sendiri. Fungsi lain yang ditawarkan Sawtooth termasuk merekod data dalam proses supply chain, pemindahan pinjaman antara syarikat dan juga pengurusan aset digital.

Projek Fabric oleh IBM

Projek Hyperledger yang lebih popular adalah Fabric. Fabric yang diketuai IBM adalah suatu infrastruktur yang membolehkan beberapa Blockchain dibina dan dikembangkan. Fabric direka bentuk untuk menyediakan rangka kerja di mana setiap syarikat boleh membina rangkaian Blockchain tersendiri mengikut keperluan syarikat itu.

Fabric adalah antara projek Blockchain pertama yang membolehkan pembahagian kerja antara nod. Seperti yang kita tahu dalam aktiviti mining Bitcoin, setiap miner akan bersaing untuk menyelesaikan masalah algoritma, membentuk blok dan membuat pengesahan transaksi pada masa yang sama. Projek Fabric memisahkan protokol ini kepada dua bahagian; “Endorsers” dan “Consensus Nodes”. Endorsers akan membina, mengesahkan dan menghantar transaksi dan chaincode, dan Consensus Nodes pula akan menyusun transaksi yang sudah disahkan tadi. Ini menjadikan keseluruhan sistem Fabric lebih cekap dan efektif dalam proses transaksi.

Antara fungsi Fabric adalah membenarkan pengguna membina aset digital mereka sendiri, dan mengetepikan transaksi dan lejar. Chaincode Smart Contract Fabri yang mempunyai infrastruktur sama seperti Ethereum digunakan untuk memastikan hanya pihak yang terlibat mempunyai akses kepada aset-aset ini. Ciri-ciri yang ditawarkan projek Fabric ini menjadikan ia pilihan banyak syarikat besar yang mementingkan fleksibiliti dan kebolehan untuk perkembangan dalam proses perniagaan.

2 Kesimpulan

Inisiatif Hyperledger dilihat sangat penting khususnya dalam perniagaan tradisional yang diketuai syarikat-syarikat besar dunia. Memandangkan teknologi Blockchain semakin diterima ramai sebagai teknologi generasi akan datang, tidak menghairankan apabila syarikat-syarikat yang sudah lama ditubuhkan ingin menggunakan teknologi ini untuk mengembangkan syarikat mereka.

Baru-baru ini syarikat pangkalan data besar Oracle dan syarikat perkhidmatan teknologi maklumat yang berpusati di India telah menyertai Hyperledger. Hyperledger juga telah mengumumkan penyempurnaan protokol terbaru mereka, Proof-of-Concept yang dinamakan Sawtooth Ethereum atau Seth. Protokol ini akan membolehkan penggunaan smart contract Ethereum dalam projek Hyperledger Sawtooth.

 

 

 

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads