Default – Above Header Ads

Berita Terkini Dunia Matawang Kripto 13 November 2017 (I)

Ujian Integrasi Lightning Network Menunjukkan Penambahbaikan Yang Memberangsangkan

Lightning Network, salah satu implementasi untuk meningkatkan keupayaan transaksi Bitcoin telah menunjukkan 90% daripada ujian yang dilaksanakan telah berjaya berbanding sebelum ini yang hanya berada di tahap 62%.

Jika perlaksanaan Lightning Network ini berjaya diimplementasi sepenuhnya, ini akan menjadikan Bitcoin mampu melakukan transaksi berkelajuan tinggi dan dalam jumlah yang banyak. Ini menjadikan transaksi Bitcoin lebih pantas untuk diproses dan akan menjadi daya penarik masyarakat untuk menggunakan Bitcoin.

Sumber:

https://cdecker.github.io/lightning-integration/

Ethereum Terus Melakukan Penambahbaikan Walaupun Berlaku Pertelingkahan Berkenaan Halatuju Bitcoin

Pembatalan SegWit2x telah menjadikan dunia kewangan digital kucar-kacir, namun Ethereum masih meneruskan momentum prestasinya tanpa terjejas. Laporan terbaru daripada Ethereum Foundation menunjukkan bahwa Ethereum memproses 44 peratus lebih banyak transaksi berbanding Bitcoin blockchain. Dan jumlah transaksi yang belum selesai untuk Ethereum adalah stabil pada tahap 30 hingga 300, berbanding Bitcoin di kadar 39,000 hingga 47,000.

Pengenalan protokol ZK-STARK juga menunjukkan Ethereum mampu untuk menjaga keselamatan sistem Ethereum daripada serangan komputer kuantum, setelah ZK-SNARK, protokol sebelumnya dikritik kerana terdedah kepada serangan komputer kuantum.

Dengan keadaan jumlah transaksi yang meningkat, kelajuan transaksi yang tinggi, dan pengunaan yang berkembang, Ethereum akan menunjukkan perkembagan yang pesat dalam bulan yang mendatang.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/ethereum-continues-improvements-amid-bitcoin-bickering

Pengawal Selia Terbesar Kewangan German Memberi Amaran Kepada Risiko ICO

Dalam kenyataan dari Federal Financial Supervisory Authority (BaFin), ICO mempunyai risiko yang sangat tinggi untuk tujuan pelaburan kerana ia adalah berbentuk spekulasi. Para pelabur mesti bersedia terhadap kemungkinan untuk kehilangan semua pelaburan mereka. Disebabkan dunia kewangan digital ini masih baru, cepat berkembang dan menarik minat masyarakat, maka ICO ini juga menjadi tumpuan kes-kes penipuan.

Seterusnya, BaFin menyuruh para pelabur untuk memahami sepenuhnya kelebihan dan risiko yang mereka ambil. Para pelabur perlu banyak soalan dan mengesahkan maklumat berkenaan projek pelaburan yang mereka laburkan itu daripada sumber yang pelbagai dan tidak berkepentingan terhadap pelaburan itu.

Sumber:

https://www.bafin.de/SharedDocs/Veroeffentlichungen/EN/Meldung/2017/meldung_171109_ICOs_en.html

Sektor Insurans Eropah Mula Menggunakan Blockchain Untuk Melindungi Data Pelanggan

14 daripada syarikat insurans di Eropah telah bekerjasama dengan Deloitte dan firma-firma lain dengan tujuan pembinaan sistem untuk melindungi data pelanggan menggunakan teknologi blockchain.

Tujuan menggunakan teknologi blockchain adalah kerana sistem blockchain mampu melindungi data pelanggan dengan lebih selamat berbanding teknologi lain. Ini juga adalah usaha sector insurans di Eropah untuk mematuhi undang-undang General Data Protection Regulation (GDPR), di mana denda yang berjumlah besar akan dikenakan jika keselamatan data pelanggan tidak dijaga.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/european-insurance-sector-adopting-blockchain-to-protect-data

 

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.