Default – Above Header Ads

Berita Terkini Dunia Matawang Kripto 16 November 2017

Nilai Bitcoin Kini Sudah Kembali Melebihi USD 7K (RM 29,239)

Setelah harga Bitcoin yang huru-hara pada hujung minggu lepas, harga Bitcoin kini sudah stabil dengan harga melebihi USD 7,000 (RM 29,239).

Manakala harga Bitcoin Cash sudah kehilangan memontum kerana sudah berkurang harganya di pasaran, kini berada kurang daripada USD 1,200 (RM 5012).

Sumber:
https://cointelegraph.com/news/bitcoin-is-back-above-7k-bitcoin-cash-slumps

Ramai Rakyat Singapura Mengambil Peluang Aktiviti Cryptocurrency Mining
Disebabkan peningkatan kepopularan Bitcoin dan wata wang digital yang lain, rakyat Sigapura mula menyertai cryptocurrency mining. Telah berlaku peningkatan yang mendadak dalam hasil jualan mining rig di Singapura.

Selain itu, peningkatan juga dapat dilihat dengan mendadak dari segi penyertaan masyarakat Singapura di dalam cryptocurrency exchange, seperti pertumbuhan dua digit yang diperolehi oleh Coinhako dan Quoine, cryptocurrency exchange yang diasaskan di Singapura.

Sumber:
https://cointelegraph.com/news/singaporeans-turn-to-bitcoin-mining-phenomenal-increase-in-mining-rig-sales
http://www.channelnewsasia.com/news/business/more-singaporeans-riding-on-cryptocurrency-wave-on-soaring-9399854

EXMO affiliate program

Simposium Blockchain Oman Menunjukkan Pertumbuhan Penerimaan Teknologi Blockchain

Simposium Blockchain Oman pada minggu lepas telah menunjukkan bahawa teknologi blockchain mempunyai tarikan yang hebat apabila symposium ini adalah perhimpunan perniagaan yang paling besar di Oman. Simposium ini juga dihadiri hampir kesemua ahli kabinet kerajaan (22 menteri) dalam upacara pembukaan.

Pelbagai pihak swasta dan kerajaan telah berbincang berkenaan potensi teknologi blockchain yang telah disampaikan oleh pelbagai pihak yang berkaliber dalam bidang masing- masing.

Sumber:
https://cointelegraph.com/news/oman-blockchain-symposium-indicates-adoption-growth

Gergasi Hedge Fund Akan Memulakan Perdagangan Bitcoin

Man Group, gergasi hedge fund yang bertapak di UK akan menyertai dalam pemerdagangan Bitcoin jika cadangan CME Group untuk membuka futures exchange untuk Bitcoin diluluskan.

Ini menunjukkan Bitcoin sudah mula diterima oleh pelabur-pelabur konvensional dan menunjukkan Bitcoin adalah asset yang bernilai. Ini juga akan membuka jalan kepada pelabur-pelabur runcit untuk melabur di dalam Bitcoin menggunakan institusi pelaburan konvensional.

Sumber:
https://cointelegraph.com/news/massive-hedge-fund-likely-to-begin-trading-bitcoin
https://www.reuters.com/article/us-investment-summit-man-group/man-group-says-bitcoin-futures-would-draw-it-toward-cryptocurrencies-idUSKBN1DE232

Securekey Akan Melancarkan Sistem Identiti Digital Menggunakan Blockchain IBM

SecureKey, sebuah startup dari Kanada telah melancarkan sistem identiti digital berasaskan blockchain. Sistem ini akan membolehkan pelanggan mereka mengesahkan identiti menggunakan telefon bimbit, dan alatan berasaskan Windows kepada pihak kerajaan, bank dan pembekal telekomunikasi mereka.

Ujar Greg Wolfond, Ceo SecureKey, sistem ini membolehkan pelanggan mereka mengawal maklumat mereka daripada dimanipulasi penggodam kerana maklumat mereka kini adalah decentralised. Ini memudahkan pelanggan membuktikan identiti mereka, dan menyukarkan penggodam untuk menyamar.
Usaha ini telah menerima pelaburan sebanyak $30 juta Dollar Canada dari pelbagai firma kewangan di Kanada.

Sumber:
https://www.coindesk.com/securekey-taps-ibm-blockchain-for-digital-identity-system-launch/

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.