Default – Above Header Ads

Berita Terkini Dunia Matawang Kripto 17 November 2017

Harga Bitcoin Kini Menghampiri $8,000 (RM 33,380)

Harga Bitcoin kini telah mencapai harga USD 7,925 (RM 33,068) pada masa penulisan ini. Ini merupakan harga tertinggi yang pernah dicapai Bitcoin dalam sejarah Bitcoin.

Ini adalah mengejutkan kerana beberapa hari dahulu, harga Bitcoin telah menjunam kepada hanya sekitar $6,000 (RM 25,035) disebabkan pengumuman Bitcoin Cash akan menggantikan Bitcoin.

Sumber:
https://coinmarketcap.com

KPMG, Firma Perakaunan “Big Four’ Sertai Gagasan Penyokong Blockchain

Salah satu daripada empat firma terbesar perakaunan dunia, KPMG telah menjadi ahli terbaru Wall Street Blockchain Alliance (WSBA). Dalam kenyataan Eamonn Maguire, ketua kepada KPMG Digital Ledger Services, beliau mengatakan bahawa teknologi blockchain dalam proses untuk matang, dan mumpunyai masa depan yang sangat cerah untuk memberi impak yang besar di dalam industri kewangan.

Ron Quaranta, Pengerusi WSBA pula berkata bahawa dia mempunyai harapan yang tinggi dalam bekerjasama dengan KPMG, dan berharap kerjasama ini berjaya untuk mengaplikasikan inovasi tekonologi blockhain di dalam pasaran kewangan.

Sumber:
https://www.coindesk.com/big-four-firm-kpmg-joins-blockchain-advocacy-group/

Sistem Pengundian Dalam Talian Berasaskan Teknologi Blockchain

Dipamerkan kepada Awam
Kapersky Lab, firma sekuriti siber telah mempamerkan sistem pengundian dalam talian berasaskan teknologi blockchain yang dinamakan Polys. Sistem ini ditunjukkan pada acara tahunan Cybersecurity Weekend di Dublin, Ireland.

Berdasarkan kenyataan Ketua Inovasi dan Pelaburan Kaspersky Lab, Vartan Minasyan, beliau menyatakan bahawa gabungan antara teknologi blockchain dan pengetahuan Kapersky Lab berkenaan keselamatan siber, ia mampu menyelesaikan pelbagai masalah utama seperti privasi, ketelusan, dan keselamatan sistem pengundian dalam talian.

Sumber:
https://cointelegraph.com/news/blockchain-based-secure-online-voting-system-showcased

AMEX Akan Bekerjasama Dengan Ripple Untuk Pembayaran Berasaskan Blockchain

American Express (AMEX) dan Ripple (XRP) telah bekerjasama untuk mencipta insfrastruktur pembayaran berasaskan teknologi blockchain. Ketika pengumuman kerjasama ini, platform pembayaran ini telah digunakan.

Kegunaan utama teknologi yang mereka bangunkan ini adalah untuk tujuan bayaran antara perniagaan (Business to Business – B2B) antara syarikat-syarikat US dan syarikat-syarikat UK yang menggunakan khidmat perbankan Santander UK.
Berdasarkan Marc Gordon, CIO kepada AMEX, mereka mempunyai sejarah dalam mengaplikasikan teknologi baru dalam syarikat mereka. Ujarnya lagi, kerjasama antara Ripple dan Santander ini adalah langkah kehadapan dalam perjalanan AMEX bersama teknologi blockchain, dan ia akan mengubah cara AMEX menggerakan wang di seluruh dunia.

Sumber:
https://cointelegraph.com/news/amex-partners-with-ripple-for-blockchain-payments

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.