Default – Above Header Ads

Salah Faham Maksud Legal Tender: Betul ke Bitcoin itu Illegal?

Sejak Bitcoin tiba di media mainstream dan menjadi popular di kalangan orang awam, momentum Bitcoin dan altcoin lain seolah-olah tidak dapat dihentikan. Setiap hari berpuluh-puluh ribu pengguna seluruh dunia mendaftar akaun baru di platform pertukaran semata-mata untuk membeli matawang kripto atau menyertai ICO.

Tetapi adatlah, dalam orang lain teruja dengan teknologi baru dan berkejar-kejar untuk menyertainya, pasti ada suara-suara negatif yang cuba menarik orang ramai untuk membenci matawang kripto dan teknologi Blockchain. Golongan ini akan merendahkan kebaikan matawang kripto dan cuba sedaya upaya mencari kesalahan dan membesar-besarkan. Penulis tak nafikan masih banyak lagi kelemahan teknologi Blockchain, tetapi tidak hairanlah memandangkan ianya teknologi baru. Internet yang sudah wujud sejak tahun 1960an pun masih lagi mempunyai kelemahan-kelamahan yang baru ditemui dan diperbaiki sepanjang masa.

Kalau penulis nak mematahkan segala hujah-hujah negatif mereka ini macam membuang masa penulis sahaja, memandangkan hujah mereka kebanyakannya tanpa asas dan melibatkan emosi dan sentimen negatif sahaja. Jika mereka betul-betul faham tentang teknologi Blockchain dan matawang kripto, sudah tentu mereka tidak akan mengeluarkan fakta tidak berasas. Namun begitu, penulis rasa penulis perlu memperbetulkan satu misconception tentang Bitcoin dan matawang kripto: iaitu tentang status legal tender.

Apa itu legal tender?

Jom kita rujuk Akta 519 Bank Negara Malaysia 1958, dimana undang-undang berkenaan matawang masih lagi berkuatkuasa sepenuhnya, sehinggalah tarikh yang ditetapkan Menteri mengikut subseksyen 1 (2) bagi permulaan kuat kuasa Bahagian VIII Akta 701 Bank Negara 2009. Dalam Bahagian III Akta tersebut, undang-undang menetapkan bahawa

24. (1) Mata wang kertas yang dikeluarkan oleh Bank akan, jika ianya tidak dirosakkan, menjadi sah diperlakukan di Malaysia pada nilai muka untuk pembayaran apa-apa amaun.

 

Sebagai disclaimer, penulis tidak mempunyai apa-apa latar belakang undang-undang dan interpretasi penulis mungkin tidak tepat. Tetapi dari apa yang penulis faham, kenyataan di atas – dan subseksyen lain di bawah Akta yang sama – tidak ada menyebut tentang pengharaman atau larangan untuk menggunakan matawang yang lain. Jika kita baca betul-betul, undang-undang tersebut hanya memberi definisi kepada matawang kertas dan syiling, di mana ia boleh digunakan dalam kontrak atau obligasi dalam bentuk matawang Ringgit Malaysia. Jadi, secara teknikal, kita boleh membuat bayaran menggunakan apa sahaja medium pertukaran yang dipersetujui antara pembeli dan penjual. Setuju?

Mengapa perlu rang undang-undang tentang legal tender

Salah satu sebab adalah untuk memelihara matawang sesebuah negara. Dengan mengiktiraf matawang kertas dan syiling sebagai medium pembayaran sah, ia memastikan deposit dalam Rizab Negara dan pengeluaran matawang kertas digunakan sepenuhnya. Jika tiada undang-undang berkenaan legal tender, apa sahaja medium seperti matawang asing, emas, timah dan lain-lain boleh digunakan, asalkan mereka ada nilai pertukaran. Jika rakyat Malaysia tidak mahu menggunakan RM untuk urusan jual beli, agak-agak apa akan terjadi kepada matawang kita?

Misconception tentang legal tender

Urusniaga jual beli menggunakan selain mata wang kertas atau syiling Malaysia (seperti Bitcoin) tidak sah

Tidak benar. Tidak disebut dalam mana-mana akta di Malaysia berkenaan kenyataan di atas. Legal tender atau sah diperlakukan tidak bersamaan dengan legal/illegal. Setahu penulis, terdapat hanya 5 negara yang melarang Bitcoin: Bangladesh, Bolivia, Ecuador, Kyrgyzstan dan Nepal. Ini bermakna Bitcoin adalah illegal (tidak sah) dan anda boleh dikenakan hukuman penjara jika disabit kesalahan memiliki Bitcoin. Penulis tidak rasa di Malaysia adalah seperti itu.

Jadi, jika anda ingin menggunakan Bitcoin untuk membeli barangan atau servis di Malaysia, silalah. Asalkan ia adalah situasi willing seller, willing buyer. Tiada siapa boleh menghalang anda, sama seperti sistem barter yang masih dijalankan sehingga hari ini. Sistem barter tiada dalam mana-mana akta Malaysia. Adakah ia tidak sah? Bagaimana pula dengan sistem trade-in?

Kesan status non-legal tender

Walaupun begitu, penulis tidak nafikan komplikasi dan risiko yang timbul dalam penggunaan Bitcoin untuk urusan jual beli.

Risiko paling besar adalah tiada kesan undang-undang sekiranya terdapat penipuan, penyelewengan, kehilangan, kecurian dan lain-lain berkaitan dengan Bitcoin. Ini bermakna risiko penggunaan Bitcoin adalah ke atas individu sepenuhnya. Jika anda kehilangan Bitcoin anda, kemungkinan besar anda tidak akan dapat menemuinya semula dan anda juga tidak dilindungi mana-mana undang negara.

Tetapi penting untuk kita ingat, risikonya sama sahaja dengan wang tunai mahupun kad kredit. Setiap tahun pasti ada berjuta-juta RM yang hilang akibat aktiviti jenayah yang tidak ditemui semula. Ada sokongan undang-undang pun belum tentu boleh dapat kembali wang anda.

Kesimpulan

Status legal tender yang sering dilemparkan pengkritik Bitcoin dan matawang kripto itu sebenarnya tidaklah substantial atau carry weight in the grand scheme of things. Melainkan terdapat ban atau larangan oleh kerajaan ke atas Bitcoin, anda boleh menggunakan Bitcoin untuk apa sahaja: membeli, menjual, urusan jual beli barangan/servis ataupun HODL. Terpulang kepada anda.

Jadi, kepada pengkritik Bitcoin, usahlah menggunakan hujah yang sama untuk menegakkan benang yang basah. Jika anda rasa Bitcoin itu illegal, haram dan scam, itu pandangan anda yang uneducated. Pelajarilah ilmu yang betul sebelum anda menyebarkannya.